اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ROTI CANAI SEGERA ADATUL (SANTUBONG)

Puteri Santubong Puteri Sejinjang menjaga gunung negeri Sarawak. Mana Nisik ada dapat ku lawan. Anak dak dewa turun kayangan. Lagu ni memang popular kat Sarawak. Bila kita dengar je lagu ni, kita akan ingat dengan Santubong. Mungkin ramai yang tahu Kampung Santubong tetapi berapa orang yang tahu bersebelahan kampung santubong terdapat kampung tekuyong. Kali pertama menjejak kaki di kampung tekuyong, saya terpegun dengan keindahan dan suasana di muara sungai. Dari sana kita boleh nampak beberapa buah pulau seperti pulau salak. Mengikut cerita orang-orang kampung tekuyong, nama kampung tersebut hasil daripada kawasan tersebut mempunyai banyak siput. Tukuyong kalau diterjemah dalam bahasa Malaysia bermaksud Siput. Saya pendekkan tujuan kami pergi ke kampung tekuyong yang berdekatan dengan kampung Santubong. Kami melawat rakan usahawan yang membuat perusahaan roti canai segera dengan jenama ADATUL. Roti canai segera dibuat sendiri oleh En Jeffry bersama beberapa orang pekerjanya di rumah. Pengeluaran Roti Canai Segera ADATUL boleh mencapai sehingga 500 keping sehari. Roti Canai segera ADATUL mempunyai sebuat mesin pengisar ataupun mesin pengadunan khas atas bantuan SEDC melalui skim putra. Sebelum En Jeffry terjebak dengan perusahaan Roti Canai Segera ADATUL, En Jeffry sebelum itu bekerja di beberapa Hotel di sekitatar Kuching dengan posisi di bahagian dapur. Kerana minat yang mendalam dalam bidang pemakanan maka En Jeffry banyak belajar beberapa jenis makanan dalam perhotelan. En Jeffry sudah berkecimpung dalam perusahaan Roti Canai Segera ADATUL selama 12 tahun. Purata berat setiap paket Roti Canai Segera ADATUL adalah 500 gram ataupun 100 gram setiap keping. Roti Canai Segera ADATUL telah lama berada di pasaran dan mempunyai pelanggan tetapnya sendiri. Sehingga dikatakan pelanggan yang berada jauh dari tempat pemprosessan Roti Canai Segera ADATUL sanggup memandu jauh ke Kampung Tekuyong untuk mendapatkan Roti Canai Segera ADATUL. Sekiranya anda berminat untuk menempah Roti Canai segera ADATUL bagi tujuan jualan kepada pelanggan anda boleh hubungi sendiri En Jeffry pada nombor +60138098614 yang beralamat di No 49, Jln Sunge tekoyong Santubong. 93050 Kuching Sarawak.

Tindak balas rakan-rakan yang pernah makan Roti Canai Segera ADATUL amat positif dan kebanyakkan mereka membeli Roti Canai Segera ADATUL untuk dimakan bersama keluarga.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.