اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BABI KE KAMBING BIRI-BIRI NIH?

Keliru nih, saya rasa pening. APa akan jadi kalau ada produk bulu babi macam ni. Macamana nak tahu dan nak bezakannya dengan bulu biri-biri? JAKIM kena bertindak cepat. Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria ini mungkin bulunya sudah dijadikan fabrik pakaian. Entah-entah sudah kita pakai. JAKIM, perlu mainkan peranan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap semua fabrik yang melibatkan bulu yang ada di Malaysia. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan orang muslim. Ingatlah, agenda musuh islam untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati semua. saya harap selepas ini nak membeli sebarang fabrik bulu biri-biri kena hati-hati takut yang dibeli bulu menatang ni!!!









Info : Armizan

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK PENGANTIN BARU WANITA

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

TIPS MELAWAN AMARAH

Cara yang bagus untuk kitak orang meredakan kemarahan adalah dengan ambik wudhu' setiap kali perasaan ya datang. Kitak orang boleh juak maca ayatul Qursi, Zkrullah, Istifar & kitak orang setup minda kitak orang bahawa marah ya ialah api & api ya datang dari syaitan. Kitak orang mesti menutup pintu api kemarahan ya sebab mun kitak orang marah syaitan berpesta & cara yalah paling mudah syaitan nak mempengaruhi kitak orang. Berlebihan marah memudahkan syaitan merasuk kitak orang. Seperti yang aku padah tadik.. Marah ya ialah api.. Jadi.. lawannya ialah Air. Mun kitak orang Ambiklah wuduk untuk membanteras perange mazmumah di dalam dirik kitak orang yang melampau. Cara lain yang boleh kitak orang gunakan ialah dengan bertanyak dengan dirikpun, "kenak aku perlu marah?" "apa untung aku marah?". Tauk sik kitak orang, orang yang marah sebenarnya menunjukkan kebodohonnya. Jadi bermula dari aritok... kitak orang mesti sentiada bersikap tenang.. ukirkan senyuman yang paling manis walaupun hati kitak orang tengah menahan marah. Mun kitak orang sentiasa cuba melawan perasaan amarah ya dengan besikap tenang... mesti kitak orang dapat senyum bah.. Kitak orang cubalah bersikap humor atau belawak & anggap masalah ya cuma hiburan jak. Iboh serius gilak masa bekerja sampe kitak orang terlalu memikirkan kerja serta susah nak paham orang lain. Mun kitak orang gia... kitak orang akan makin tertekan bah. sekaligus kitak orang akan hilang kawan ataupun orang sekeliling kitak orang akan menjauhkan dirik dengan kitak orang. Mun boleh nak.. masa kitak orang berbincang atau kelakar ka... bincang topik yang senang/tenang atau topik yang positif. Jangan sesekali kitak orang berbincang topik yang negatif macam ngumpat orang lain, nyebar fitnah & apa ajaklah yang dilarang dalam agama. Mun kitak orang kelakar topik negatif.. ya akan mempengaruhi minda serta jiwa kitak orang untuk cenderung kepada perange yang sik tenang. kunci untuk mengawal marah yang dibincangkan dalam entry tok ialah bersikap tenang. harap2 apa yang dikongsi tok dapat memberi mafaat kepada kitak orang serta kamek dikpun juak lah.. untuk mafaat yang lebih.. kitak orang share2lah entry tok dengan orang lain dengan menekan butang biru di bawah tok.. oklah.. apa yang baik ya datang dari allah s.w.t & yg tidak baik serta kurang ya datang dari kelemahan kamek pun sebagai manusia biasa. renung2kan selamat beramal..

26.10.2010 BENCANA TSUNAMI MELANDA LAGI

Sebuah gempa bumi yang berkekuatan 7.7 Skla rektor telah mencetuskan tsunami setinggi 3 Meter (10 kaki) dan telah menenggelamkan sebuah Pulau Desa yang berada jauh dari tanah besar Barat Indonesia. Tsunami tersebut telah mengorbankan nyawa lebih kurang 113 orang serta puluhan yang lain hilang seperti laporan yang dibuat pada hari selasa lepas (26/10/2010).

Pasukan penyelamat menghadapi masalah untuk sampai ke kepulauan Mentawai yang berdekatan dengan pusat gegaran. Pada hari selasa lepas angin bertiup kencang dan lautan bergelora. Laporan kerosakkan serta kecerderaan dilaporkan sentiasa meningkat dari masa ke semasa.

