اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

EDISI SIASAT : KUCING BUANGAN DIJADIKAN HIDANGAN BUAYA

Hari ini sayaterdetik nak menceritakan kepada anda semua mengenai siasatan secara tak rasminya mengenai Kucing yang berkeliaran ditangkap dan diberi makan buaya. Kucing itu di matikan dahulu atau diberi hidup-hidup kepada buaya, itu saya tidak pasti dan itu masih dalam siasatan. Saya juga pencinta binatang peliharaan seperti Kucing. Tidak kisahlah anjing ke, kucing ke atau arnab ke... Saya memang sayangkan binatang seperti itu walaupun anjing haram dipegang bagi saya namun ianya tetap makhluk tuhan dan kita harus menghormatinya.

Berbalik kepada cerita saya mengenai kucing liar yang ditangkap dan dihidangkan kepada buaya berlaku di sekitar tempat saya. Saya sarankan kepada rakan-rakan di luar sana yang gemar dengan kucing ataupun sudah tidak mampu untuk menjaga atau membela kucing, janganlah anda meninggalkannya di kawasan kedai-kedai makan atau kawasan yang anda rasakan selamat untuk kucing-kucing itu. Kemungkinan kucing itu ditangkap dan kemudian dijadikan hidangan untuk buaya adalah tinggi.

Saya sarankan anda jual sahaja kucing itu kepada peminat kucing yang lain. Mungkin ada sesetengah pendapat anda di luar sana tidak suka menjual binatang seperti itu namun itu adalah jalan yang lebih baik untuk kucing itu dan diri anda sendiri. Ini kerana Kucing yang dijual akan dijaga dengan baik oleh pemilik barunya manakala anda juga akan beroleh wang tunai. Berbanding anda membiarkan kucing yang anda pelihara di kawasan yang anda tidak pasti keselamatannya. Saya yakin walaupun anda meninggalkan kucing anda di kawasan kedai makan saya pasti hati anda pasti rasa sebak dan kesian melihat kucing itu seolah-olah mencari tempat perlindungan.

Antara badan-badan yang anda boleh hubungi mengenai penjualan kucing adalah The Animal Kingdom atau anda boleh menghantar kucing anda di sekitar pasar minggu. Di sana anda boleh melihat orang-orang yang bijak menjual kucing dan anda boleh menyerahkan kepada mereka untuk menjual kucing tersebut.

Di bawah ini saya sertakan video mengenai buaya yang diberi hidangan kucing. Tak ler sedih sangat tapi kesian la jugak kan.. Kucing tu dah mati pun.. dan jika anda mempunyai meklumat mengenai perkara ini yang berlaku di Kuching Sarawak. Sila emailkan kepada saya di neo.barcode@beloya2u.com



Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.