اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MAKLUM BALAS PELANGGAN BELOYA2U.COM

Tak di sangka cenpedak dah jadi nangka. Pipit boleh mengatasi enggang.  Tupai jatuh ke bumi kerana berani. Apa kaitan kata-kata di atas memang sebenarnya tak ada kena-mengena dengan apa yang aku nak ceritakan. Al-kisah... Tersebutlah kisah... Taibbbb.... he he... beloya2u.com sekarang sudah menjadi bualan di kalangan usahawan-usahawan yang pernah mengikuti kursus bersama saya di Merdeka Palace. Apa-apa pun, perkembangan beloya2u di ukur dengan kemampuannya untuk mempromosikan perniagaan-perniagaan usahawan yang tahu erti peluang dan nilai perniagaan.

Bagi memudahkan pemahaman anda semua saya akan bertanya kepada anda. Tahukah anda mengapa Kit Kat, Filem Titanic, Cadbury dan sebagainya cukup dikenali ramai dan ianya menjadi salah satu produk yang digemari orang ramai. Saya soal dan saya yang jawab. Semuanya kerana promosi dan pengiklanan mereka. Tahukah anda Filem Titanic bukanlah filem yang menarik bagi kebanyakkan pihak, tetapi ianya menjadi popular kerana pengiklanannya mampu memberi caj emosi kepada pelanggan sehingga berasa kagum dengan filem itu dan seterusnya memberi impak keghairahan untuk menontonnya. Pada masa yang sama, ia menjadi bualan kerana info mengenainya sampai kepada pelanggan. Pendek kata, anda kena buat sesuatu umpamanya "telur sebiji riuh sekampung".  Anda kena membuka mata banyak orang tentang kewujudan perniagaan anda dengan teknik promosi dan pengiklanan.

Mungkin di kalangan kita memikirkan kos pengiklanan yang boleh merugikan perniagaan. Tahukah anda, anda lebih rugi sekiranya perniagaan yang berpontensi tapi kurang diketahui orang ramai dan akibatnya perolehan anda yang sepatutnya bernilai 100k menjadi 20k sahaja. Jika anda mengiklankan perniagaan anda dalam media masa seperti tv atau radio, saya pasti kos yang anda kena tanggung lebih daripada ribuan ringgit hanya untuk beberapa minit paparan dan jika media seperti majalah dan surat khabar, kos yang anda kena tanggung dari RM45.00 sehingga RM150.00 untuk beberapa hari paparan sahaja. Sekarang anda  bandingkan dengan apa yang saya tawarkan klik sini. Harganya terlalu jauh berbeza dan tahukah anda sekiranya anda membuka ruang paparan pengiklanan perniagaan dalam beloya2u.com maka ianya akan bekerja mempromosikan perniagaan anda 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa cuti. Selain itu, beloya2u.com menjalankan promosi secara bersepadu melalui laman sosial yang lain dan beberapa kelab terkenal di Malaysia. Pasukan beloya2u.com juga akan membantu anda memperkenalkan perniagaan anda.

Fuhhh!!! panjang penerangan saya yer.. kesimpulannya di sini ialah mahu tidak mahu anda harus memastikan pelanggan menyedari kewujudan perniagaan anda dengan mengiklankannya. Di bawah ini saya sertakan video mengenai maklum balas pelanggan setelah mengiklankan perniagaan mereka di dalam beloya2u.com. Temu bual tersebut saya telah lakukan pada minggu lepas. Tauke Saftuyah homestay senyum sokmo jerrr...  Mana tidaknya, Cik Rafidah/Faridah menyatakan bahawa setiap minggu kawasan homestay mereka dikunjungi oleh pengunjung yang tidak disangka-sangka dan ada dikalangan mereka menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi. Apa-apapun tontonlah video di bawah ini.






.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.