اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BELOYA PERAKAUNAN PART 1

Terbuka di hati saya untuk berkongsi tentang perakaunan. Saya akan kongsikan dengan anda semua dari satu episod ke satu episod. Sebenarnya saya bukanlah orang yang pandai mengajar dan saya juga masih lagi belajar. Namun begitu, rasanya tidak rugi untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Kepada usahawan-usahawan di luar sana, pernahkah anda menilai keadaan syarikat atau perniagaan anda? Kalau kita guna teknik perakaunan terdapat cara untuk mengukurnya. Sebelum itu, saya akan dedahkan dengan anda mengenai asas-asas utama dalam Kunci kira-kira (Balance Sheet). Perkara penting yang anda kena tahu ialah di dalam Kunci Kira-kira ialah Aset Tetap, Aset Semasa, Liabiliti Semasa, Liabiliti Jangka Panjang dan Equiti.

Aset Tetap merupakan aset anda yang digunakan dalam jangka panjang dan ianya memerlukan masa untuk dijual. Contohnya kelengkapan, peralatan, kereta, mesin dan sebagainya. Aset Semasa pula adalah aset yang cair dan mudah ditukar dengan tunai contohnya stok, penghutang, pendahuluan dan sebagainya. Liabiliti Semasa pula ialah tanggunggan syarikat kita ataupun hutang yang kita tanggung dari pihak lain contohnya pemiutang, pinjaman jangka pendek dan sebagainya. Liabiliti Jangka Panjang pula ialah hutang syarikat kita yang perlu dibayar dengan mengambil masa yang lama dan akhir sekali Equiti pula ialah modal syarikat.

Bagaimana kita hendak menilai keadaan syarikat atau perniagaan kita ialah dengan mengambil jumlah aset kita ditolak dengan liabiliti semasa. Jika hasil dari penolakkan tersebut menghasilkan amoun yang positif maka syarikat atau perniagaan anda adalah baik dan jika ianya negatif maka syarikat anda dalam keadaan bahaya.

Itu sahaja perkongsian saya setakat ini dan di bawah ini saya sertakan video mengenai penerangan di atas. Mana lah tahu kalau-kalau penerangan melalui video anda lebih jelas lagi apa yang dimaksudkan oleh saya. Sekian.....

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.