COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAYI DAN BADI ORANG MENINGGAL

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. ... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang... . please take note of this for our own good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
 

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan
hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.

Sumber : bujangsusah 
.

WANITA MEROGOL LELAKI

TAMBOV - Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.

Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.

Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.

Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.

Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat.

Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.

Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu.

Setakat ini, polis mengenal pasti 10 mangsa namun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.

"Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine," kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu. - Agensi

KEBERUNTUNGAN MENJADI WANITA

Manusia ni tak pernah puas dengan ya ada dan itu adalah satu kenyataan sehingga ada yang menyatakan beruntungnya jadi begitu dan begini. Hakikatnya setiap kejadian mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Di bawah ini kelebihan menjadi seorang perempuan.  


  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

PUB HALAL DI BRITAIN

du 04.1 Pub HALAL pertama Britain

AZIZUR (kiri) dan Muzahid minum di pub Islam pertama di Britain.


LONDON – Sebuah pub halal pertama di Britain dibuka pada Disember lalu di Oldham yang menawarkan meja snuker dan muzik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pub yang diusahakan oleh Azizur Rahman dan rakan perniagaannya, Muzahid Khan dikenali dengan nama Halal Inn tidak menjual minuman keras. Pengunjung pub itu boleh bermain snuker, dart dan karam iaitu sejenis permainan mirip biliard. Kuiz bertemakan Islam juga diatur pada waktu malam untuk pengunjung. “Penganut Islam merupakan pengguna utama dan mereka memerlukan sebuah tempat untuk bersantai dan bersosial sama seperti orang lain,” kata Muzahid. “Bagaimanapun, terdapatnya minuman keras bermakna pub tidak sesuai untuk mereka yang mengikut ajaran Islam menyebabkan ia merupakan tempat terbaik untuk mereka,” tambahnya. “Kini lebih banyak pub yang ditutup di seluruh negara dan kami percaya menukarnya menjadi pub Islam mungkin boleh menjadi satu kejayaan di mana-mana di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam,” jelasnya. Walaupun pub Islam, seperti tradisi British, ia merupakan suasana yang dikuasai oleh pelanggan lelaki walaupun tidak ada larangan terhadap pengguna wanita. Muzahid bersetuju bahawa siaran langsung perlawanan bola sepak dan kriket akan menarik lebih ramai pelanggan. “Ia merupakan satu konsep baru tetapi akan melibatkan satu tempoh untuk orang ramai membiasakan diri untuk menggunakannya walaupun terletak di kawasan komuniti Islam,” katanya. – Agensi -kosmo

KLINIK DENGAN JURURAWAT SEKSI

du 05.1 Doktor gigi guna pakaian seksi
DR. MARIE-CATHERINE KLARKOWSKI (kiri) bersama kakitangannya yang memakai pakaian seksi untuk merawat pesakitnya di klinik Relax & Smile di Munich, Jerman baru-baru ini.


MUNICH – Seorang doktor gigi wanita dan beberapa kakitangannya memakai pakaian seksi dengan tujuan untuk menenteramkan para pesakit yang mengunjungi kliniknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor gigi itu, Marie-Catherine Klarkowski berkata, melalui cara itu, para pesakit akan dapat melupakan seketika perasaan akan berasa sakit semasa dirawat. Sejak dia dan kakitangannya memakai pakaian seksi itu, bilangan pesakit ke kliniknya, Relax & Smile di sini semakin meningkat.
Namun, peningkatan pesakit itu terdiri daripada lelaki.

Menurut doktor gigi tersebut, dia mendapat idea pakaian seksi itu dalam majlis Oktoberfest selepas melihat golongan lelaki merenung wanita yang memakai skirt tradisional yang ketat. - Agensi

info : sensasi


.

BELOYA PERAKAUNAN PART 2

Beloya perakaunan part 1 saya berkongsi mengenai bagaimana cara kitak melihat keadaan syarikat atau perniagaan kita dalam keadaan baik atau tidak. Untuk Part 2 ini, saya berkongsi mengenai alatan yang diperlukan untuk membuat penyimpanan maklumat perakaunan.

Alat tulis yang diperlukan ialah :

  1. Payment Voucher (PV) [rekod aliran tunai keluar]
  2. Receipt Voucher (RV) [rekod aliran tunai masuk]
  3. File payment voucher (FPV)
  4. File receipt voucher (FRV)
  5. Buku ledger untuk aliran tunai di tangan
  6. Buku ledger untuk aliran tunai di bank

PV/RV diperlukan untuk dikepil bersama dengan resit, bil, invois dan apa sahaja bukti transaksi tunai keluar dan masuk. Tugas PV/RV ialah untuk menerangkan secara terperinci mengenai resit, bil, invois dan apa sahaja bukti transaksi tunai keluar masuk secara terperinci selain untuk mengklafikasikan jenis perbelanjaan yang dibuat.

