اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BERTUHANKAN METERIALISTIK

Saya sangat terkejut membaca laporan dalam sebuah akhbar hari ini yang melapurkan tentang kegiatan beberapa gadis Melayu yang besedia menjual "tubuhbadan" mereka untuk mendapat dan mengecapi kehidupan mewah.

Apa yang mengejutkan kebanyakan mereka berusia antara 16-18 tahun dan masih bersekolah. Modus operandi mereka ialah dengan memikat golongan yang dilihat mewah dan berpendapatan tinggi dengan meleseri beberapa pusat hiburan dan lain-lain.

Sambil berpakaian seksi, mereka akan memikat atau pun akan dipikat oleh golongan ini. Setelah pancing mengena, mereka tanpa segan silu rela dibelai dan dan di "anukan" oleh puak-puak durjana ini, janji "Baby-Baby" ini mendapat imbuhan yang lumayan.

Ada yang terus dibela oleh "sugar-daddy" durjana ini, malahan ada yang tanpa segan silu mengaku dibela oleh 15-20 "sugar-daddy". Imbuhan yang diperolehi sangat lumayan, ada yang sekali "screw" dibayar sampai RM1,500-00!

Saya sendiri pernah menerima aduan daripada sahabat-sahabat di IPTA dan IPTS yang mengadu ramai pelajar-pelajar perempuan Melayu hari ini yang sanggup di "bela" oleh para "sugar-daddy" durjana ini hanya untuk hidup mewah, dan juga untuk menampung kos pembelajaran mereka.

Dizaman dimana pencapaian matereliastik menjadi "Tuhan" baru bagi generasi muda, apa yang mereka kejar hanyalah.. kehidupan mewah, ingin memiliki handphone yang canggih dan "up-to-date", bermobil sekurang-kurangnya Staria GTi atau Suzuki Swift, berpakaian jenama mahal dan minum sembang di Starbuck dan lain-lain kafe yang boleh merobek poket si penoreh dan drebar teksi.

Apa nak jadi dengan generasi Melayu hari ini. Dimana silapnya maka kita melihat keruntuhan akhlak yang melampau dikalangan masyarakat kita.

Saya teringat pesan Hujjatul Islam Imam Ghazali yang pernah menyatakan, "generasi muda hari ini adalah cermin masadepan sesuatu bangsa akan datang. Jika kamu mahu melihat nasib masa hadapan sesuatu bangsa akan datang, lihatlah kepada generasi mudanya hari ini". Kalau ini yang menjadi ukuran kepada nasib masa depan bangsa Melayu, saya gerun melihat gelagat dan akhlak generasi cyber kita yang ada pada hari ini! Apakah kita sedang memupuskan bangsa kita sendiri? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing!

Inilah yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w bahawa"berhala umatku di akhir zaman bukannya patung batu atau kayu tapi Dinar dan Dirham.

sumber : ijoks2009-

.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.