اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEDAI KEROPOK SUNGAI STAMIN LUNDU SEMATAN

beberapa minggu yang lalu saya dengan keluarga saya bertandang di sematan. Perjalan dari kuching ke sematan lebih kurang mengambil masa dalam 1 jam 45 minit dengan kelajuan lebih kurang 80km/j. Jalan menghubungkan Kuching Sematan adalah menggunakan jalan sempadi atau jalan batu kawa yang menghala ke bau. Jalan Batu Kawa yang menghala ke bau dan terus ke Sematan merupakan jalan kebiasaan yang digunakan oleh pemandu untuk pergi ke Sematan. Jalan tersebut selalunya agak sibuk. Tetapi tidaklah sesibuk jalan yang ada di bandaraya. Kalau nak memecut laju menggunakan jalan tersebut kenalah fikir dua kali kerana kenderaan dan perkampungan banyak di sekitar jalan tersebut. Boleh dikatakan jalan tersebut lebih baik turapannya berbanding jalan Sempadi. Saya bagaimanapun seperti biasa akan menggunakan jalan sempadi kerana lebih selamat kerana kurang kenderaan serta kelajuan kenderaan di sepanjang jalan tersebut pada sekitar 80 km/j hingga 100 km/j kerana jalannya tidak diturap dengan baik. Lagipun jalan Sempadi merupakan jalan pesisir pantai. Apabila kita melalui jalan tersebut kita dapat melihat panorama sungai Batang Rambungan dan Pantai Rambongan.


Setelah sampai di Daerah Lundu kami singgah sebentar di kedai-kedai yang menjual kropok buatan orang lundu di sekitar sungai Stamin ataupun selepas melepasi jambatan sungai Stamin. Kebiasaannya pemandu atau pelancong yang pergi di Daerah Lundu dan pekan Sematan tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di kedai kropok sungai Stamin kerana kedai-kedai di sekitar situ banyak menjual produk-produk perikanan dan pertanian hasil bumi penduduk di sekitar Daerah Lundu dan Sematan. Keunikkan kropok-kropok buatan mereka ialah kerana keenakkannya, rupa bentuknya, kepelbagaian jenis nya dan kretiviti pembuatannya. Selalunya saya melihat pelancong luar dan dalam negara jika singgah di sana, mereka akan membeli kropok-kropok di kedai kropok sungai Stamin dengan bajet sehingga RM30 ke RM100. Ini menunjukkan bahawa keunikkan kropok di kedai kropok Sungai Stamin amat popular sehingga tempat tersebut menjadi tempat wajib untuk di pergi bagi membeli buah tangan untuk sahabat handai mereka sebelum pulang. Boleh dikatakan kedai di sekitar tersebut beroperasi setiap hari kecuali hari raya dibuka kepada pengunjung dari pukul 7 pagi sehingga 7 malam.

Saya sendiri menyarankan kepada pelancong yang pergi di daerah Lundu dan pekan Sematan harus singgah di Kedai Kropok Sungai Stamin kerana jika anda tidak singgah maka tidak lengkaplah perjalanan anda. Sekian.. saya melaporkan untuk beloya2u.com..






.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.