Setelah membuat PV/RV anda tidak boleh membiarkan PV/RV disimpan merata tempat kerana ia amat penting untuk memudahkan rujukan. Maka dengan itu File PV/RV diperlukan untuk menyimpan PV/RV yang telah dibuat supaya dalam keadaan kemas. Susunkan PV/RV mengikut tarikh.

Dokumen transaksi disimpan kemas dan ia tidak memadai sekiranya aliran tunai keluar masuk tidak direkod untuk tujuan kawalan. Dengan ini Buku ledger aliran tunai di tangan dan bank diperlukan untuk merekod pergerakkan tunai untuk mengetahui baki tunai yang ada. Dari rekod ini lah maka kita dapat melihat kedudukan tunai kita. Dalam ledger ini menerangkan tarikh transaksi, penerangan transaksi, debit, kredit dan baki. Apabila setiap pergerakkan tunai direkod dengan baik maka kita dapat melihat bukti transaksi melalui dokumen yang kita simpan di dalam file PV/RV.

Apa yang saya kongsikan di atas diharap dapat membantu sedikit sebanyak rakan usahawan di luar sana. Di bawah ini saya sertakan video penerangan mengenai perbincangan ini. Jangan marah ekkk.. saya guna bahasa sarawak untuk video kali ini.



BELOYA PERAKAUNAN PART 1

Terbuka di hati saya untuk berkongsi tentang perakaunan. Saya akan kongsikan dengan anda semua dari satu episod ke satu episod. Sebenarnya saya bukanlah orang yang pandai mengajar dan saya juga masih lagi belajar. Namun begitu, rasanya tidak rugi untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Kepada usahawan-usahawan di luar sana, pernahkah anda menilai keadaan syarikat atau perniagaan anda? Kalau kita guna teknik perakaunan terdapat cara untuk mengukurnya. Sebelum itu, saya akan dedahkan dengan anda mengenai asas-asas utama dalam Kunci kira-kira (Balance Sheet). Perkara penting yang anda kena tahu ialah di dalam Kunci Kira-kira ialah Aset Tetap, Aset Semasa, Liabiliti Semasa, Liabiliti Jangka Panjang dan Equiti.

Aset Tetap merupakan aset anda yang digunakan dalam jangka panjang dan ianya memerlukan masa untuk dijual. Contohnya kelengkapan, peralatan, kereta, mesin dan sebagainya. Aset Semasa pula adalah aset yang cair dan mudah ditukar dengan tunai contohnya stok, penghutang, pendahuluan dan sebagainya. Liabiliti Semasa pula ialah tanggunggan syarikat kita ataupun hutang yang kita tanggung dari pihak lain contohnya pemiutang, pinjaman jangka pendek dan sebagainya. Liabiliti Jangka Panjang pula ialah hutang syarikat kita yang perlu dibayar dengan mengambil masa yang lama dan akhir sekali Equiti pula ialah modal syarikat.

Bagaimana kita hendak menilai keadaan syarikat atau perniagaan kita ialah dengan mengambil jumlah aset kita ditolak dengan liabiliti semasa. Jika hasil dari penolakkan tersebut menghasilkan amoun yang positif maka syarikat atau perniagaan anda adalah baik dan jika ianya negatif maka syarikat anda dalam keadaan bahaya.

Itu sahaja perkongsian saya setakat ini dan di bawah ini saya sertakan video mengenai penerangan di atas. Mana lah tahu kalau-kalau penerangan melalui video anda lebih jelas lagi apa yang dimaksudkan oleh saya. Sekian.....

KHASIAT AIR BARLI

JITRA, 26 Jan (HPM) – Ramai yang menggemari air barli untuk diminum tidak dikira pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam.
Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.
Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman


.

KHASIAT AIR MANI


Ini lah hasil saya mencari artikel mengenai khasiat makanan.. Banyak juga artikel menyentuh tentang ini. Saya bukan apa, selalu sahaja mendengar rakan-rakan yang cakap air mani dapat mengubat kulit. Diaorang cakap dalam nada bergurau.. Sejauh manakah kebenarannya maka inilah yang saya simpulkan dari bacaan artikel.

Khasiat Air Mani untuk Wanita
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
  • Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  • Mengurangkan jerawat.
  • Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
.

MARAH MARAH MARAH MARAH MARAH MARAH MARAH

Marah?! sebut sahaja marah maka itu adalah lumrah. Setiap orang dikurniakan hati untuk merasai marah. Marah merupakan salah satu perisai untuk mempertahankan diri sendiri. Namun begitu, perisai yang disalah guna pasti akan memakan diri sendiri. Marah ni umpama dadah jika ianya terlebih ianya akan memudaratkan dan jika ia kurang maka ianya tidak ada gunanya dan jika ianya dalam keadaan sederhana maka ianya jadi ubat.

