اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JALAN2 CARI MAKAN "SEVEN ON SEVEN"

Lebih kurang pukul 9 malam. Saya jalan-jalan cari makan area Matang Jaya. Malam ni kita pilih kedai makan Seven On seven. Lokasinya belakang "Kot Memot". Tidak jauh dari Sing Song. Malam ni saya nak cuba makan Nasi Belacan. Rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti jalan-jalan cari makan adalah Izam, Lya & Intan. Sesampainya saya kat sana.. kita tunggu waiter/waitress nak ambil pesanan. Tau tak.. berapa lama kita tunggu. Tengok pelayan tu sibuk memanjang je.. lebih kurang 15 minit kita tunggu untuk nak dilayan.. Agak sedikit bengang la dibuatnya.. Pelanggan diaorang pun ramai jugak masa tu. Pekerja Seven On Seven macam tak mampu nak layan. Lepas tu datang la Waitress ambil order kita orang. Tak sempat waitress tanya.. saya terus jawab "Nasi Goreng Belacan" ha ha.. memang dah setup dalam otak dah.. Air macam biasa Teh O Panas... Rakan2 lain pun ikut la pesan minuman dan makanan. Tengah2 bengang2 sebab lambat kena layan tiba2 terdengar muzik dimainkan secara LIVE di restoran tersebut. Terhibur pulak saya. Terlupa pulak saya dengan kebengangan saya. Seronok betul tengok n dengar diaorang main alat muzik. Wahhhh!!! seronok2... yang sebenarnya sebelum ni saya biasa gi Seven On Seven ni jugak.. Tapi Layanannya sepantas kilat.. Makanannya sedap.. Cuma kali ni je macam tak kena layan je.. tapi nasib baik ada LIVE band.. Terhibur.. yang saya tak dapat lupa diorang mainkan lagu Doraemon... ha ha... Lepas tengok LIVE band.. waitress hantar makanan.. senyum je saya tak marah dah.. sebab ada hiburan.. Nasi goreng Belacan memang sedap.. ha ha.. tapi teh O panas lagi sedap.. Kalau korang nak bawa kawan-kawan makan sambil santai dengar muzik boleh la datang kat Seven On Seven nih.. Port Grill Western pun ada jugak.. Dalam kedai ni dihiasi dengan gambar2 lama lokasi2 tertentu di Sarawak. Boleh jugak bawa pelancong luar makan kat sini.. gerenti puas hati.. kalau tak puas hati korang cakap la sendiri dengan tuan kedai.. ha ha.. aku puas hati.. Bawa la Laptop kalau ada.. sebab ada WIFI kat restoran tu... boleh jugak chit chat sambil makan..

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.