Ketua pusat krisis Jabatan Kesihatan, Mujiharto mengatakan bahawa 113 mayat telah dijumpai setakat ini. Jumlah yang hilang dianggarkan antara 150 sehingga 500 orang.

Kerajaan Indonesia mengumumkan amaran kecemasan di daerah 2010 yang terdedah kepada tsunami di Kepulauan Mentawai sekitar Sumatera Barat 14 hari sebelum berlakunya tsunami tersebut seperti yang dinyatakan seorang pegawai senior Indonesia selasa lepas.

Kementerian Ketenteraman Awam telah menyatakan bahawa "laut masih bergelora dan ombak masih tinggi dan ini boleh membahayakan kapal yang membawa bantuan kepada mangsa tsunami di kepulauan Mentawai. Kami telah menyediakan bantuan makanan, selimut, pakaian, air minuman untuk mangsa tsunami tersebut. Kementerian Sosial juga telah memberi peruntukkan dana sebanyak 500 juta rupiah (sekitar 50,000 dolas AS) bagi membiayai usaha kerja bantuan dan menyelamat.

Menteri Indonesia bercadang untuk membuat lawatan ke sekitar kawasan yang terkena tsunami dalam masa 2 hari bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terselamat. Beliau kemudian menyatakan bahawa hanya helikopter sahaja kenderaan yang sesuai untuk sampai ke tempat kejadian.

BIZNEZ KECIK TAPI ADA HASILNYA

Harap2 kitak orang ada baca entry yang dipolah aku.. Kebanyakkannya untuk keselamatan kitak orang daripada mara bahaya yang berlaku di sekeliling kitak orang. Kesempatan tok aku nak kongsi sesuatu dengan kitak orang. Aku nak kongsi tentang biznez atau bedagang secara kecil2lan tapi berhasil ataupun dengan kata lain kecil tapi berhasil. Mun kitak orang nak nunggu biznez besa2. ya angan2 kosong jak.. Dari kecik lah kita bermula baruklah pergi ke besar. Tol sik?. Di sitok ada seorang sahabat ku mukak pakej untuk sapa2 ajak nak molah biznez. Tok bukan MLM owh.. di ulang suara.. tok bukan MLM. Aku madah gia, almaklum la... ada di antara kita tok nang anti bebona dengan MLM. Pakej tok untuk kitak orang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan contohnya molah kat rumah, sekolah, universiti, UitM, Unimas, UKM, Unitar, SATT, Swinburn, Segi College, Multimedia univeristi, MRSM, Twintech & di mana2 pun boleh. Di opiz pun boleh juak bah. Daripada kitak orang sikda polah apa2. Duit RM100 kitak orang jadikannya RM130 seterunya RM150 sterusnya RM180 seterusnya RM200. Yahhh!!! jadi banyak udik duit kitak orang. Pokoknya apa? RAJIN... Mun duit dibekuk kitak orang dalam bank... paling2 pun dividen diberik duak ocen tiga ocen ajak diberiknya. ha... apa pikir kitak orang.. panjang udik cerita aku tok. haa~~ tok pakej nya. jual reload secara sambilan :

Dengan hanya RM550.00, Kitak orang boleh ada biznez dikpun..

Pakej ya termasuk:
8-) Modal/kredit flexi RM300
8-) Kod Jualan & Pek baru
8-) Kad tambah nilai 15 unit
8-) Rekod kawalan akaun, Stiker, Banting, Buku, Fail
8-) Perkhidmatan penghantaran stok disediakan
8-) 1 unit telifon baru

CEPAT kitak orang.. Rebut peluang tok.. GERENTI kitak orang puas HATI..
Nilai Pakej tok flexibel.. mun kitak orang nak rondeng gik.. contact jak tuan punya badan.. nomo di bawah tok..

Mun berminat call atau SMS 0137778481


Share benda tok dengan adik kakak pake sidaknya nambah wit.. pat mintak belanja sidak lak.. he he... mun nak share pake FB senang ajak bah.. klik jak button Share wana biru bawah tok.. tapi pastikan FB kitak orang berbukak..

Ok lah daro/jang... mupok lok kamek.. lak crita gik.. mun da kemuskilan contact jak nomo dah diberik yo...

