اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

26.10.2010 BENCANA TSUNAMI MELANDA LAGI

Sebuah gempa bumi yang berkekuatan 7.7 Skla rektor telah mencetuskan tsunami setinggi 3 Meter (10 kaki) dan telah menenggelamkan sebuah Pulau Desa yang berada jauh dari tanah besar Barat Indonesia. Tsunami tersebut telah mengorbankan nyawa lebih kurang 113 orang serta puluhan yang lain hilang seperti laporan yang dibuat pada hari selasa lepas (26/10/2010).


Pasukan penyelamat menghadapi masalah untuk sampai ke kepulauan Mentawai yang berdekatan dengan pusat gegaran. Pada hari selasa lepas angin bertiup kencang dan lautan bergelora. Laporan kerosakkan serta kecerderaan dilaporkan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Ketua pusat krisis Jabatan Kesihatan, Mujiharto mengatakan bahawa 113 mayat telah dijumpai setakat ini. Jumlah yang hilang dianggarkan antara 150 sehingga 500 orang.

Kerajaan Indonesia mengumumkan amaran kecemasan di daerah 2010 yang terdedah kepada tsunami di Kepulauan Mentawai sekitar Sumatera Barat 14 hari sebelum berlakunya tsunami tersebut seperti yang dinyatakan seorang pegawai senior Indonesia selasa lepas.

Kementerian Ketenteraman Awam telah menyatakan bahawa "laut masih bergelora dan ombak masih tinggi dan ini boleh membahayakan kapal yang membawa bantuan kepada mangsa tsunami di kepulauan Mentawai. Kami telah menyediakan bantuan makanan, selimut, pakaian, air minuman untuk mangsa tsunami tersebut. Kementerian Sosial juga telah memberi peruntukkan dana sebanyak 500 juta rupiah (sekitar 50,000 dolas AS) bagi membiayai usaha kerja bantuan dan menyelamat.

Menteri Indonesia bercadang untuk membuat lawatan ke sekitar kawasan yang terkena tsunami dalam masa 2 hari bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terselamat. Beliau kemudian menyatakan bahawa hanya helikopter sahaja kenderaan yang sesuai untuk sampai ke tempat kejadian.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.