COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SEMARIANG BAKAU TRANSPORTER (WORLD OF WETLAND)

Pengalaman menyusuri sungai semariang yang berhubung terus ke pantai santubong merupakan pengalaman yang tidak mudah untuk dilupakan. Sekitar sungai tersebut terdapat kawasan tanah paya bakau yang digezetkan sebagai Kuching World of Wetland. Bagi memenuhi syarat menjadi kawasan tanah lembab sedunia terdapat beberapa syarat dikenakan. Antaranya adalah tempat perlindungan buaya, Hutan bakau hendaklah subur dan sihat, tempat tersebut merupakan kawasan perlindungan haiwan terancam atau spesis yang sukar dijumpai serta tiada di tempat lain dan kawasan tersebut merupakan kawasan penting untuk ikan bertelur. Di anggarkan kerajaan memperuntukkan 1 million hektar bagi tujuan pemeliharaan dan diberi status Kuching World Of Wetland dan sekarang sudah mencapai 70%. Hutan disekitar tersebut dikategorikan 3 bahagian iaitu, hutan bakau, hit dan campuran. Selain dari itu, di sana kita boleh melihat sendiri projek membuat tadahan air bagi mengurangkan risiko banjir di sekitar bandaraya Kuching. Selain daripada itu, melalui sungai tersebut kita boleh melihat Pulau Salak ataupun perkampungan kecil yang berusia lebih kurang 86 tahun sejak 1924. Penduduk di sekitar tersebut mempunyai hak untuk mengambil kayu bakau di sekitar world of wetland untuk kegunaan sendiri manakala pihak lain tidak dibenarkan mengusik pokok-pokok bakau di sekitar tersebut. Selepas melalui Pulau Salak. Kita seteruskan akan melalui pulau Klasah yang merupakan pulau yang paling kecil di sekitar kawasan tersebut. Menurut En Muliadi, Pulau Klasak berbentuk Apel sekiranya dilihat melalui dasar muara sungai. Sesampai kita di Pulau Klasak pemandu bot akan menghentikan bot sementara waktu dan jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat sendiri hidupan liar di sana seperti ikan lumba-lumba, Monyet belanda dan bermacam-macam lagi. Dari sana kita dapat melihat pulau kera, pulau santubong dan kawasan pantai santubong. Setelah puas melihat pemandangan di sekitar Pulau Klasah kita akan terus dibawa pemandu bot untuk membuat pusingan di Pulau Salak. Sekiranya kita bernasib baik kita akan bertemu dengan Sang buaya yang merupakan hidupan liar yang dilindungi sekitar tersebut. Pemandangan lain yang kita boleh lihat apabila kita menyusuri Sungai Semariang melalui pangkalan semariang ialah kita boleh melihat dengan jelas dua gunung penuh sejarah iaitu Gunung Santubong dan Gunung Serapi. Pengalaman melalui sungai tersebut di abadikan dengan meninggalkan benih pokok paya bakau di sekitar tapak yang digezetkan sebagai world of wetland. Kepada Sesiapa yang berminat untuk melalui pengalaman tersebut bolehlah menghubungi Puan Yati +60128936201. Caj yang dikenakan adalah seperti berikut :

  1. Sewa bot dengan pemandu : RM30.00/seorang (Minimum 6 orang)
  2. Makanan & minuman ringan untuk bekalan semasa perjalanan yang merupakan 3 jenis kuih muih berserta dengan minuman ringan. : PERCUMA
  3. Setiap orang dibekalkan 1 anak benih bakau untuk tujuan pembenihan bakau di sekitar world of wetland sebagai kenangan & simbolik kita menyayangi alam semulajadi : PERCUMA.
Perjalanan ulang-alik dari pangkalan semariang menyusuri sungai semariang lebih kurang 45 minit.

Bagi yang suka perjalanan yang mencabar dan penuh pengalaman menuju ke rumah penginapan SAPTUYAH HOMESTAY di pasir pandak tanpa menggunakan jalan raya anda boleh berbincang sendiri dengan Puan Yati (Caj yang dikenakan tidak berubah) dan untuk membuat tempahan Rumah penginapan SAPTUYAH HOMETAY anda boleh klik di SINI.

Bagi pengankutan dari lapangan terbang ke Pengkalan Semariang Batu pula, anda boleh menghubungi terus En Ali (Tok Moh) +60135756275. Caj untuk pengankutan adalah RM17.00/seorang.

Anda boleh bayangkan sendiri anda membuat penerbangan ke Kuching Sarawak dan kemudian dari lapangan terbang Kuching terus menuju ke pangkalan Semariang kemudian menaiki bot menuju ke Rumah Penginapan dengan merasai pemandangan serta pengalaman yang tidak akan anda lupakan. Sesampai anda di Rumah penginapan anda akan disajikan tradisi melayu sarawak mengikut kehendak dan kemampuan anda.


Reactions:

1 comments:

  1. Anda boleh bayangkan sendiri anda membuat penerbangan ke Kuching Sarawak dan kemudian dari lapangan terbang Kuching terus menuju ke pangkalan Semariang kemudian menaiki bot menuju ke Rumah Penginapan dengan merasai pemandangan serta pengalaman yang tidak akan anda lupakan. Sesampai anda di Rumah penginapan anda akan disajikan tradisi melayu sarawak mengikut kehendak dan kemampuan anda.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.