اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PUB HALAL DI BRITAIN

du 04.1 Pub HALAL pertama Britain

AZIZUR (kiri) dan Muzahid minum di pub Islam pertama di Britain.


LONDON – Sebuah pub halal pertama di Britain dibuka pada Disember lalu di Oldham yang menawarkan meja snuker dan muzik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pub yang diusahakan oleh Azizur Rahman dan rakan perniagaannya, Muzahid Khan dikenali dengan nama Halal Inn tidak menjual minuman keras. Pengunjung pub itu boleh bermain snuker, dart dan karam iaitu sejenis permainan mirip biliard. Kuiz bertemakan Islam juga diatur pada waktu malam untuk pengunjung. “Penganut Islam merupakan pengguna utama dan mereka memerlukan sebuah tempat untuk bersantai dan bersosial sama seperti orang lain,” kata Muzahid. “Bagaimanapun, terdapatnya minuman keras bermakna pub tidak sesuai untuk mereka yang mengikut ajaran Islam menyebabkan ia merupakan tempat terbaik untuk mereka,” tambahnya. “Kini lebih banyak pub yang ditutup di seluruh negara dan kami percaya menukarnya menjadi pub Islam mungkin boleh menjadi satu kejayaan di mana-mana di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam,” jelasnya. Walaupun pub Islam, seperti tradisi British, ia merupakan suasana yang dikuasai oleh pelanggan lelaki walaupun tidak ada larangan terhadap pengguna wanita. Muzahid bersetuju bahawa siaran langsung perlawanan bola sepak dan kriket akan menarik lebih ramai pelanggan. “Ia merupakan satu konsep baru tetapi akan melibatkan satu tempoh untuk orang ramai membiasakan diri untuk menggunakannya walaupun terletak di kawasan komuniti Islam,” katanya. – Agensi -kosmo

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.