اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KHASIAT MANJAKANI


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
  1. Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
  2. Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
  3. Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
  4. Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
  5. Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
  6. Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
  7. Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
  8. Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
  9. Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
  10. Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
  11. Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
  12. Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
  13. Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
  14. Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
  15. Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
  16. Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Khasiat Manjakani 1.
Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.

Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Khasiat Manjakani 2
Ini tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.

Khasiat Manjakani 3
Untuk ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.

Reactions:

3 comments:

  1. assalamu alaikum


    kami ada jual buah manjakani dari arab

    siapa yang berminat sila sms or call kami

    pn fatimah
    0132737078

    stoknya terhad
    harga berpatutan

    BalasPadam
  2. kami ada jual buah manjakani dari arab

    siapa yang berminat sila sms or call kami

    pn fatimah
    0132737078

    stoknya terhad
    harga berpatutan

    BalasPadam
  3. Hi. Salam. Saya ada jual homemade produk manjakani. 100% buah manjakani tanpa campuran apa2 bahan pon. ASLI DAN TULEN ok.. ^_^
    1) Pure Ground ManjaQani Kapsul
    2) Pure Ground ManjaQani Serbuk
    Boleh lawati www.facebook.com/manjaqani
    ATAU sms/wa 0199969221 Pn. Madah
    ATAU Instagram @ladywada #manjaqani

    Ada menawarkan pakej harga terbaik utk anda tau.. Dapatkan sekarang!!

    Kelebihan Pure Ground ManjaQani:
    ○ 100% kisaran halus buah Manjakani tanpa campuran
    ● Tiada bahan kimia & pengawet
    ○ Tiada rasa pahit
    ● Mudah, tak perlu merebus/stim
    ○ Lebih kosentrasi
    ● Lebih berkesan berbanding air rebusan
    ○ Produk bumiputera dijamin halal
    ● Proses yang bersih
    ○ Selamat utk ibu menyusu (disarankan untuk bayi yang sihat, tiada jaundis & telah tanggal tali pusat)

    KHASIAT PURE GROUND MANJAQANI:
    □ Merawat keputihan & bau
    ■ Melancarkan haid & nifas
    □ Memulihkan luka dalam & luar bersalin
    ■ Wanita berpantang bersalin normal, pembedahan & keguguran
    □ Membuang lebihan haid & nifas
    ■ Mengetatkan tisu otot 'MisVee'
    □ Awet muda
    ■ Merawat jerawat & kulit muka
    □ Menganjalkan kulit, punggung & payudara
    ■ Merawat masalah sakit & sengal badan
    □ Membantu merawat gout, buasir, jangkitan saluran kencing & masalah menahan kencing (urinary tract)
    ■ Mencegah diabetes, gout, buasir, kanser payudara & serviks
    □ Merawat masalah bau badan & mulut
    ■ Merawat ulser
    □ Mengembalikan keintiman hubungan suami & isteri

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.