اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MASALAH EJAKULASI AWAL LELAKI

Masalah seks ejakulasi awal, dialami oleh 29 peratus lelaki di Malaysia mengikut satu kajian.
 

Masalah seks premature ejaculation (PE) atau ejukulasi pra matang yang dialami lelaki Malaysia kebanyakanny tidak dapat menerima hakikat ini. Malau, rasa bersalah, resah serta enggan menerima kenyataan, begitulah reaksi yang ditunjukkan lelaki di Malaysia yang menghadapinya. PE adalah salah satu daripada masalah seks yang bersifat umum di kalangan lelaki. Namun, pemahaman mengenai PE masih pada tahap rendah.

PE juga dikatakan menjadi antara punca masalah rumah tangga serta mencetus isu dalam hubungan intim antara kebanyakan pasangan di rantau Asia Pasifik. Sehubungan itu, lelaki yang menghadapi masalah PE seharusnya mendapatkan nasihat perubatan dan menjalani rawatan mengatasinya. Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA) terhadap 5,000 responden lelaki yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan, tahap kesedaran mengenai PE di rantau ini masih rendah.

Dalam kajian itu, responden diminta menilai sendiri sama ada mereka menghidap PE atau tidak. Responden juga dikehendaki menjawab soal selidik Alat Diagnostik Ejakulasi Awal (PEDT) bagi membuat penilaian objektif sama ada mereka menghidap PE ataupun sebaliknya. Berdasarkan hasil tinjauan, didapati kira-kira 29 peratus lelaki di Malaysia mungkin menghadapi masalah PE manakala 31 peratus lelaki di rantau Asia Pasifik mungkin menghadapi masalah sama.Bagaimanapun, kajian itu mendapati, lelaki secara umumnya keberatan membincangkan isu PE secara terbuka atau mendapatkan nasihat dan rawatan profesional membabitkan masalah disfungsi seks. Ini kerana tindakan seumpama itu mungkin dianggap memalukan. Hasil tinjauan juga menunjukkan 66 peratus responden tidak tahu apa sebenarnya masalah PE atau disfungsi erektil (ED). Ini mungkin menjadi faktor mengapa mereka berat hati untuk membincangkannya.

Hasil kaji selidik itu dibentangkan pada Mesyuarat Dwitahunan Ke-12, Persatuan Perubatan Seksual Asia Pasifik yang diadakan di Singapura, Disember lalu. Pada mesyuarat itu, panel pakar kesihatan seks berbincang dan meninjau implikasi dari kajian yang dikendalikan.Pakar Runding Urologi Universiti Malaya, Dr George Lee berkata, golongan lelaki perlu menyedari PE adalah masalah perubatan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan. “Namun, berita baik bagi mereka ialah masalah PE boleh dirawat. Saya tahu mungkin sukar untuk membincangkan hal intim tetapi mereka tidak keseorangan dan bantuan boleh didapati. “Kesan PE terhadap lelaki dan pasangan boleh menjejaskan hubungan. Ini bukan saja masalah yang menyentuh soal harga diri atau kejantanan, bahkan ia memberi kesan besar terhadap kepuasan wanita serta hubungan pasangan secara keseluruhan.” katanya. Dr Lee berkata, PE merujuk kepada disfungsi seks umum yang mungkin dialami sejak hubungan seks pertama atau tempoh selepas itu. Masalah ini ditakrifkan Persatuan Perubatan Seks Antarabangsa sebagai ‘disfungsi seks lelaki’ dengan ciri-ciri seperti:
  1. Ejakulasi yang sentiasa atau hampir sentiasa berlaku sebelum atau bagi tempoh kira-kira seminit selepas persetubuhan (kemasukan zakar ke dalam vagina); dan
  2. kegagalan menangguhkan ejakulasi setiap kali atau hampir setiap kali bersetubuh; dan
  3. menyebabkan kesan peribadi yang negatif termasuk kegelisahan, gangguan, keresahan dan/atau keputusan untuk mengelak daripada melakukan hubungan seks.
“Lelaki tidak harus terus menderita dalam diam. Tinjauan serantau ini menunjukkan ramai yang tidak sanggup tampil mendapatkan rawatan kerana bimbang dipandang serong atau rasa malu. “Kaum lelaki perlu sedar bahawa untuk mengeratkan hubungan dengan pasangan, mereka tidak seharusnya membiarkan masalah yang boleh dirawat menjejaskan keupayaan mereka menikmati hubungan seks yang memuaskan bersama pasangan,” katanya. Hasil Kajian Penularan dan Sikap Terhadap Ejakulasi Awal Asia Pasifik (AP PEPA)
  • Hasil tinjauan mendedahkan ramai responden yang disahkan mengalami masalah PE menafikan masalah mereka. Kira-kira dua pertiga daripada responden yang didapati menghidap PE melalui PEDT (PEDT= 11) tidak menganggap diri mereka menghadapi masalah itu. Seramai 31 peratus disahkan melalui PEDT sebagai menghidap PE atau mungkin menghidap PE, tapi hanya 13 peratus mengakui mereka mengalami PE.
  • Hasil tinjauan mendapati 29 peratus lelaki di Malaysia mungkin menghadapi masalah PE. Malaysia menunjukkan peratusan responden tertinggi yang berpendapat bahawa peningkatan tempoh masa akan menambah baik hubungan seks atau hubungan keseluruhan mereka dengan pasangan masing-masing, berbanding responden dari Indonesia dan Filipina.
  • Responden yang didapati menghidap PE melalui PEDT menyatakan mereka berasa lebih resah mengenai berapa lama mereka dapat menahan ejakulasi (21 peratus) berbanding dengan golongan yang tidak disahkan menghidap PE (empat peratus).
  • Responden juga kecewa dengan tahap kawalan mereka terhadap ejakulasi (23 peratus) berbanding mereka yang tidak disahkan menghidap PE (dua peratus). Secara keseluruhannya, golongan lelaki amat resah dengan masa yang singkat sebelum ejakulasi dan kegagalan mengawal ejakulasi mereka.
Perbezaan PE dan ED 