Meletakkan marah bukan pada tempatnya sememangnya tidak baik kerana ianya tergolong dalam orang-orang yang zalim. Pernahkah anda mendengar perkataan "Marah dengan berhikmah"?. Marah dengan berhikmah ialah marah yang boleh memberi pelajaran dan pengajaran kepada orang lain dan bukan sekadar untuk menghukum atau menyakitinya.

Setiap orang berhak untuk marah tetapi berhakkah kita untuk memarahi orang yang tidak sepatutnya di marah. Cuba anda bayangkan anda dimarahi kerana sesuatu perkara yang anda tidak ketahui dan apakah perasaan anda. Saya pasti anda akan marah kerana anda ingin mempertahankan diri sendiri. Sejauh manakah anda bertindak kerana kemarahan anda, itu anda tentukannya.

Jika anda dituduh, dihina, diherdik, dicaci dan sebagainya maka pada masa itulah marah akan memainkan peranan. Mampukah anda tersenyum ketika marah. Jika anda merasakan perasaan marah muncul saya sarankan anda ukirkan senyuman dan tenangkan diri kerana itu adalah cara kita untuk mengawal marah. Jika marah itu berlebihan maka ia menyebabkan kita hilang pertimbangan diri.

Marah itu seringkali dikaitkan dengan elemen api dan api adalah salah satu kejadian jin dan syaitan. Ketika anda merasakan diri dikuasai marah maka pada ketika itulah jin dan syaitan mudah merasuk anda dan berbisik kepada anda untuk bertindak pada perkara di luar batasan. Sebab itulah saya sebutkan tadi bahawa marah itu umpama dadah.

Tahukah anda, jika kita marah secara berlebihan maka kita akan hilang kewarasan, sedih secara berlebihan akan hilang pertimbangan, gembira secara berlebihan maka akan lupa pada mati. Maka dengan itu hendaklah anda dan saya sendiri (he he he) bersikap sederhana.

Saya memohon maaf sekiranya saya tersalah bahasa tercicir kata.. apa yang saya kongsikan ini adalah untuk makanan otak kita di hari ini. Saya harap anda dapat kongsikan artikel ini untuk orang yang suka nak marah-marah (he he).. Klik jerr butang dibawah ini untuk berkongsi dengan rakan di laman sosial yang anda biasa gunakan.. sekian...

ULASAN CERITA KHURAFAT

Cerita ini mengisahkan penggunaan ilmu sihir oleh seorang lelaki yang berdendam dengan seorang perempuan yang ego. Keegoan perempuan itu yang menyimbah air di muka lelaki tersebut menyebabkan timbulnya dendam. Tauladanya di sini janganlah kita terlalu sombong dengan orang lain kerana akibatnya kita tidak ketahui. Apabila kita sebut sahaja sihir ianya memang mengakibatkan kesengsaraan di akhir cerita. Kebiasaan yang saya dengar ialah ianya boleh mengakibatkan kita susah untuk mati.

Apapun yang saya ceritakan di atas, saya melihat cerita ini dari sudut yang lain di mana kematian perempuan yang terkena sihir itu bukanlah atas kerelaannya sendiri tetapi dipengaruhi oleh sihir. Di sini saya mengambil tauladan bahawa kita tidak dapat menilai seseorang itu dengan semudah melalui mata hati. Allah s.w.t adalah sebaik-baik penilai. Apabila anda melihat seseorang membunuh diri maka anda tidak layak untuk menilainya kerana kita tidak tahu punca sebenar mengapa dia membunuh diri.

Tahukah anda apa itu vice versa?. Ianya adalah pembalikan cerita mengapa cerita itu terjadi atau dengan kata lain sekiranya anda melihat seseorang itu tengah menangis.Anda akan dapat melihat bagaimana dia boleh menangis dan apakah puncanya.Cerita Khurafat juga mempunyai unsur vice versa dimana ianya menceritakan bagaimana kematian si lelaki itu berlaku.

Sekian :p

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.”

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T.”


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”


BAHANA MINYAK DAGU


KUALA LUMPUR: Akibat disihir dengan minyak dagu mayat, seorang pelakon wanita drama bersiri popular membuat pengakuan pernah meninggalkan suami dan tiga anaknya semata-mata untuk bersekedudukan dengan seorang lelaki warga Kemboja yang baru dikenali walaupun ketika itu dia hamil tiga bulan.

