اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BANGSA YANG BUNUH BANGSANYA SENDIRI DI RESTORAN

Tajuk yang saya paparkan mungkin bunyinya agak sinis dan menyindir. Tapi hakikatnya saya memang menyindir pun.. he he.. Setiap kali saya pergi ke kedai minum atau cafe maka setiap kali itulah saya terminum air yang berlebihan manisnya kecuali kedai minum yang menyediakan gula di atas meja. Itupun kalau kita memasan air panas. Kalau air sejuk dah tentunya gula dah pun dimasukkan dalam air tersebut.

Pernah suatu ketika saya duduk bersama rakan-rakan berbangsa lain. Tak payah saya nyatakan bangsa apa. Saya tabik spring dengan rakan saya. Saya dengan beberapa rakan yang lain pergi ke salah satu kedai minum di sekitar bandar tersebut. Rakan -rakan saya rata-rata yang ikut sama pada masa itu bukan islam dan bukan berbangsa melayu. Namun begitu mereka amat menghormati halal haram dan membawa saya ke kedai yang halal. Semasa memasan minuman, masing-masing kami memesan air mengikut kebiasaan sendiri. Dalam masa beberapa minit kemudian air pun sampailah ke meja kami dan apabila saya minum.. errrkkkkk!!! manis giler tu!! rakan yang duduk bersebelahan dengan saya membebel kerana air terlalu manis (diaorang guna bahasa sendiri tapi saya faham). Selepas itu rakan saya memanggil pelayan kedai dan terus mengarahkan pelayan kedai tersebut memberi segelas air kosong setiap orang bagi mengurangkan rasa manis serta terus memberi peringatan kepada pelayan tersebut "sekiranya orang kami (bangsa diaorang la) datang sini minum air, tolong jangan buat air manis sangat dan kurangkan gula". Akibat dari dialog itulah, saya sensitif dengan air manis yang dihidangkan oleh bangsa kita sendiri untuk bangsanya sendiri supaya cepat mendapat penyakit. Rakan saya amat sensitif bangsanya diperlakukan begitu. Dia tidak memandang remeh dengan menyediaan minuman terlalu manis dan dia tahu bahawa jika perbuatan meletakkan terlalu banyak gula dalam minuman boleh memudaratkan generasi bangsa mereka pada masa akan datang.

Mungkin di kalangan kita tidak bermaksud untuk memudaratkan bangsanya sendiri terutamanya pengusaha restoran tetapi tindakkan memberi gula yang banyak untuk pelanggan merupakan kesalahan yang besar kerana ia memudaratkan pelanggan. Ada di kalangan pelanggan tidak merungut kerana sudah terbiasa dan ada juga di kalangan pelanggan yang terpaksa minum kerana sudah membayar. Bermacam-macam lagi sebab mengapa fenomena ini berlaku.

Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah, kepada pengusaha restoran.. TOLONG KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN. TAHUKAH KAMU BAHAWA KAMU SEDANG MENYEBARKAN PENYAKIT KEPADA BANGSA KAMU SENDIRI. Kebanyakkan penyakit bermula dari makanan. Contohnya Teh yang boleh menyebabkan kenser. Jika pengusaha restoran tidak sensitif dengan perkara tersebut maka semakin banyaklah orang yang akan minum teh yang boleh membawa maut.

di bawah ini saya sertakan beberapa fakta yang saya petik dari beberapa website lain :

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18. 18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
  1. Glukosa
  2. Fruktosa
  3. Laktosa
  4. Maltosa
  5. Sukrosa
  6. Sirap Glukosa
  7. Sirap maple
  8. Molases
  9. Sirap hitam
  10. Sirap kencana
  11. Dektrosa
  12. Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
  1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
  2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
  3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
  4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
  5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
  6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
  7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
  8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
  9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
  10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
  11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati

sumber : jom layan

Berikut ialah laporan jurnal oleh American Heart Association (AHA) yang menyentuh mengenai kandungan gula dalam badan:

  • Kebanyakan gula yang diambil adalah daripada minuman berkarbonat dan gula-gula. Seseorang itu akan mendapat lebih kurang 355 kalori daripada dua tin soda dan sepapan coklat.
  • Bagi wanita, sebaik-baiknya mengambil gula tidak melebihi enam sudu teh sehari dan ini bersamaan dengan 100 kalori daripada gula (termasuk pemanis dan sirap) yang ditambahkan semasa proses penyediaan makanan.
  • Berhati-hati dengan kandungan yogurt yang dimakan kerana 227 gram (gm) yogurt berperisa buah mengandungi lebih kurang enam sudu teh gula, manakala 227 gm susu coklat rendah lemak pula mengandungi empat sudu teh gula.
  • Nama untuk gula yang tertera pada label makanan adalah fruktosa, dekstrosa, sirap tebu dan sebagainya.
Sumber : drhpm

Sahabat anda
360 Degree Friends
Khall
.

Reactions:

1 comments:

  1. Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?
    Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.