اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEPENTINGAN HUBUNGAN & RANGKAIAN

Bila kita bercakap mengenai usahawan akan terlintas di kalangan kita memikirkan modal, kerja mengikut masa sendiri, bebas, kekayaan dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian saya, dikalangan usahawan yang berpengalaman selalu menyatakan "business talking about network" atau dalam bahasa melayunya Usahawan adalah mengenai rangkaian. Setiap usahawan yang mempunyai rangkaian yang baik selalunya akan berjaya dalam bidangnya. Rangkaian perniagaan atau pun rangkaian rakan usahawan amat penting bagi memastikan kita mudah mendapat informasi serta menyampaikan informasi bagi merebut peluang dan mengatasi pesaing. Pada pendapat saya, rangkaian semata-mata tidak cukup dan tidak mantap. Pada masa sekarang, saya boleh membina rangkaian 100 orang dalam sehari. Bagaimana ia terjadi? Saya memberi pendapat demikian seperti mudah dilakukan. Perkara yang kita tahu akan jadi mudah dan sebaliknya jika kita tak tahu. Bagaimana saya membina rankaian 100 orang dalam masa sehari mempunyai tekniknya yang tersendiri namun akibat dari ledakan rangkaian yang banyak tanpa unsur kreatif diselitkan maka kualiti akan hilang. Disebabkan itulah, maka saya lebih menekankan rangkaian (network) hendaklah disertai dengan hubungan (relation). apa yang saya maksudkan dengan rangkaian disertai dengan hubungan akan saya terangkan selanjutnya kemudian. Saya akan ceritakan bagaimana saya mencipta 100 rangkaian dalam masa sehari. Mungkin ada di kalangan usahawan mengangap itu mudah kerana mereka ada teknik mereka tersendiri. Bagi yang tak tahu, saya akan beritahu. Teknik yang pertama adalah melalu Facebook. Anda boleh membina laman khas dalam Facebook atau pun "PAGE". Kita boleh mengajak rakan kita masuk ke dalam laman yang dibina dengan hanya Klik sahaja. Selain itu kita juga boleh membina Kumpulan "Group" dan boleh mengajak rakan-rakan kita untuk mengikuti kumpulan yang telah dibina. Facebook kita sendiri juga boleh digunakan untuk membina rangkaian dengan membuat komitmen setiap jam, kita hanya perlu "add" atau menambah rakan sebanyak 6 orang sejam sekurang-kurangnya. Dalam masa 16 jam lebih anda akan mempunyai 100 rakan. Teknik lain yang anda boleh gunakan ialah dengan bertemu secara terus dengan pelanggan, menyebarkan risalah, memberi kad perniagaan dan sebagainya. Apa yang saya sebut di atas hanyalah teknik membina rangkaian sahaja tetapi tidak untuk hubungan. Hubugan akan wujud apabila pelanggan dengan kita mempunyai komunikasi dua hala ataupun rangkaian benar-benar tahu apa yang kita sediakan dari segi perkhidmatan atau produk. Bagi mewujudkan hubungan, perkara yang penting adalah kita memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Teknik membina rangkaian usahawan pula yang saya praktikkan ialah dengan melawat ke tempat atau kawasan pengusahaan yang dibuat oleh rakan usahawan. Dengan cara itu kita lebih mengenali rakan usahawan kita dan secara langsung rakan usahawan mudah untuk berkongsi info dengan kita. Perkara tersebut terjadi kerana rakan usahawan berasa selesa dengan hubungan yang terbina. Dengan tidak langsung maka berlakulah pertukaran informasi kita bersama rakan usahawan. Konsep tersebut kita sebut sebagai "mouth to mouth" atau mulut ke mulut.. Jika ada di kalangan usahawa berminat untuk mengikuti aktiviti melawat tempat perusahaan rakan usahawan yang lain di sekitar Kuching boleh lah "Join" atau mengikut mengikuti kumpulan 360 Degree Friends. Saya akan maklumkan aktiviti tersebut dari masa ke semasa melalui kumpulan 360 Degree Friends sama ada dalam bentuk mesej ataupun dalam bentuk acara. Klik SINI untuk masuk terus ke Kumpulan 360 Degree Friends dan seterusnya Klik "JOIN". Sebelum anda mengikut kumpulan tersebut anda sendiri hendaklah log in atau masuk ke laman anda sendiri dahulu. Saya berharap apa yang saya kongsikan di sini memberi inspirasi kepada rakan usahawan dan menyatukan kita semua.

.

Reactions:

1 comments:

  1. Bila kita bercakap mengenai usahawan akan terlintas di kalangan kita memikirkan modal, kerja mengikut masa sendiri, bebas, kekayaan dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian saya, dikalangan usahawan yang berpengalaman selalu menyatakan "business talking about network" atau dalam bahasa melayunya Usahawan adalah mengenai rangkaian.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.