Mangsa mendakwa ilmu hitam itu menyebabkan dia seolah-olah menjadi hamba seks lelaki terbabit selama lebih dua tahun sekitar 2007 hingga 2009. Sepanjang tempoh itu juga, semua pendapatan bulanannya turut diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Lebih tragis lagi, pelakon itu yang berusia 27 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai D berkata, dia juga terlantar selama sebulan di wad psikiatrik, Hospital Selayang dekat sini, selepas doktor mengesahkan dia mengalami gangguan mental.

“Segala-galanya bermula selepas saya berkenalan dengan seorang penghantar surat yang kerap datang ke pejabat saya di Damansara atas urusan kerja.

“Entah mengapa saya tiba-tiba seperti hilang pertimbangan diri kerana sentiasa dihantui wajah lelaki berusia 24 tahun itu seolah-olah ada satu daya tarikan istimewa pada dirinya.

“Saya gagal mengawal diri sehingga tidak mampu menolak setiap arahan yang diberikan, malah tidak teragak-agak meninggalkan suami dan anak untuk tinggal serumah dengan lelaki itu di Gombak,” katanya.

D berkata, sepanjang tinggal dengan lelaki itu, dia dilayan seperti pembantu rumah apabila diarah melakukan semua kerja rumah selain terpaksa menyerahkan semua wang pendapatannya.

“Biarpun dimaki-hamun dan dipukul saban hari, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkannya, malah hati saya tetap menyayanginya. Setiap kali saya berhasrat pulang ke pangkuan anak-anak, seolah-olah ada satu kuasa mematikan niat saya itu,” katanya.

Menurut D, hampir tiga tahun bersama lelaki durjana itu, dia langsung tidak pernah menjenguk orang tuanya di kampung dan suaminya juga gagal menjejaki tempat tinggalnya.

“Saya juga seperti dirasuk kerana setiap kali ada pihak melarang hubungan kami, saya tidak teragak-agak memarahi serta memaki-hamun mereka,” katanya.

Kemuncaknya, keadaan diri D menjadi tidak keruan apabila lelaki itu menghilangkan diri. Dia mula meracau siang dan malam memanggil nama lelaki itu hingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Selepas terlantar di hospital, barulah keluarganya dapat bertemu dengan D selepas dihubungi pihak hospital dan sokongan mereka membuka laluan untuk D kembali pulih seperti sedia kala....- [HM]

NAK RAMAS TETEK KENALAH DERMA

Ini berita menderma sambil buat lucah. Jadi kepada sesiapa yang nak banyak dapat derma bolehlah ikut cara depa ni.. tentu lumayannn


Beginilah aksi untuk mendapatkan wang banyak dalam waktu sekejap....cukup unik dan nekad..boleh dikatakan gila..mengutip dana untuk AIDS dilakukan dengan aksi meramas payudara para model . Sampai macam ni sekali cara untuk mengutip derma.....



Nasib baik benda ni jadi kat negara Jepun, kalau buat kat Malaysia aku pun nak pi derma jugak.. - wasiatpejuang

BELOYA2U BERSAMA VIVAC DAN USAHAWAN BUMIPUTRA

Beloya2u.com bersama rakan usahawan berjumpa dengan wakil kelab Viva (ViVaC) di restora Atmosfera Cafe. Perbincangan menjurus kepada promosi secara bersepadu bersama ViVac. Penerangan telah dibuat mengenai apa itu beloya2u.com. Saya sendiri telah menerangkan bahawa beloya2u.com adalah salah satu platfom web yang akan membantu usahawan bumiputra untuk mempromosikan perniagaannya. Keutamaan web adalah dalam sektor perlancongan. Pada malam itu saya sendiri telah menunjukkan pelekat beloya2u.com untuk dilekatkan di belakang kereta bagi tujuan promosi selain menyebarkan risalah.

Beloya Management & Services telah menaja beberapa hadiah kepada Kelab Viva untuk tujuan aktiviti mereka. Aktiviti mereka yang dijangka berlangsung ialah pertandingan bowling antara kelab-kelab di sekitar Sarawak dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Pertemuan ini telah di atur oleh Pn Ayu dan ianya berjalan dengan lancar. Tarikh dan tempat aktiviti akan dimaklumkan kemudian manakala alat promosi disediakan seawal yang mungkin. Pada masa yang sama saya sebagai wakil Beloya Management & Services menjemput beberapa rakan usahawan lain yang juga mempunyai syarikatnya tersendiri untuk menyumbang atau menaja aktiviti kelab ini. Ini kerana kami menyokong aktiviti sihat seperti ini. Di bawah ini ialah sedutan/suasana perbincangan kami.








.

TEGURAN BERHIKMAH



"Baru nak tegur dah melenting tak tentu pasal.."
"Macam ar dia tu bagus sangat sampai tak boleh ditegur,"
"Tegur pun salah ke?"
"Kalau macam ni perangai, sampai bila pun takkan berubah!".


