اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SUNGAI SANTUBONG SARAWAK

Hari ahad lepas saya bersama rakan saya bersantai di Sungai Santubong hampir setengah hari. Kami mengambil kesempatan dengan membawa joran kerana lokasinya yang strategik untuk memancing iaitu di sangkar perikanan Sungai Santubong. Sangkar ikan tersebut menternak ikan Siakap. Jumlah sangkar lebih kurang 48 Sangkar dan 2 rumah untuk berehat. Di sana kita boleh melihat pemandangan Gunung Santubong, Jambatan Santubong, Permain Ski dan jika kita bertuah maka kita dapat melihat buaya sungai yang berehat tidak jauh dari sangkar tersebut. Pada minggu lepas dikatakan pemancing yang memancing di sekitar sangkar tersebut telah berjaya menaikkan ikan pari yang beratnya mencecah 25kg. Pemancing juga boleh bermalam di sana dengan ditemani penjaga sangkar.. Anda juga boleh membuat lawatan di sangkar tersebut bersama rakan-rakan di hujung minggu dan jangan lupa membawa joran jika ada. Manalah tahu hari tersebut hari bertuah, joran anda boleh menaikkan ikan pari lebih 25kg. Anda boleh bayangkan bagaimana jika ikan yang baru dibawa naik dari joran kemudian terus masuk ke kuali. Fulamak!! layan... Mengikut maklum balas rakan-rakan yang pernah memancing di sekitar sangkar tersebut menyatakan bahawa bagi yang gemar memancing diyakini pasti akan mendapat ikan walaupun seekor. Berbalik kepada pemandangan di sekitar tersebut di mana kita boleh melihat dengan jelas gunung santubong dan panorama Sungai Santubong yang dikatakan mempunyai lagendanya yang tersendiri. Dikatakan pantang larang di sekitar tersebut kita tidak boleh memasak ikan di antara pukul 2 petang sehingga 7 malam kerana dikhuatiri akan diganggu penunggu di sekitar sana. Bila kita sebut sahaja Gunung Santubong pasti terlintas di fikiran kita dengan Lagenda Puteri Santubong. Saya yakin pengalaman berada di sangkar tersebut tidak akan anda lupakan malah anda boleh menimba ilmu bagaimana penjagaan ikan dalam sangkar tersebut di buat. Rakan-rakan saya rata-rata menyatakan bahawa menternak ikan dalam sangkar boleh dibuat secara sambilan dan boleh memberi pulangan yang lumayan selepas melalui pengalaman di sangkar ikan tersebut. Apa yang saya kongsi ini diharapkan boleh menjadi batu loncatan kepada kaki-kaki pancing dan penggemar binatang ternakan akuatik untuk lebih ke hadapan.

Reactions:

1 comments:

  1. Boleh tahu contact nunber owner sangkar tersebut? Nak buat plan utk memancing atas sangkar tu. pls email feghrol83@gmail.com. terima kasih.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.