اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

EGO LELAKI & WANITA

Apa yang saya nak ceritakan di sini bukanlah datang dari fakta atau pun dari buku-buku yang dibaca. Saya hanya berkongsi berdasarkan pendapat dan pengalaman saya masa lalu. Apa yang saya kongsikan adalah hasil daripada pergaulan dan sentiasa mendengar rungutan dari rakan-rakan berkaitan dengan ego lelaki (perempuan yang selalu complain). Memang tidak dinafikan bahawa lelaki memang mempunyai egonya yang tersendiri. Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari egonya yang tersendiri. Pada pendapat saya ego lelaki ni selalunya berlaku kerana lambang lelaki adalah ketua dan ketua tidak boleh diherdik, dimarah, dilawan cakapnya dan apa sahaja yang terlarang yang boleh dilakukan terhadap ketua. Lelaki paling pantang sekali apabila perempuan meninggikan suara terhadapnya dan itu akan menimbulkan kemarahan atau perasaan yang ingin memberontak. Mungkin ada juga yang akan pendamkan perasaan marah tersebut kerana sikap tolak ansur dan memahami situasi untuk tidak mahu menjadikan situasi itu lebih teruk lagi. Mungkin ada dikalangan anda terutamanya wanita yang pernah bertemu dengan lelaki yang beregois tinggi melebelkan semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Pada pendapat saya ego adalah salah satu anugerah diamana ia mencetuskan sifat seorang lelaki untuk melindungi, menyayangi dan mengetuai. Wanita pula pada pendapat saya, mempunyai egonya yang tersendiri, contohnya ketika bergaduh wanita lebih suka menunggu untuk dipujuk. Kalau tidak dipujuk dia akan terus merajuk dan ini merupakan ego wanita. Selain daripada itu ego wanita juga menjurus kepada kecantikkan, barang kemas dan sebagainya. Saya boleh kaitkan ego wanita dengan kecantikkan dan barang kemas adalah kerana wanita gemar bersaing dengan wanita lain untuk lebih nampak cantik dan suka menonjolkan barang kemas mereka. Ego tersebut biasanya ditujukan kepada wanita lain. Ego wanita ke atas lelaki seperti yang saya sudah beritahu ialah sifat merajuk, ingin diberi perhatian dan sentiasa ingin menjadi yang pertama dalam hati seorang lelaki. Benar atau tidak terpulang kepada anda untuk menilainya.


Apakah makna ego?. Pada pendapat saya "Ego adalah perasaan yang tidak mahu mengalah dalam apa jua isu". Jika anda seorang wanita janganlah anda berkata bahawa semua kaum adam amat ego dan begitu juga lelaki janganlah berkata semua kaum hawa adalah ego. Semua orang tidak kira jantina, umur atau lapisan masyarakat mempunyai egonya yang tersendiri kerana itu adalah anugerah. Terpulang kepada kita untuk menerima atau tidak anugerah tersebut. Pernahkah anda memandang ego itu dari perspektif positif?? Pada pendapat saya ego menghasilkan sesuatu kepada manusia. Lu fikirlah sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

.

Reactions:

1 comments:

  1. Apakah makna ego?. Pada pendapat saya "Ego adalah perasaan yang tidak mahu mengalah dalam apa jua isu". Jika anda seorang wanita janganlah anda berkata bahawa semua kaum adam amat ego dan begitu juga lelaki janganlah berkata semua kaum hawa adalah ego.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.