Itulah realitinya, kan? Kita selalu nak cepat, nak keputusan yang baik, tapi kita kelam-kabut. Kita tegur dan kita mahukan dia berubah dengan pantas mengikut teguran kita.

Manusia bukan robot.

Kita ada ego masing-masing. Kita ada keinginan untuk melihat rakan atau saudara sekeliling kita berubah menjadi lebih baik. Kadang-kadang kita tegur sebab meluat tengok perlakuan mereka. Kadang-kadang kita tegur sebab sayangkan mereka. Kadang-kadang kita tegur sebab rasa mereka sepatutnya mencontohi kita. Tapi kadang-kadang mungkin teguran kita tu tak berapa nak kena. Kalian menegur sebab apa?

Kawan-kawan, saya sendiri tak pandai menyusun ayat. Apa terfikir di minda, itulah yang lidah cakapkan. Itulah yang tangan taipkan. Tapi ada satu benda yang saya pasti sejak dulu... manusia perlukan masa untuk menilai diri mereka sendiri. Kadang-kala, keadaan yang ditentukan Allah saja yang membuatkan mereka tersedar dari kesilapan. Kerana manusia bukan robot yang sentiasa akan mengikut nasihat dan teguran kita. Mereka juga ada ego tersendiri.

Tugas kita ialah menegur.

Orang kata, menegur perlu berhikmah. Iaitu dengan kata-kata yang baik. Bukan dengan melemparkan cacian. Tapi kawan-kawan.. dalam menegur juga perlu ada ketegasan. Namun bukan dengan meninggikan suara. Allah memandang usaha, bukan hasilnya. Jangan kelam-kabut tegur dia supaya berubah. Kelak, kita sendiri yang akan jatuh. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menegur. Sama ada dia itu terima atau tak... itu urusan kedua. Hati manusia lain-lain. Kawan-kawan..

Dia melenting?

Siapa yang tak melenting kalau tiba-tiba ditegur pada kesalahan yang dia sendiri tak sedar.. Biarkan saja dia melenting. Bukankah tugas kita ialah menegur? Kalau kita ikut sama melenting, syaitanlah yang akan ketawa tak ingat dunia. Bagi masa untuk dia sejukkan hati.. mungkin masa dia tengah melenting, dalam masa yang sama dia sedang fikirkan kata-kata/teguran kita.. Tapi sebab ego dan malu, dia taknak terima. Berikan dia ruang untuk berfikir, berdoa semoga Allah bukakan hatinya.

=================

"Criticism may not be agreeable, but it is necessary. It fulfils the same function as pain in the human body."

Sumber : ImanMutiara
.

TAWARKAN ORANG LAIN MELOGOL ISTERINYA SENDIRI

KANNAPOLIS: Seorang lelaki menggunakan kemudahan iklan di Internet menawarkan isterinya untuk dirogol lelaki lain di rumah mereka di Kannapolis, kata polis North Carolina, semalam. Sumber polis berkata, lelaki berusia 25 tahun itu berdepan tuduhan rogol kelas pertama dan tuduhan lain. Katanya, cubaan itu dikesan apabila isteri tertuduh menghubungi talian kecemasan 911 pada awal Ahad dan mengaku ada lelaki berpisau merogolnya.

“Mangsa dirogol dalam bilik tidurnya dan disaksikan tertuduh,” katanya. Menurut sumber, turut ada di rumah adalah dua anak mereka, tetapi kejadian itu tidak disedari mereka. Melalui iklan berkenaan, tertuduh menawarkan lelaki datang ke rumahnya dan berasmara dengan isterinya menggunakan ‘taktik menakutkan’.

Aksi itu juga perlu dilakukan tanpa pengetahuan wanita terbabit. Identiti lelaki yang merogol mangsa belum dipastikan dan polis juga menyiasat kemungkinan dia diupah melakukannya. – Agensi

PELAJAR TERPELAJAR MEMBUANG BAYI

ne 01.1 Pelajar sekolah agama BUANG BAYI


ALOR STAR – Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu. Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama. Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah. Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah. Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis. Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama. Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan. “Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain,” jelasnya yang enggan dikenali. Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

“Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka,” ujarnya. Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin. -Kosmo

