اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

IDEA PERNIAGAAN BELACAN

Perniagaan ataupun peluang perniagaan biasanya muncul apabila terdapat masalah di sekeliling kita. Contohnya pengguna yang memakai kasut tidak selesa memakai kasut akibat daripada geseran kasut dan akhirnya kulit menjadi melecet. Kesan daripada masalah tersebut maka terciptanya stoking. Selain daripada itu, Contoh yang lain ialah seperti kemalasan manusia untuk bergerak ke sana ke mari akhirnya terciptanya kenderaan seperti motosikal, kereta dan sebagainya.
Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah masalah untuk perniaga membuat jualan dan pemasaran bagi produk belacan. Produk belacan amat popular di Sarawak terutamanya belacan yang diproses di sekitar bako dan bintulu. Belacan yang dibeli di sekitar kawasan tersebut dikatakan bermutu dan sedap. Namun begitu, saya sendiri belum pernah melihat belacan tersebut di bungkus untuk tujuan kormesial lebih besar sehingga ke luar negara. Mungkin ada dikalangan usahawan memikirkan belacan hanya di makan oleh orang tempatan sahaja maka mereka mengambil sikap sambil lewa untuk memajukan perusahaan belacan. Pernahkah anda fikir bagaimana rempah-rempah ataupun spageti boleh diterima oleh pelanggan. Antara sebabnya adalah mereka serius memperkenalkan produk mereka dan bagaimana ia digunakan selain pembungkusan mereka yang bermutu.

Apa yang saya hendak kongsikan di sini ialah idea bagaimana kita hendak memasarkan produk belacan sehingga ke pasaran yang lebih luas lagi. Apa pendapat anda sekiranya belacan dibuat dalam bentuk kiub? Kiub yang saya maksudkan ialah seperti kiub maggie dan sebagainya. Bentuk yang mudah akan menarik minat pelanggan untuk menggunakannya manakala pembungkusan yang menarik akan menarik minat pelanggan untuk membaca dan membelinya. Mungkin pendedahan penggunaan belacan belum meluas lagi dan disebabkan itulah maka belacan belum mampu untuk dipasarkan sehingga ke pasaran antarabangsa. Dengan membuat pembungkusan yang menarik dan disertakan penggunaannya mungkin belacan akan menjadi salah satu daripada produk wajib masyarakat seluruh dunia untuk membuat sambal atau apa sahaja makanan yang mungkin anda tidak pernah fikir. Sambal merupakan produk klasik orang melayu dan ianya juga boleh di komersial kan.

Mungkin ada dikalangan usahawan atau pengusaha belacan memikirkan bagaimana untuk membuat belacan kiub serta pembungkusan yang baik. Saya cadangkan usahawan dan pengusaha belacan merujuk kepada MARDI ataupun LKIM untuk memasarkan produk mereka lebih jauh lagi. Jika anda memerlukan mesin untuk membuat belacan dalam bentuk kiub, saya boleh membantu anda untuk mendapatkan mesin tersebut. Anda boleh hubungi saya jika berminat. Peruntukkan untuk mendapatkan mesin tersebut anda tidak perlu risau sekiranya anda bersama MARDI ataupun LKIM.

Apa yang saya ceritakan adalah idea yang terlintas dalam fikiran saya dan sekiranya anda ada idea yang lebih baik dan ingin menegur idea saya, anda boleh emailkan ke neo.barcode@beloya2u.com
.

Reactions:

3 comments:

  1. Mungkin ada dikalangan usahawan atau pengusaha belacan memikirkan bagaimana untuk membuat belacan kiub serta pembungkusan yang baik. Saya cadangkan usahawan dan pengusaha belacan merujuk kepada MARDI ataupun LKIM untuk memasarkan produk mereka lebih jauh lagi. Jika anda memerlukan mesin untuk membuat belacan dalam bentuk kiub, saya boleh membantu anda untuk mendapatkan mesin tersebut. Anda boleh hubungi saya jika berminat.

    BalasPadam
  2. boleh bagi tak maklumat tentang contoh masalah yang dihadapi untuk mengembangkan pemasaran produk belacan?juga dengan senarai peralatan membuat belacan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila bagi email anda supaya saya boleh hubungi anda setelah saya mendapat maklumat.

      Padam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.