MAKAN BABI KE MAKAN PARASIT (ULAT)?


Ujikaji dibuat ke atas daging babi dengan menggunakan air coca cola. Sila mainkan video di bawah:

RAHSIA NAK MENANG TOTO (jgn gelojoh maca ya)

Toto ialah salah satu perjudian yang sik akan luput ditelan dek zaman di negara kita Malaysia tercinta. Sebabnya permintaan nak membeli nombo ekor tok nang tinggi. Bermacam lapisan masyarakat yang datang ke kedey seumpama TOTO tok. Sik kira Cina, Melayu, Iban, India & apa2 bangsa jak datang.. Sik kira tua muda pun datang meli juak. Mun di kira segi agama.. islam nang melarang berjudi.. tapi yalah tek.. pagar di harap bertegar.. aku pun boleh madah setiap budaya & agama datang meli. Iboh gi jaoh eh.. tangga rah gambar ya.. lekak semayang raya gi kedey TOTO.. Haaaa!!!! tajuk nak diberik aku ya nang cukup mengelirukan.. yang sebenarnya apa yang aku nak crita tok ialah tentang penipuan yang berlaku dengan menggunakan nombor ekor serupa itu "Tolong Orang Tipu Orang" TOTO. Janganlah kitak orang taksub gilak nak cepat kaya sampe nampak kebodohon kitak orang kenak tipu. Dipendekkan cerita... Teknik penipuan menggunakan nombor ekor tok lebih kurang gitok... Biasanya si penipu tok berkeliaran di kawasan bandar yang ada stesen bas atau apa ajaklah tempat nunggu teksi ka.. van sapu ka... Sidaknya sik kira laki pempuan lah.. biasanya aktiviti sidaknya waktu malam jak. Mun sidaknya nangga tang ada orang duduk nunggu bas/van/teksi.. Sidaknya akan jadi rapeh dengan mangsa. Nanyak jam la, nanyak tempat la.. macam2 jaklah cara sidaknya merapehkan dirik dengan mangsa.. sampe sidaknya akan cerita tentang nombor ekor yang sidaknya beli siang ya tek.. madah nombor ya kenak.. di tunjuk nya surat khabar/sms/internet/tiau/result rah bangunan toto.. yahhh!! nang bena juak nombor ya nang kenak bah.. lebih kurang bebelas ribu juak duit nya.. Lepas ya mangsa akan tanyak.. knak sik nukar nombor ya jadi duit gik... Pasya si penipu ya akan jawab.. dengan muka sedih.. nya akan madah, mak atau adiknya sakit & tengah memerlukan duit malam ya juak. Mun dapat separuh dari duit ya pun jadilah.. Oleh kerana mangsa rasa dapat 2 kali ganda duit ya.. jadi mangsa pun menawarkan dirik nak merik duit dengan penipu ya tek.. embaklah mangsa ya tek gi bank ambik duit... alu lah merik duit dengan si penipu ya tek.. Lepas ya disambung cerita kita tok.. Mangsa ya pun pergi lah kedey ekor ya tek.. nak nukar nombor ya jadi duit.. adeh2.. sidak kaunter alu madah nombor ya adalah nombor palsu.. rami juak orang dah kenak... Cuma sidaknya sik berani nak tampil molah laporan.. sebab takut nunjuk sifat bodoh sidaknya.. kitak orang tauk apa kunci pake nipu si mangsa tek.. Kuncinya ialah sifat TAMAK....

Tauladannya.. janganlah tamak2.. mun ada kantau share2lah dengan aku.. pasya kitak orang share2lah entry tok dengan adik kakak abang atok nenek.. supaya sidaknya sik terkenak dengan penipuan tok juak.. k.. sama2 kitak beringat.. renung2kan dan selamat bramal..