LAPORAN PESTA SEKS DI FILIPHINA

lu 04.1 Filipina kecoh pesta seks di tepi pantai
MANILA 6 Jan. – Pihak berkuasa Filipina mungkin mengharamkan aktiviti seks di pantai-pantai Pulau Boracay yang terkenal di dunia selepas seorang krew televisyen merakamkan dua pasang kekasih yang berbogel mengadakan hubungan seks di tempat terbuka pada malam Tahun Baru.
Klip video itu menunjukkan sepasang kekasih mengadakan hubungan seks di pantai itu, manakala sepasang kekasih lagi bercumbu-cumbuan di dalam air, dengan buah dada wanita itu jelas kelihatan di atas permukaan air. Rangkaian televisyen ABS-CBN berkata, aksi pasangan dari Barat itu dirakamkan pada pukul 2 pagi pada malam Tahun Baru sebaik-baik sahaja tamat parti tepi pantai besar-besaran yang diadakan di Boracay bagi menyambut kedatangan 2011. “Kami memikirkan tentang undang-undang ‘tiada seks di pantai’, jadi pelancong-pelancong lain tidak akan terganggu,” kata Datuk Bandar Malay, John Yap kepada ABS-CBN dalam satu temu ramah yang disiarkan di laman webnya minggu ini. Menurutnya, pihak berkuasa sedar mengenai sensitiviti negara yang berpegang kepada ajaran Roman Katolik. “Ia merupakan satu kes terpencil dan agak sukar untuk dikawal. Namun jika dikesan pihak polis, mereka boleh ditahan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.

Boracay menarik kira-kira 650,000 pengunjung setiap tahun atau kira-kira 22 peratus daripada jumlah keseluruhan pelawat ke Filipina, menurut data Kementerian Pelancongan. – AFP

PESALAH MELETAK GAMBAR SEKS DI FACEBOOK DITANGKAP

CHICAGO – Seorang lelaki, Leroy Stephenson (gambar), 24, ditangkap selepas satu gambar yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang gadis remaja disiarkan di Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
http://cbschicago.files.wordpress.com/2011/01/leroy-stephenson.jpg?w=420
Dia ditangkap selepas seorang ibu membuat laporan bahawa satu imej anak perempuannya yang melakukan perlakuan seks disiarkan di laman Facebook. Stephenson memberitahu beberapa penyiasat polis bahawa dia menjalin hubungan seks dengan gadis itu pada Februari 2010. Ketika itu, gadis tersebut berumur 15 tahun. Dia turut mengaku merakamkan gambar aksi seks mereka dengan menggunakan telefon bimbit pada Disember 2010. Gambar itu disiarkan di facebook selepas ia tersebar dalam kalangan sepuluh orang. Facebook menarik semula gambar tersebut daripada disiarkan selepas keluarga gadis tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan laman sosial itu. – Agensi

ULAR BERKAKI EMPAT

AIR PUTIH: Penemuan seekor anak ular dipercayai jenis tedung selar yang mempunyai empat kaki menggemparkan penduduk yang menyifatkan ia sebagai pelik dan luar biasa.

Anak ular sepanjang kira-kira 17 sentimeter yang memiliki kaki kecil itu ditemui dua pekerja bahagian landskap, Mohd Halimiza Mohd Halim, 22, dan Amin Hassan, 32, yang sedang menanam pokok hiasan di tepi jalan ladang sawit TDM Plantation Sdn Bhd kira-kira jam 9.20 pagi semalam.

Mohd Halimiza berkata, dia hanya menyedari anak ular yang berwarna hitam itu mempunyai empat kaki selepas rakannya memukul ular berkenaan yang cuba mematuknya.

“Ketika menanam pokok hiasan tiba-tiba saya ternampak seekor anak ular keluar dari celah tandan kelapa sawit lama yang sudah kering tidak jauh dari tempat kami menanam pokok.

“Dengan pantas anak ular itu melingkar menuju ke arah Abang Amin dan kepala ular itu turut mengembang kerana mahu mematuk,” katanya yang menetap di Ladang Bandi.

Menurutnya, dia menjerit dan secara spontan Amin memukul anak ular itu dengan besi pencungkil buah sawit menyebabkan kepala anak ular itu putus serta badannya turut terputus tiga.

“Ketika anak ular itu melingkar saya dan rakan sekerja tidak menyedari ular berkenaan mempunyai kaki.

“Namun, selepas ia mati barulah kami perasan yang ular ini pelik dan unik kerana saya tidak pernah melihat ular sebegini,” katanya.

Mohd Halimiza berkata, selepas melihat kaki anak ular itu, mereka was-was dan beranggapan mungkin haiwan itu bukan ular tetapi mengkarung.

“Bagaimanapun, selepas mengamati fizikal ditambah dengan serangan agresif haiwan ini yang mahu mematuk rakan saya, saya yakin ia adalah anak ular yang mungkin dari jenis tedung selar,” katanya.

Menurutnya, sejak mula bekerja di ladang berkenaan setahun lalu pengala-man menemui ular berkaki adalah antara pengalaman pelik yang pernah dialaminya.

