اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

HARAM DIPEGANG MEMBUNUHNYA TETAP BERDOSA

Pagi-pagi buta ni terdetik di hatiku untuk memberi sedikit ulasan dari pengalaman dan ilmu ku yang cetek ini. Saya ingin mengulas mengenai binatang-binatang yang haram dipegang oleh umat islam yang seringkali di salah erti oleh orang yang tidak berpengatahuan. Ada antara kita terus mentafsir bahawa haiwan yang haram dipegang adalah halal dibunuh sesuka hati. Antara haiwan yang diketahui umum yang haram dipegang adalah anjing dan babi.

Walaupun haiwan yang disenaraikan haram dipegang namun begitu ianya tidak halal dibunuh dan membunuhnya adalah berdosa. Sekiranya anda melihat ada seekor anjing sedang menyalak anda atau sedang bermain-main di sekitar anda tidak perlulah anda membalingkannya dengan batu seperti kebiasaan yang saya pernah tengok. Ada antara kita yang menyebak terajang anjing yang langsung tidak bersalah. Cukuplah memburu atau mengusirnya dengan cara baik. Haiwan juga mempunyai jiwa dan jiwanya bukan hak kita (manusia).

Salah faham ini menimbulkan kesedihan di hati saya. Apa sahaja haiwan yang anda jumpa dan anda bunuhnya tanpa sebab yang munasabah maka itu di anggap berdosa. Rasul tidak mengajar kita sekejam itu. Kita di ajar untuk menyayangi sesama makhluk. Diceritakan sebuah kisah seorang pelacur yang berada di padang pasir dan melihat seekor anjing yan sedang kehausan di tepi telaga dan kemudian pelacur tersebut mengambil kasutnya kemudian mencedok air dalam telaga itu serta memberi kepada anjing tersebut. Dikatakan masuk syurga (allahualam).

Gambar yang saya sertakan dalam entri ini merupakan antara anjing yang dibakar hidup-hidup dan pada pendapat anda adakah sikap itu baik?. Kurangnya pengatahuan mengenai perkara terlarang menyebabkan manusia bertindak di luar batasan.

Sekiranya anda melihat seekor anjing atau kucing yang sedang kelaparan tidak salah anda menghulurkan bantuan dengan memberi sedikit makanan kepadanya. Itu merupakan salah satu amal jariah dan sedekah.

Dalam entri ini juga saya serta beberapa video kekejaman ke atas haiwan tanpa sebab yang munasabah:






Align Centre



.

Reactions:

1 comments:

  1. Salah faham ini menimbulkan kesedihan di hati saya. Apa sahaja haiwan yang anda jumpa dan anda bunuhnya tanpa sebab yang munasabah maka itu di anggap berdosa. Rasul tidak mengajar kita sekejam itu. Kita di ajar untuk menyayangi sesama makhluk.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.