JALAN2 CARI MAKAN "SEVEN ON SEVEN"

Lebih kurang pukul 9 malam. Saya jalan-jalan cari makan area Matang Jaya. Malam ni kita pilih kedai makan Seven On seven. Lokasinya belakang "Kot Memot". Tidak jauh dari Sing Song. Malam ni saya nak cuba makan Nasi Belacan. Rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti jalan-jalan cari makan adalah Izam, Lya & Intan. Sesampainya saya kat sana.. kita tunggu waiter/waitress nak ambil pesanan. Tau tak.. berapa lama kita tunggu. Tengok pelayan tu sibuk memanjang je.. lebih kurang 15 minit kita tunggu untuk nak dilayan.. Agak sedikit bengang la dibuatnya.. Pelanggan diaorang pun ramai jugak masa tu. Pekerja Seven On Seven macam tak mampu nak layan. Lepas tu datang la Waitress ambil order kita orang. Tak sempat waitress tanya.. saya terus jawab "Nasi Goreng Belacan" ha ha.. memang dah setup dalam otak dah.. Air macam biasa Teh O Panas... Rakan2 lain pun ikut la pesan minuman dan makanan. Tengah2 bengang2 sebab lambat kena layan tiba2 terdengar muzik dimainkan secara LIVE di restoran tersebut. Terhibur pulak saya. Terlupa pulak saya dengan kebengangan saya. Seronok betul tengok n dengar diaorang main alat muzik. Wahhhh!!! seronok2... yang sebenarnya sebelum ni saya biasa gi Seven On Seven ni jugak.. Tapi Layanannya sepantas kilat.. Makanannya sedap.. Cuma kali ni je macam tak kena layan je.. tapi nasib baik ada LIVE band.. Terhibur.. yang saya tak dapat lupa diorang mainkan lagu Doraemon... ha ha... Lepas tengok LIVE band.. waitress hantar makanan.. senyum je saya tak marah dah.. sebab ada hiburan.. Nasi goreng Belacan memang sedap.. ha ha.. tapi teh O panas lagi sedap.. Kalau korang nak bawa kawan-kawan makan sambil santai dengar muzik boleh la datang kat Seven On Seven nih.. Port Grill Western pun ada jugak.. Dalam kedai ni dihiasi dengan gambar2 lama lokasi2 tertentu di Sarawak. Boleh jugak bawa pelancong luar makan kat sini.. gerenti puas hati.. kalau tak puas hati korang cakap la sendiri dengan tuan kedai.. ha ha.. aku puas hati.. Bawa la Laptop kalau ada.. sebab ada WIFI kat restoran tu... boleh jugak chit chat sambil makan..

MAKAN NAJIS ATAU BEBOLA IKAN?

Perkembangan Sains dengan teknologi nektok memang amat membanggakan.. sampe kita dapat ngubah muka jaik jadi kacak, idong senget jadi lurus, makanan halal jadi haram & macam-macam gik lah. Ada yang berguna sik kurang juak ada teknologi yang sik berguna.. Tapi.. nak.. Rasanya bukan salah teknologi tapi salah manusia yang menggunakannya. Mun salah guna alulah jadi sik bagus untuk semua orang tol sik? Tauk sik kitak orang teknologi Surimi. Teknologi Surimi tok tujuannya untuk meningkatkan kemafaatan hasil perikanan. Apa kaitan teknologi ya dengan cerita tok? ADA WAK IKIT. he he.. teknologi yalah yang menggabungkan plasma darah dengan bebola ikan supaya ikan ya jadi pejal atau lebih kental. Mun sik gia bebola ikan ya akan hancur. Plasma darah ya ni boleh dimakan atau di minum. Ya kategori Najis. Sigek gik plasma darah ya datang dari plasma darah binatang. Binatang apa ndak ka ho? alu mejin nya lok.. Setakat tok sik ditauk plasma darah binatang ni ndak ka dipake. Hasil temu ramah dengan pensyarah fakulti sains & teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sidaknya ngambik 12 contoh bebola ikan untuk di uji secara rawak. Sidaknya nguji sama ada bebola ikan ya halal atau pun sik? Keputusannya ialah~~~ jeng jeng jeng... hanya 3 jak halal di makan. Adoh2.. maknanya 25% jak halal. Sidaknya nguji bebola ikan ya menggunakan teknik Enzymelinked Immunosorbent Assay (ELISA). Kinek tok apa kitak orang fikir? maok sik nak makan ya agik. Teknologi sains nang sikda batasnya. Tapi nak nentu halal atau haram.. Islam adanya pun panduan. Apa yang kitak orang boleh polah sebagai pengguna ialah dengan memilih dengan berhati-hati jak lah. Sebabnya mun kitak orang termakan barang yang sik halal nya boleh mempengaruhi tingkah laku kitak orang. Di harap entry tok dapat merik mafaat dengan kitak orang lah. Sambil2 ya kitak orang sharelah entry tok dengan adik, kakak, makcik, pakcik, atok, mak, bapak, tunggai, sepupu sepapat, adik angkat, mak angkat, nenek angkat, gerek angkat, bini angkat, mak tiri sebelah bapak, mak tiri sebelah nenek & orang2 yang sewaktu dengannya supaya kitak orang pun dapat mafaatnya juak.

info : al Islam

KERTAS A4 PAKE MEROMPAK KITAK ORANG!!

