اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BELOYA PERAKAUNAN PART 2

Beloya perakaunan part 1 saya berkongsi mengenai bagaimana cara kitak melihat keadaan syarikat atau perniagaan kita dalam keadaan baik atau tidak. Untuk Part 2 ini, saya berkongsi mengenai alatan yang diperlukan untuk membuat penyimpanan maklumat perakaunan.

Alat tulis yang diperlukan ialah :

  1. Payment Voucher (PV) [rekod aliran tunai keluar]
  2. Receipt Voucher (RV) [rekod aliran tunai masuk]
  3. File payment voucher (FPV)
  4. File receipt voucher (FRV)
  5. Buku ledger untuk aliran tunai di tangan
  6. Buku ledger untuk aliran tunai di bank

PV/RV diperlukan untuk dikepil bersama dengan resit, bil, invois dan apa sahaja bukti transaksi tunai keluar dan masuk. Tugas PV/RV ialah untuk menerangkan secara terperinci mengenai resit, bil, invois dan apa sahaja bukti transaksi tunai keluar masuk secara terperinci selain untuk mengklafikasikan jenis perbelanjaan yang dibuat.

Setelah membuat PV/RV anda tidak boleh membiarkan PV/RV disimpan merata tempat kerana ia amat penting untuk memudahkan rujukan. Maka dengan itu File PV/RV diperlukan untuk menyimpan PV/RV yang telah dibuat supaya dalam keadaan kemas. Susunkan PV/RV mengikut tarikh.

Dokumen transaksi disimpan kemas dan ia tidak memadai sekiranya aliran tunai keluar masuk tidak direkod untuk tujuan kawalan. Dengan ini Buku ledger aliran tunai di tangan dan bank diperlukan untuk merekod pergerakkan tunai untuk mengetahui baki tunai yang ada. Dari rekod ini lah maka kita dapat melihat kedudukan tunai kita. Dalam ledger ini menerangkan tarikh transaksi, penerangan transaksi, debit, kredit dan baki. Apabila setiap pergerakkan tunai direkod dengan baik maka kita dapat melihat bukti transaksi melalui dokumen yang kita simpan di dalam file PV/RV.

Apa yang saya kongsikan di atas diharap dapat membantu sedikit sebanyak rakan usahawan di luar sana. Di bawah ini saya sertakan video penerangan mengenai perbincangan ini. Jangan marah ekkk.. saya guna bahasa sarawak untuk video kali ini.



Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.