اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PAYUDARA KECIL JEJAS KEYAKINAN WANITA

Payudara kecil boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang wanita. Ada yang mempunyai masalah payudara bersaiz kecil samada berdiri ataupun baring melintang, payudara seperti tidak kelihatan bentuknya. Dengan keadaan begini, menyebabkan wanita tidak ada keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai malah kadangkala rasa malu.

Fakta Payudara

Setiap individu wanita mempunyai payudara dengan kadar saiz berbeza. Ada wanita bertubuh kecil tetapi mempunyai payudara bersaiz besar, sebaliknya ada wanita mempunyai rangka tubuh besar tetapi payudaranya seolah-olah tidak kelihatan. Malah payudara seseorang juga lazimnya tidak sama saiz di antara keduanya, ini perkara lazim. Saiz payudara lebih berkait kepada keturunan (ibu atau nenek kita). Ia juga bergantung kepada saiz atau banyaknya tisu kelenjar payudara dan lelemak yang dipunyai seseorang wanita. Penambahan berat badan juga menambah saiz payudara kerana sebahagian payudara dibentuk oleh lelemak yang menjadikan payudara berasa lembut apabila dipegang. Selain lelemak, payudara banyak dibentuk oleh kelenjar dan tisu berserat serta tisu perantara yang menjadikan payudara pejal. Saiz payudara juga boleh dirangsang oleh hormon estrogen dan progesteron (itulah sebabnya wanita hamil mengalami pembesaran payudara). Ia juga ada diubahsuai saiz dan bentuknya, sama ada semakin besar atau semakin kecil melalui pembedahan moden atau implan. Pembentukan payudara bermula sewaktu kita masih di dalam rahim ibu. Menghampiri baligh (kedatangan haid pertama), payudara memulakan perkembangannya dan ia berterusan sehingga baligh. Pada usia baligh ini, tubuh atau payudara sudah bersedia untuk berkembang bagi menghadapi kemungkinan kehamilan dan kelahiran bayi. Sewaktu kehamilan pula, tisu payudara mengalami pembesaran lanjut. Pada usia anda, mungkin ia berkait dengan berat badan yang kurang ideal iaitu anda terlalu kurus, ia juga mungkin berkait dengan keturunan. Mengambil hormon untuk merangsang pembesaran pula boleh memberi kesan sampingan yang mungkin membahayakan kelak. Saiz payudara tidak mempengaruhi keupayaannya untuk menghasilkan susu badan, ia juga tiada kaitan dengan peningkatan atau penurunan risiko seseorang mungkin mengalami barah payudara. Asalkan anda masih perlu memakai coli (menandakan payudara kita sebenarnya kelihatan), boleh menyusukan badan kelak, tidak mengalami barah sewaktu hayat anda, menerima keadaan payudara seadanya adalah lebih baik.
Dr. Adilah Ahmat



Reactions:

1 comments:

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.