Hati2 lah kitak orang bila ada nangga kertas melekat rah belakang cermin keta kitak orang... (^_^)..
Ya adalah cara berbaru curi keta nektok...

Sedar gik kitak orang!! Tolong Sebar dengan adik kakak owh.. Mun kita berjalan pergi ke tempat letak keta nak, pasya bukak keta masuk ke dalam. Kita pasya mula ngidup enjin. pasya masuk gear reverse.. Bila kita nangga ada sesuatu yang ngaco pandangan kita dari belakang contohnya kertas yang melekat di belakang keta di tengah2 sekali mesti kita masuk balit ke tempat letak keta nak.. pasya bukak pintu & kuar dari keta. Pegilah kita di belakang keta tek nak ngalih kerta atau apa ajaklah yang menyebabkan pandangan kita untuk undur tek terganggu... HAH!! masa ya lah penyamun bin penyangak kuar dari tempat bersembunyiannya. penyamun bin penyangak tek masuklah dalam kereta nak embak lari keta kitak orang. Bahagian tok lah paling bahaya sekiranya penyamun bin penyangak ya tek mecut kereta ke belakang sik nuli kitak orang.. kitak orang lah kenak rempuhnya. tauk jak kitak orang pencuri.. masa ya otaknya dah kat buntut.. Mun la perompak bin Penyangak ya berjaya embak lari keta kitak orang.. habislah semua barang kitak orang dicurinya. Dari beg duit kitak orang, dokumen penting, Kunci rumah, alamat rumah, semua identiti kitak orang, kreta & apa ajak yang ada dalam keta sikda harapan gik nak di carik. Apa yang paling terok kitak orang yang kenak langgar tek.. mun idup sik juak hal.. mun lenyek kenak rempuh.. adoh2.. mintak jaoh jak kita owh...


JADI PESAN KAMEK KITAK ORANG HATI2LAH OWH.. MACAM2 JAK CARA ORANG NEKTOK NAK BERGELAR PENYANGAK. SHARELAH DENGAN ADIK KAKAK SUPAYA SIDAKNYA SIK MENJADI SALAH SEORANG DARIPADA MANGSA DENGAN TEKNIK BARU TOK. TERUTAMA KAUM HAWALAH..

sapa ada pengalaman tentang kes gitok.. share lah dalam Generasi X (GX)

SENARIO DENDA KERANA MENGHINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 21 Okt: TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lebaran yang didapati menghina Islam.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.

Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.

TV3 telah menyiarkan iklan Sinari Lembaran beberapa hari menjelang hari raya yang lalu. Namun selepas menerima bantahan dari pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS, iklan yang memakan belanja RM200,000 itu ditarik balik oleh TV3.

Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

Lepas ini kita tunggu dah lihat apa yang akan berlaku dengan kes ini pulak.. Ada tindakkan atau tidak..

Patisyen Laman Web sosial diwujudkan bagi memaksa Rosmah Mansor memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas ketelanjuran beliau. Patisyen tersebut laman web sosial tersebut klik di SINI.
Perbincangan seterus di buat dalam forum Generasi X (GX).

BERITA GX: PERASMIAN LOGO

Kinek tok mun kitak orang bukak generasix.com kitak orang boleh nangga logo dah pun ditayangkan rah web ya bahagian "welcome page"nya. Logo ya kinek tok dalam proses produksi. Maksudnya dipolah dalam bentuk stiker yang boleh diengkah rah motosikal dengan kereta. Tujuannya untuk mewujudkan kemuniti yang sihat. Mun kitak orang berminat bolehlah masuk rah web generasix.com (info sticker) serta komen dalam ya sekiranya kitak orang berminat nak dapatkan sticker ya. Sekiranya kitak orang ada cadangan boleh juak madah dalam ya. Tapi sebelum kitak orang nak berforum dalam ya terlebih dolok kitak orang kenak mendaftar dolok lah. Mun dah daftar baruk la kitak orang dapat berforum. Sik dapat cerita panjang rah sitok. Kitak orang dikpun masuk rah page ya serta nangga dikpun perkembangan forum ya. Generasi X (GX) perlu sokongan kitak orang untuk terus berada di rangkaian jalur lebar.

