اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEBANGKITAN KESATUAN BELIA


Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah berkaitan dengan kesatuan belia di persekitaran saya sama ada di bandar ataupun di kampung-kampung. Apakah kesatuan belia itu penting dan apakah fungsinya? Apa yang saya nak bincang di sini merupakan pendapat peribadi saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia serta yang baru nak lahir.

Kesatuan belia amat penting terutamanya di sekitar kampung-kampung serta kawasan yang padat penduduk. Belia merupakan pelapis pemimpin negara akan datang. Apa yang anda lihat hari ini mengenai belia adalah taruhan untuk masa hadapan. Sekiranya belia hari ini berkualiti bermakna kepimpinan negara akan datang adalah berkualiti dan begitulah sebaliknya. 2010 menyasikan pelbagai kenangan dan rentetan. Sama ada kenangan dan rentetan itu menjadi pelajaran kepada kita semua atau pun sekadar melepaskan batuk di tangga terpulang kepada anda kerana anda akan menyaksikannya pada masa-masa akan datang.

Siapakah yang membentuk belia pada masa sekarang?. Mungkin anda boleh menunding jari kepada sesiapa sahaja dan 3 jari anda akan menunding ke arah anda. Antara yang bertanggung jawab dengan pembangunan belia adalah kerajaan, institusi keluarga ataupun ibu bapa, Para pengajar, Para pemimpin dan pelbagai pihak lagi yang terlibat. Pada pendapat saya, belia dibentuk hasil dari suasana yang dibentuk oleh kerajaan dan institusi keluarga. Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kerjaya dan motivasi kepada belia tetapi mengapa seringkali kedengaran belia sukar untuk disatukan bagi menjadi serta pemangkin pembangunan sesuatu kawasan. Mungkin apa yang hendak disampaikan oleh kerajaan tidak sampai kepada belia-belia kita.

Pengalaman saya sepanjang 2010 telah memberi gambaran kepada saya pada masa ini amat sukar disatukan kerana perbezaan pendapat dan perbezaan ideologi. Perbezaan ideologi serta pendapat terhasil kerana kurang pengatahuan dan pengaruh persekitaran. Kesatuan sukar dihasilkan kerana terlalu banyak politikus yang mengutamakan kepentingan sendiri tanpa membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan keseluruhan sehingga menghasilkan koloni-koloni sendiri.

Rungutan yang sering kedengaran dari rakan-rakan yang saya pernah jumpa rata-rata menyatakan belia terlalu lemah dan kurang motivasi, hanya belia yang mempunyai kekuatan dari segi fizikal sahaja mampu memimpin, belia rata-rata takut untuk mengambil risiko, belia mudah berkecil hati dan tidak bersikap profesional dan macam-macam lagi.

Pengalaman saya di sebuah perkampungan, seorang belianita memimpin belia di kampungnya dan menyatakan bahawa belia di kampungnya tidak minat untuk bekerja demi kepentingan kampung dan sebaliknya lebih minat bekerja untuk kepentingan sendiri. Namun begitu belianita tersebut mampu memimpin belia di kampungnya dengan bantuan YB yang terlibat namun kurang berjaya kerana kesatuan gagal dicapai.

Pengalaman saya yang lain menyaksikan tiada langsung kesatuan yang berlaku di kampung tersebut kerana rata-rata pendapat belia di sana menyatakan bahawa belia di kampungnya memerlukan seorang pemimpin yang bertubuh sasa bagi mengawal belia-belia di kampungnya. Saya membayangkan kaedah kepimpinan menggunakan orang-orang yang kuat seumpama kepimpinan pada zaman batu kerana pada zaman batu siapa yang kuat dialah raja. Pada masa ini pemimpin harus berpengetahuan luas dan dari situlah baru beroleh perubahan.

Kemajuan sesebuah daerah pada pendapat saya lebih asli sekiranya menghasilkan belia yang berkualiti dan berinovasi. Belia tersebut mampu memberi sumbangan untuk daerahnya supaya lebih maju kehadapan. Untuk mencapai ke arah tersebut pelbagai pihak harus tampil ke hadapan bagi mengatasinya dan ianya amat sukar dicapai jika hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Perkara pertama yang utama saya fikirkan di sini ialah motivasi untuk belia bagi menggerakkan mereka untuk lebih kuat dari segi mental dan fizikal. Saya memberi cadangan kepada pihak yang terlibat supaya memberi tumpuan kepada motivasi belia bagi menghasilkan belia yang lebih berkualiti.

Sahabat Anda
360 Degree Friends
Khall

.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.