اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MARAH MARAH MARAH MARAH MARAH MARAH MARAH

Marah?! sebut sahaja marah maka itu adalah lumrah. Setiap orang dikurniakan hati untuk merasai marah. Marah merupakan salah satu perisai untuk mempertahankan diri sendiri. Namun begitu, perisai yang disalah guna pasti akan memakan diri sendiri. Marah ni umpama dadah jika ianya terlebih ianya akan memudaratkan dan jika ia kurang maka ianya tidak ada gunanya dan jika ianya dalam keadaan sederhana maka ianya jadi ubat.

Meletakkan marah bukan pada tempatnya sememangnya tidak baik kerana ianya tergolong dalam orang-orang yang zalim. Pernahkah anda mendengar perkataan "Marah dengan berhikmah"?. Marah dengan berhikmah ialah marah yang boleh memberi pelajaran dan pengajaran kepada orang lain dan bukan sekadar untuk menghukum atau menyakitinya.

Setiap orang berhak untuk marah tetapi berhakkah kita untuk memarahi orang yang tidak sepatutnya di marah. Cuba anda bayangkan anda dimarahi kerana sesuatu perkara yang anda tidak ketahui dan apakah perasaan anda. Saya pasti anda akan marah kerana anda ingin mempertahankan diri sendiri. Sejauh manakah anda bertindak kerana kemarahan anda, itu anda tentukannya.

Jika anda dituduh, dihina, diherdik, dicaci dan sebagainya maka pada masa itulah marah akan memainkan peranan. Mampukah anda tersenyum ketika marah. Jika anda merasakan perasaan marah muncul saya sarankan anda ukirkan senyuman dan tenangkan diri kerana itu adalah cara kita untuk mengawal marah. Jika marah itu berlebihan maka ia menyebabkan kita hilang pertimbangan diri.

Marah itu seringkali dikaitkan dengan elemen api dan api adalah salah satu kejadian jin dan syaitan. Ketika anda merasakan diri dikuasai marah maka pada ketika itulah jin dan syaitan mudah merasuk anda dan berbisik kepada anda untuk bertindak pada perkara di luar batasan. Sebab itulah saya sebutkan tadi bahawa marah itu umpama dadah.

Tahukah anda, jika kita marah secara berlebihan maka kita akan hilang kewarasan, sedih secara berlebihan akan hilang pertimbangan, gembira secara berlebihan maka akan lupa pada mati. Maka dengan itu hendaklah anda dan saya sendiri (he he he) bersikap sederhana.

Saya memohon maaf sekiranya saya tersalah bahasa tercicir kata.. apa yang saya kongsikan ini adalah untuk makanan otak kita di hari ini. Saya harap anda dapat kongsikan artikel ini untuk orang yang suka nak marah-marah (he he).. Klik jerr butang dibawah ini untuk berkongsi dengan rakan di laman sosial yang anda biasa gunakan.. sekian...

Reactions:

1 comments:

  1. Tahukah anda, jika kita marah secara berlebihan maka kita akan hilang kewarasan, sedih secara berlebihan akan hilang pertimbangan, gembira secara berlebihan maka akan lupa pada mati. Maka dengan itu hendaklah anda dan saya sendiri (he he he) bersikap sederhana.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.