Contoh Logo :

KENSER PAYUDARA TEGAL AIK DALAM BOTOL

Engkah botol aik dalam kereta ya bahaya tauk kitak orang??!!

Dengan cara toklah Sheryl Crow ngidap kanser payudara. Nya masuk dalam rancangan Ellen Show & madah perkara yang sama. Benda tok diklafikasikan sebagai penyebab utama kenak penyakit kanser payudara terutamanya di Australia. Ada salah seorang daripada saudara kita, Maknya di dianoksis ngidap kanser payudara sik juak lamak ya tek. Doktor madah maknya sik boleh minum aik yang dah lamak di engkah dalam kereta. Doktor ya madah gik hawa panas yang memanaskan bahan plastik pada botolnya yang ada beberapa kimia yang boleh menyebabkan kanser payudara. Jadi adik kakak, tolonglah kitak orang hati-hati serta jangan minum aik dalam botol plastik yang udah disimpan lamak gilak dalam kereta. Jangan lupak share dengan kawan-kawan tentang benda tok supaya kita semua dapat pengetahuan serta dapat ngelak dari kenak kenser. Sekurang-kurangnya kitak coba nak.

Info macam toklah kitak perlu kitak tauk serta hati-hati dengan kemungkinan yang boleh menyelamatkan idup kita. Hawa panas yang boleh menyebabkan toksin/racun dari plastik ya yang bercampur dengan air & sidaknya nemu racun yang ada dalam plastik ya dalam payudara. Mun boleh pakelah sesuatu selain plasti macam botol kaca k nyimpan aik.

Mesti timbul dalam fikiran kitak orang nak? selamat sik minum aik mineral yang dijual rah kedey. Mun rasa was-was bagus gik kitak orang bekal dari rumah ajak lah. Tol sik? kitak orang boleh mejin bah, perjalanan aik mineral ya ke kedey ngambik masa serta melalui beberapa proses haba. agak2nya selamat sik. tepuk dada tanyak selera owh...


Wallahualam.

SEKOLAH HAMIL (KELAYAKAN: PELAJAR YG HAMIL)

Pelajar yang mengandung anak luar nikah disaran meneruskan pembelajaran mereka dirumah- rumah perlindungan bukannya di sekolah kerajaan seperti mana pelajar- pelajar lain.

Tindakan itu perlu supaya mesej yang betul dihantar kepada pelajar lain bahawa mengandung anak luar nikah merupakan kesalahan.

Akan tetapi Ahli Parlmen Shah Alam Khalid samad berkata, jika pelajar hamil itu sudah berkahwin, masih boleh diterima jika mereka mengikuti sesi persekolahan seperti pelajar lain.

“Saya rasa pendekatan yang sebegitu tidak wajarlah. Bila pelajar lain nampak macam tidak ada apa- apa masalah, kita akan hantar mesej yang salah seolah- olah perkara itu adalah biasa."

"Mereka mesti diasingkan dan kita mesti tolong mereka yang tersilap langkah ini. Kita tidak mahu mereka terus tersilap langkah,” katanya.

Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam masih mahu meneruskan cadangan menubuhkan sekolah mengandung kononnya untuk mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu.

Namun, Khalid menolak cadangan itu kerana ia seolah- olah membuka ruang dan membantu muda belia untuk mengandungkan anak luar nikah.

“Sekolah mengandung tu saya rasa luculah. Kalau kita hantar ke sekolah mengandung itu nampak tiada kesalahan. Malah ada pula satu intitusi khas yang membantu mereka jika mereka terlanjur."

"Akan tetapi jika mereka dihantar ke rumah perlindungan, masyarakat akan terkesan mesej yang dihantar bertapa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan yang tidak patut dituruti," kata Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpandangan pelajar yang hamil samaada sudah berkahwin atau mengandung luar nikah perlu diberi peluang untuk menuntut ilmu.

Namun, beliau menegaskan, hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan itu tetap perlu dilaksanakan.

