اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KENALI LELAKI DAN KAWAN-KAWAN

Dunia liberalisme memberi ruang kepada muda mudi untuk memiliki kekasih sebelum menceburkan diri dalam dunia rumah tangga. Sehinggakan kita boleh melihat sendiri remaja seawal umur belasan tahun sudah mempunyai kekasihnya sendiri. Berbagai ragam dan kejadian yang boleh kita lihat akibat dari fenomena ini. Lebih-lebih lagi apabila zaman sekarang, sistem perhubungan seperti telifon, internet dan sebagainya memudahkan lagi remaja pada masa sekarang untuk berhubung dan mereka terdedah dengan maklumat-maklumat yang boleh dan tidka boleh mereka ekses.

Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah mengenai fenomena remaja berkasih-kasihan. Dikat akan bahawa wanita lebih cepat matang berbanding lelaki. Apakah maksud statement itu?. Mengikut pengalaman saya dikatakan remaja perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki kerana wanita matang dalam hal-hal perasaan dan masa depan. Namun begitu kematangan mereka tidak menyeluruh kerana kematangan yang sebenar datang dari pengalaman.

Oleh kerana wanita lebih cepat matang berbanding lelaki maka lebih banyak wanita berkahwin dengan lelaki lebih tua daripadanya. Lelaki dikatakan lambat matang sebenarnya lebih banyak pengalaman dari wanita akibat melalui banyak perkara untuk lebih matang. Mungkin anda sudah biasa mendengar atau merasa wanita merajuk, marah dan apa sahaja jenis perasaan tidak mengira tempat dan waktu sehingga menimbulkan ketidak selesaan pasangannya.

Seperti yang saya sentuh sebelum ini, lelaki memang pantang bila wanita meninggikan suara kepadanya, membenci kawan-kawannya tanpa sebab yang munasabah, menimbulkan masalah semasa bersama kawan-kawanya dan memberi respon yang tidak baik di hadapan kawan-kawannya. Ego seperti itu memang wujud dalam lelaki. Mereka tidak suka apabila maruah mereka tercalar dek kerana sifat mementingkan diri wanita untuk mendapatkan perhatian dengan memberi respon yang tidak baik apabila bersama kawan-kawannya. Apa yang lelaki fikirnya apabila berlaku keadaan demikian ialah wanita itu tidak matang, tidak profesional, mementingkan diri sendiri, bersikap ke anak-anakkan dan tidak memahami. Lelaki akan berasa air muka mereka di jatuhkan apabila belaku keadaan demikian dan akhirnya memberi tekanan kepadanya.

Dari situlah munculnya statement saya, mengapa wanita cepat matang tetapi tidak menyeluruh. Oleh itu kepada wanita-wanita di luar sana, saya akan sertakan tip-tips untuk memastikan anda tidak dikategorikan seperti di atas oleh lelaki :

  1. Jangan sesekali menunjukkan masalah hubungan kamu di hadapan rakan-rakannya.
  2. Jangan sesekali memberi respon yang tidak baik di hadapan rakan-rakannya.
  3. Jangan sesekali membuat sesuatu itu lebih sukar sedangnya penyelesaiannya di hadapan mata.
  4. Jangan sesekali meninggikan suara apabila bercakap dengan lelaki.
  5. Jangan sesekali mengugut lelaki terutamanya menyentuh berkaitan dengan hubungan.
  6. Jangan sesekali bersikap keanak-anakkan di hadapan rakan-rakannya.
  7. Jangan sesekali merajuk hanya kerana hal-hal yang kecil sedangkan ianya boleh diselesaikan dengan "slow talk".
Tips yang saya nyatakan di atas hanya sekilas daripada idea saya yang muncul pada masa sekarang. Jika anda melakukan 7 perkara terlarang di atas maka secara otomatik akan memberi tekanan kepada lelaki dan boleh menyebabkan wanita semakin kurang mengenali rakan-rakan lelaki kerana lelaki malu untuk menemukan wanita dengan rakan-rakannya kerana bimbang wanita akan melakukan kesilapan yang boleh memalukannya. Oleh kerana dan disebabkan itu, wanita disarankan untuk bersikap tenang dan profesional dalam menyelesaikan masalah dan bukan memanjangkan masalah.

Apa yang saya ceritakan di atas adalah carut marut saya di kala tengah malam dan terpulang kepada anda untuk menentukan dan mengambil iktibar apa yang saya kongsikan. Sekian.....



.

Reactions:

1 comments:

  1. Dunia liberalisme memberi ruang kepada muda mudi untuk memiliki kekasih sebelum menceburkan diri dalam dunia rumah tangga. Sehinggakan kita boleh melihat sendiri remaja seawal umur belasan tahun sudah mempunyai kekasihnya sendiri.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.