SELAIN tahap kesedaran yang rendah, kajian PEPA juga mendapati tahap kefahaman yang cetek mengenai PE di rantau ini. Malangnya, hingga 35 peratus daripada responden berpendapat PE dan ED adalah lebih kurang sama. Hampir separuh daripada responden mempunyai tanggapan salah bahawa PE boleh dirawat dengan berkesan menggunakan ubat bagi ED. Seorang dalam setiap tiga responden percaya PE langsung tidak boleh dirawat dengan berkesan. kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan memainkan peranan penting dalam menentukan masa ejakulasi. Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Pendidikan Berterusan di Universiti Valparaiso , Prof. David Rowland berkata, matlamat utama bagi terapi PE adalah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi. “Matlamat utama bagi terapi PE, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku adalah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi yang mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya, atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul disebabkan masa ejakulasi,” katanya. Sementara itu, Profesor Madya Fakulti Sains Kesihatan, University of Sydney merangkap Pengarah Pusat Kesihatan Seks Australia di Sydney, Australia, Prof Chris McMahon berkata, rawatan yang betul boleh menamatkan kekecewaan yang dialami penghidap PE dan pasangan seks mereka.
“Malangnya, situasi bertambah buruk kerana doktor dan pesakit tidak membincangkan perkara berhubung seks seperti sepatutnya kerana rasa malu atau kerana tanggapan buruk yang dikaitkan dengannya.

“Sementara itu, wanita pula rasa berat hati untuk membincangkan perkara ini dengan pasangan lelaki mereka sedangkan kami dapati ramai lelaki akan mendapatkan nasihat doktor jika didorong oleh pasangan mereka,” katanya.

Kajian PEPA adalah kajian komprehensif terbesar membabitkan lebih daripada 5,000 lelaki berusia 18 hingga 65 tahun, meliputi 10 negara dan wilayah Asia Pasifik merangkumi Australia, New Zealand, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Thailand dan Filipina. PEDT adalah soal selidik mesra pengguna, serba ringkas dan pelbagai dimensi berasaskan laporan sendiri untuk mengesahkan ejakulasi awal. Soal selidik kuantitatif ini menilai berasaskan markah. Dalam kajian ini, markah dicirikan seperti berikut:
# 8 atau ke bawah: subjek tidak menghidap PE.
# 9 dan 10: subjek mungkin menghidap PE.
# 11 dan ke atas; subjek menghidap PE..


.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.