اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

RUMAH PENGINAPAN PASIR PANDAK SARAWAK

Sekarang dah pun pukul 3.30 petang 14 november 2010. Saya berada di Kampung Pasir Pandak rumah Cik Safarina yang juga merupakan rumah penginapan di sini. Lokasi rumah safarina yang strategik menghadap ke laut dimana kita boleh melihat laut cina selatan dan pulau kera yang lebih kurang jaraknya 500 meter sahaja. Perkampungan ini secara keseluruhannya didiami oleh orang melayu. Di sini juga anda boleh melihat pantai damai dan pantai pasir panjang serta pulau satang. Pelancong yang sudah menginap di sini ialah pelancong dari luar negara seperti Jepun, Korea, California & Jerman. Dari dalam negara pula selalunya warga dari semenanjung Malaysia, sekolah2, IPTA, IPTS dan organisasi VIP. Kadar Sewaan di sini adalah berpatutan dengan kedudukannya yang strategik. Apa yang menarik minat warganegara asing untuk menginap di sini ialah mereka boleh menyelami cara kehidupan orang melayu Sarawak yang unik serta menenangkan fikiran kerana perkampungan ini jauh dari kesesakan bandaraya. Maklum balas dari pelancong luar negara, mereka amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan cara layanan seolah-olah mereka merupakan sebahagian daripada keluarga Cik Safarina. Buat pengetahuan pembaca, pulau kera yang berdekatan dengan rumah penginapan (Home Stay) ini merupakan salah satu daripada lagenda puteri santubong dimana kepala salah seorang puteri yang bergaduh menjadi pulau kera dan sekarang ini ditukar nama sebagai pulau keris. Lagenda ini amat popular di Sarawak dan ia diceritakan secara turun temurun sehingga sekarang. Mungkin ada dikalangan anda kurang mengetahui cerita ini. Ceritanya kira-kira berbunyi begini. Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan dua orang adik beradik yang telah dibuang dari kayangan oleh raja kayangan sebab marah dengan perbuatan dua puteri tersebut yang selalu turun ke bumi secara curi-curi. Raja kayangan tersebut terus menharamkan mereka untuk ke kayangan bagi tujuan mendidik puteri tersebut supaya berdikari. Puteri sejinjang mempunyai kemahiran dalam menumbuk padi manakala puteri santubong pula suka menenun kain. Disebabkan itu puteri Sejinjang selalu membawa alu-alu atau alat untuk menumbuk padi manakala puteri santubong pula selalu membawa batang belidah atau alat untuk menenun kain. Dipendekkan cerita dua puteri tersebut jatuh cinta kepada putera Murud. Putera Murud amat suka pergi memburu. Disebabkan dua puteri tersebut jatuh cinta kepada putera yang sama, maka timbulah pergaduhan antara mereka. Pergaduhan tersebut berlanjutan sehingga mereka berbunuhan sesama sendiri. Puteri Sejinjang dikatakan memukul puteri Santubong menggunakan Alu-alu sehingga menyebabkan luka di pipi puteri Santubong. Disebabkan itu Puteri Santubong amat marah dan menghayunkan batang belidah ke leher Sejinjang sehingga kepalanya putus dan terpelanting ke tengah laut dan sekarang menjadi pulau kera. Akibat daripada itu Raja kayangan tersangat murka dan mengeluarkan sumpahan terhadap semua puteri dan putera menjadi gunung-gunung dan batu-batuan. Begitulah sedutan sedikit kisah lagenda bagaimana terjadinya pulau Kera dan kepulauan lain di sekitar rumah menginapan ini. Di sini juga kita boleh melihat pulau Murud yang berasal dari putera Murud. Penerangan mengenai pakej-pakej rumah penginapan yang disediakan oleh Cik Safarina akan dibuat dalam satu slot web ini atau anda boleh hubungi beliau sendiri di 0135677770. Jika ada sebarang pertanyaan sila emailkan kepada saya di neo.barcode@beloya2u.com .

Reactions:

1 comments:

  1. Disebabkan dua puteri tersebut jatuh cinta kepada putera yang sama, maka timbulah pergaduhan antara mereka. Pergaduhan tersebut berlanjutan sehingga mereka berbunuhan sesama sendiri. Puteri Sejinjang dikatakan memukul puteri Santubong menggunakan Alu-alu sehingga menyebabkan luka di pipi puteri Santubong.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.