Mohd Halimiza berkata, pada masa sama penemuan itu menunjukkan bukti kebesaran Allah SWT kerana tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, walaupun anak ular berkenaan sudah mati namun dia akan menyimpannya supaya orang ramai dapat melihat keunikan ular berkenaan yang lain daripada lain.
-sinarharian-

LEMBU UNIKON









CARA MUDAH CUCI SKRIN (PERCUMA LAGI TU)

Memang sukar kita nak percaya bahawa komputer ataupun laptop kita dicuci dengan software khas yang dibuat oleh programer. Kebiasaannya kita akan gunakan kain dan sejenis cecair khas untuk mencuci skrin komputer/laptop. Dengan kemajuan teknologi ini, maka anda dapat mencuci skrin dengan mudah dengan hanya sekali klik sahaja. Teknik tersebut amat mudah. Anda hanya perlu klik link yang saya sertakan dibawah. Diharap anda bersabar sedikit kerana sabar itu separuh daripada iman.


 
 
 

PAKEJ MEMANCING DI SEMATAN


Entri ini khas untuk kaki pancing ataupun hantu laut ataupun yang suka menyelam. Lokasi ini terletak di Pekan Sematan daerah lundu. Perjalanan ke sana lebih kurang mengambil masa 1 jam 45 minit dengan kelajuan 60km/jam ke 80km/jam dari bandaraya Kuching. Sematan amat sinonim dengan produk maritim dan kawasan maritim yang unik. Dari sana kita boleh melihat beberapa pulau yang dikelilingin batu karang. Jika ada rezeki lebih anda boleh menyewa bot pergi ke satu kawasan di mana penuh dengan hidupan maritim. Anda juga boleh memancing dan membuat aktiviti menyelam di sana. Ini merupakan berita baik untuk kaki-kaki pancing. Sematan juka popular dengan pengeluaran ketam bakau, ketam berkulit lembut dan sebagainya. Di sana juga terdapat pengusaha sangkar ikan dan sangkar ketam bakau berkulit lembut dan serta yang biasa  di mana anda boleh dapatkan ikan  dan ketam yang segar dari sangkar. Ikan yang di ternak ialah ikan siakap. Anda boleh menjadi ajen memasarkan ikan dan ketam dari sangkar kepada pengusaha restoran, hotel dan sebagainya bagi menambah pendapatan pasif anda dengan menghubungi saya (khall) bahagian khidmat pelanggan. Sila baca entri seterusnya di bawah ini untuk penjelasan lebih lanjut.









Di sini saya sertakan harga sewaan bot untuk kaki pancing :
  1. Tanjung Dato : RM650.00
  2. Talang-talang : RM480.00
  3. Sekitar pesisir : RM250.00
  4. Sungai Sematan : RM80.00
Ini pula harga sewaan bot untuk penyelam (diving) :
  1. Talang-talang : RM390.00
  2. Gado Island : RM500.00

Pemandu bot iaitu saudara sayuti akan membawa anda ke lokasi dimana terdapatnya lubuk ikan dan anda boleh bertanya terus dengan beliau jika ada apa-apa yang anda muskil dengan perkhidmatan yang disediakan.

Jika berminat anda boleh hubungi :
+60148880024 (Ayot : Operasi perkhidmatan)







TERLALU MEMIKIRKAN APA YANG ORANG LAIN FIKIR

Telalu memikirkan apa yang orang lain katakan melibatkan keyakinan diri. Apa yang saya kongsikan di sini adalah melalui pengalaman saya semata-mata dan sekiranya ada kekurangan sila tegurkan saya. Saya amat mengalu-ngalukannya.





Usahlah anda terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang diri anda. Kalaupun anda hendak memikirkannya, hendaklah perkara tersebut berada di tempat yang betul. Saya membincangkan perkara tersebut kerana saya banyak berjumpa dengan rakan-rakan yang kurang keyakinan diri malah diri saya kadang-kadang juga hilang keyakinan diri. Namun atas motivasi yang lalu maka insyaallah saya mampu mengatasinya.

Saya akan selitkan sedikit kisah saya dulu kala dimana ketika itu saya mula menggunakan cermin mata hitam. Oleh kerana saya kurang keyakinan diri dan terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir, saya menjadi malu untuk menggunakan cermin mata hitam. Apa yang saya fikirkan masa itu ialah "Orang lain akan memikirkan saya seorang yang berangan nak jadi artis", "Saya seorang yang lucu serta sombong" dan "Saya adalah seorang yang pelik". Kerana terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir, saya menjadi segan untuk menggunakan cermin mata. Kadang-kadang saya buka ketika orang ada di sekeliling dan kadang-kadang saya pakai ketika orang kurang berada di sekeliling. Itu semua berlaku kerana keyakinan diri dan cara pemikiran saya.

