اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SERAMIK SARAWAK


Sekarang ni 13.11.10 hari Sabtu pukul 12.15pm. Saya berada di Bandar baru semariang dekat kedai makan Gedong Cafe yang menyediakan makanan yang berasaskan beras dari Gedong. Mengikut maklum balas rakan saya. Makanan kat sini sedap-sedap belaka. Beroperasi dari pukul 7 pagi sehingga pukul 9 malam. Tandasnya bersih cuma kurang dijaga dari segi perpaipannya. Penilaian ni setakat hari ni diharap akan berubah pada masa akan datang supaya lebih kualiti. Apa yang saya ceritakan di atas memang tak ada kena mengena dengan tajuk yang saya tunjukkan. Hari ni saya juga melawat pengusaha seramik sarawak yang sudah beroperasi lebih 2 tahun di Kuching Sarawak. Pengusaha tersebut merupakan anak jati sarawak iaitu Puan Sharifah Rosni dan Puan Zurenawatte yang berasal di Kuching. Seramik yang mereka keluarkan beridentitikan Sarawak. Kali pertama berjumpa mereka yang berpenampilan bertudung litup dan mengenakan eksesori kasual seramik yang agak popular di kalangan artis pada masa sekarang. Memang saya tidak nafikan bahawa eksesori seramik yang mereka gunakan memang bersesuaian dengan wanita yang bertudung dan tidak memakai tudung. Harga yang dikenakan untuk eksesori mereka berpatutan disebabkan pembuatannya diolah sendiri oleh mereka. Selain eksesori, mereka juga mengeluarkan produk Pasu Sarawak dengan menggunakan teknologi Seramik. Mereka biasanya berada di setiap acara yang di anjurkan oleh Kementerian Perlancongan Sarawak dan mereka juga pernah mewakili sarawak dalam ekspo yang dianjurkan kerajaan Brunei iaitu ekspo Bimp Eage. Saya sendiri akan menyediakan slot untuk produk mereka dalam beloya2u.com ini dalam masa beberapa minggu lagi bagi memenuhi kehendak pasaran yang lebih luas. Kepada sesiapa yang berkeinginan untuk membeli Seramik Sarawak boleh lah membelinya melalui beloya2u.com ini atau anda boleh klik laman facebook 360 Degree Friends dan menjadi ahli di atas bagi mendapat berita terkini mengenai slot tersebut. Sebarang pertanyaan anda juga boleh menghantar email kepada saya di neo.barcode@beloya2u.com. Mereka juga menerima rekabentuk seramik yang anda inginkan kerana mereka berkemahiran untuk melakukannya.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.