اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

GAMBIR SARAWAK BAHAN PERANSANG SEKS ATAU BAHAN PENAHAN EJAKULASI


Khasiat herba gambir Sarawak sememangnya tiada tandingan, apatah lagi ia merupakan satu keistimewaan sebagai buah tangan dan identiti rakyat Bumi Kenyalang.

Keistimewaan gambir Sarawak sudah tentu terletak pada khasiatnya dalam meredakan pelbagai jenis penyakit, daripada penyakit kulit sehinggalah menyembuhkan luka serta sengatan binatang.

Bagaimanapun, gambir kini lebih dikenali sebagai bahan perangsang ketika melakukan hubungan seks.

Kandungan dalam gambir seperti tannin dan catechin pada kepingan gambir dikatakan boleh mendatangkan kebas pada si pemakai dan ia boleh bertahan lama ketika mengadakan hubungan kelamin.

Ada yang boleh bertahan sehingga dua jam!

Penyalahgunaan gambir Sarawak menjadikannya semakin popular namun ia daripada sudut pandangan yang negatif.

Utusan Malaysia sempat menemu bual beberapa orang awam mengenai penyalahgunaan gambir Sarawak.

Saiffudin Shahminan, 30, dari Taman BDC berkata, penyalahgunaan gambir Sarawak sebenarnya sudah lama berlaku di kalangan masyarakat namun tidak ramai yang mengambil tindakan sewajarnya.

”Sepatutnya, mereka lebih proaktif dalam mengembangkan hasil bumi ini sebagai herba yang mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit bukannya tujuan seks sahaja,” katanya.

Saiffudin juga berharap, satu hari nanti gambir boleh dibuat kajian dan dijadikan produk komersial seperti gamat, tongkat ali dan misai kucing.

”Gambir Sarawak hanya boleh didapati di negeri ini, secara tidak langsung menjadi tarikan utama pelancong ke sini, jadi apa salahnya jika ia dikomersialkan lagi menjadi produk-produk lain.

”Bukan hanya untuk kegunaan seks, siapa tahu gambir boleh menyembuhkan penyakit kronik,” ujarnya.

Seorang penduduk, Rais Sanusi, 34, berkata, orang ramai mempunyai pelbagai tafsiran mengenai kegunaan gambir Sarawak.

”Walau apa pun kata orang, gambir Sarawak tetap memberi kelebihan kepada pengguna sama ada untuk menyembuhkan penyakit mahupun untuk kegunaan-kegunaan lain yang tidak sepatutnya,” tegasnya.

Sementara itu, Intan Liyana, 19, berkata, dia sememangnya tidak tahu menahu akan penyalahgunaan gambir Sarawak.

Sejak kecil, dia hanya mengetahui keberkesanan gambir untuk merawat luka, melegakan sakit gigi dan meredakan sengatan binatang.

”Saya tahu, gambir digunakan untuk tujuan berubat tetapi bukan disalahgunakan untuk tujuan lain.

”Orang kampung saya menggunakan air gambir untuk mencuci bekas luka jahitan selepas bersalin,” katanya.

Intan yang berasal dari Gedong memberitahu, selain gambir untuk perubatan, ada juga gambir yang boleh dimakan.

”Orang-orang tua di kampung saya memakan sirih bersama gambir untuk mendapatkan rasa yang lebih enak,” jelasnya.

Sumber : seksi malaysia


.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.