Cara pemikiran amat penting dalam apa juga hal. Saya menyatakan perkara tersebut kerana jika kita memikirkan sesuatu itu susah maka ianya akan menjadi susah dan begitulah sebaliknya. Cuba anda bayangkan ada berada di suatu tempat yang gelap atau berseorangan di rumah. Pada ketika itu anda diganggu oleh bunyi aneh. Terdapat 2 cetusan cara pemikiran yang berlaku di sini. Cetusan yang pertama ialah "anda takut dicekik hantu dan anda bayangkan hantu itu amat mengerikan". Cetusan kedua ialah "anda membayangkan hantu itu juga merupakan makhluk Allah seperti anda ataupun anda memikirkan bunyi itu hanyalah bunyi tikus-tikus yang berkeliaran". Jika pemikiran anda berlaku pada cetusan yang pertama maka anda akan menjadi takut manakala cetusan yang kedua, anda akan menjadi berani. Namun begitu, cetusan tersebut di iringi oleh keyakinan.

Contoh seterusnya, anda ingin mengorat seorang perempuan keyakinan yang anda harus ada adalah yakinlah bahawa anda adalah seorang yang hensem :p ha ha... cetusan yang belaku semasa mengorat perempuan ialah "aku tidak hensem dan perempuan itu tidak mungkin akan memandang aku" dan cetusan kedua "sekurang-kurangnya aku cuba dan aku tidak rugi mencubanya". Cetusan itu akan melahirkan keberanian dan keyakinan kita.

Siapapun diri anda dan apa pun bentuk anda, anda mempunyai potensi tersendiri yang anda belum terjah 100%. Jika anda keluarkan potensi anda sehingga 100%, saya pasti anda boleh lakukannya. Gagalnya anda hari ini kerana anda belum bertindak 100%.

.

18SX : BUDAK YANG BIASA TENGOK FILEM PORNO DAN TERUS MEMPRAKTIKKANNYA

Astarfirullah al-a'zim. Bila aku wat title nie. Aku cam. Pat0t ke tak pat0t. Aku rasa cam pat0t la. Untuk share kat 0wank ramai. Aku terbaca benda nie dekat bl0g Miss Farah. Sori tau mem, cbb i amek u nyer utk share kat member2 I. Hope u tak kesah. Lets stori.

Aku nie mula2 baca title dier tau. Eh bet0l ke Miss Farah nie. Mana ada budak reti benda2 karut nie. After aku baca n tgk pic nyer. OMG. I d0nt belive it. Its true or rekaan semata2. Aku cam. Tercengang seribu bahasa. Memang cam tak sangka. 100 kali d0h aku tgk gambar dier. Gamb0 edit ke tak. Tapi macam aku cakap tadi. Memang susah nak percaya. Masalah nyer. Malu nyer aku nak cakap. Korang tgk pic dier dulu ok.





Gambar selebihnya tgk page Miss Farah.

Ok, Aku nak cakap nie. Malu pun malulah. Korang perasan tak pic tue. Ya Allah. Macam tak patut lak aku cakap. Memalukan pun ader. Jat0h maruah. Aku pun rasa cam jat0h maruah klu aku cakap. Eh, cakap je lah. Ko perasan tak,

'PEREMPUAN YANG AJAK BUDAK LAKI TUE MAKE LOVE LA BEB'.

OMG still macam. Tak percaya aku. Nie ke dunia ahey zaman. Macam dh nak kiamat aku rasa. Ya ALLAH, budak lagi tu. Aku tak tahu budak2 nie dari negara apa. Macam JEPON/CHINA pun ada. Ntah la. Aku still tak sangka. Nak ngs d0h. Budak2 yg bel0m cukup umur dh terdedah ngn benda2 cam nie. Mana orang2 sekeliling utk melarang. Siap amek gambar lagi. Malu nyer.

Nasihat aku cuma ckit jerk. AWASI ANAK2 di luar sana. Bagi Ibu Bapa. Jangan la nak terabar2 tercium2 ter0ver2 depan anak2 yg bawah um0 k. Cbb budak2 zaman sekarang nie dah terdedah dan mudah paham apa tindak tand0k yg kt buat. Kontr0l klu nak menggatai. Buat time yg sesuai di tempat yg sesuai. Bukan merata tempat. So, jangan tahu nak melatah jerk klu jadi hal2 camnie. Awasi lah anak2 anda. Aku pun remind kat diri aku sendiri. Hope hal2 cam nie ja0h dari keluarga serta sanak saudara aku dan tidak lupa juga dengan seagama aku. Semoga ALLAH melindungi kt smua. AMIN.
 
info : nonot 
 
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.