اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CARA MEMBUAT KEK COKLAT


Kali ini saya nak masak kek coklat. Bahan-bahannya adalah seperti berikut :

  1. 225g Mentega
  2. 450g Gula putih (nak guna gula castor pun boleh)
  3. 475ml air panas
  4. 85g Serbuk koko
  5. 9g Baking soda
  6. 2g Baking Powder
  7. 3g Garam
  8. 345g Tepung Gandum
  9. 4 biji telur
  10. 8ml esen vanilla


Pertama sekali, panaskan ketuhar pada suhu 175c terlebih dahulu. Kemudian bancuhkan serbuk koko dengan air panas. Dengan menggunakan whisk, kacau serbuk koko itu sehingga larut dalam air panas. (kalau takde whisk, pakai senduk kayu pun boleh)


Ayak tepung gandum bersama-sama garam, baking powder dan baking soda.


Sekarang mari kita mulakan proses yang mencabar. Oleh kerana mesin pengadun (mixer ler) saya ada mengalami masalah teknikal, saya akan tunjukkan cara membuat kek secara manual :D . Bancuhan pertama, putarkan majerin bersama gula sehingga bancuhan itu kelihatan “ringan” dan gebu. Jika tidak, kek yang akan di masak akan menjadi berat dan ia akan membentuk lubang di tengah-tengah kek.

Tips paling penting semasa membuat kek; anda harus kekalkan arah putaran semasa memutarkan bancuhan kek ini supaya udara dapat masuk ke dalam adunan ini. Ini kerana udara dapat membantu dalam proses penaikan adunan yang cantik. ( kalau ikut arah jam… kekalkan aje )


Bila dah gebu macam ini, masukkan telur satu per satu dan kacau. Jangan lupa masukkan esen vanilla.


Sekarang kita masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Proses memutar bancuhan kali ini berlainan pula. Samada kita membuat pergerakan arah nombor 8 ataupun 4 (seolah-olah anda sedang menulis) dan kekalkan putaran tersebut. Saya memilih untuk memutarkan bancuhan mengikut pergerakan nombor 8.


Lepas itu, masukkan pula bancuhan coklat sedikit demi sedikit. Cara memutar bancuhan sama seperti di atas.


Dah selesai pun proses memutarkan bancuhan, masukkan ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega dan sedikit tepung untuk mengelakkan kek dari melekat di permukaan loyang kek. Ikut suka hati anda nak masukkan bancuhan kek tadi ke loyang bersaiz besar, kecil atau pun bentuk-bentuk kesukaan anda. Bakar kek di dalam ketuhar selama 20-30 minit bergantung juga pada saiz loyang kek anda dan saiz ketuhar anda.


Ok ini hasil kek colat kita… sedap oooo kek nie.. :D cuba laa

sumber : saya suka masak


.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.