“Penjenayah sekalipun mesti kita bagi peluang untuk mereka belajar. Kita berharap dengan ilmu yang mereka pelajari mereka boleh tentukan kelak apa yang baik dan apa yang buruk.Tetapi, hukuman keatas mereka yang lakukan kesilapan tetap perlu dilaksanakan," kata Kamaruddin.

Kementerian Pelajaran sebelum ini dilapor membenarkan pelajar- pelajar yang mengandung samada berkahwin atau tidak, untuk mengikuti sesi persekolahan sebagaimana pelajar lain.

Seorang pegawai kementerian pelajaran mengesahkan pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekaligus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, menurut portal The Malaysian Insider.

Sumber itu juga menambah tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka telah berkahwin atau mengandung anak luar nikah.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik.

Info : TVS atau biaqpila

CIKGU SEKS

BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.
Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

info dari BH

KITAK MIMPI ULAR KA?

Mimpi ular tok mengungkap banyak maksud dalam masyarakat kita. Ada yang madah mimpi ya bagus contohnya mun dipatok ular maksudnya kitak orang sik lamak gi dilamar orang. Ya nang biasa kita dengar lah. Tapi adakalanya juak benda yang di padah ya sik berlaku nak. Aku berani madah camya sebab aku salu dengar kawan aku mimpi kenak patuk ular tapi sik juak bergerek, bertunang atau pun nikah. Tapi kadang2 benda ya jadi sekiranya kebetulan kitak orang nemu ada. Perkara ya sik jelas & sik tetap nak. Ya maknanya adalah permainan jin/syaitan.. tol sik? Apa2 pun.. Ular tok dikaitkan dengan jin oleh beberapa orang ulama2 islam serta bomoh dari pelbagai agama. Sampe sidaknya ada menyenaraikan mimpi ular sebagai ganguan jin/syaitan. aku molah senarai gejala kitak orang kenak gangguan jin di bawah tok :

►Mimpi gugok dari tempat tinggi.
►Mimpi dipatok ular atau mimpi ular.
►Mimpi nyusu nembiak
►Mimpi kawasan kubo
►Mimpi tempat koto
►Masa tido gigi kitak orang berlaga/bergeser
►Mimpi benda-benda tajam ngacam dikpun
►Mimpi di ancam lembaga aneh
►Mimpi najis (Penyakit dah ada dalam tuboh)

Bila dah ular ya di sebut ada kaitan dengan Jin atau benda sik bagus.. Apa yang kitak orang fikirkan nektok? Sekiranya kitak orang mimpi kenak patok ular maknanya kitak orang kenak berjaga-jaga, Mun dikejar ular kitak orang kenak bersedia sebab sesuatu yang buruk ya akan berlaku lak. Mun mengejar ular, kitak orang muhasabah dirik kitak orang tentang perkara yang kitak orang polah seharian.. adakah apa yang kitak orang polah ya betul atau sik?. Mun kitak orang terjumpa atau melimpas ular, kitak orang bersedia untuk menegur kawan-kawan kitak orang yang molah salah di sekeliling kitak orang dengan cara berhikmah. Mun nemu ular berada di tempat tinggi, kitak orang tawakal jak dengan kadak & kadar serta banyaklah mintak bantuan dengan tuhan. Mun kitak orang bertemu dengan ular di dalam gaong atau tempat yang rendah, kitak orang lebih peka dengan orang di bawah jagaan kitak orang. Apa pun tafsiran yang dipolah.. adalah untuk keselamatan serta kebaikan kitak orang.

MAKAN NAJIS ATAU MAKAN TAUGE??

Mesti rame kitak orang suka makan toge nak? Mun gik tauge ya dicampo dengan kuey teow. nang rangup la rasanya.. Tapi mun kitak orang nak beli tauge knak molah eksperimen dolok lah.

Beli sikit jak lah pake eksperimen, iboh kitak orang makan dolok dalam masa 3 hari jak. Lepas ya coba kitak orang cium bau touge ya lepas 3 hari camya. Mun dapat belilah tauge yang putih berseri ya.

Kitak orang kompom dapat keputusan dalam masa 3 hari ya bau touge ya cam bau lesin semacam jak. Mun gialah keadaannya. Ya bermakna tauge ya di siram dengan Urine atau aik kemeh lah retinya. Urine yalah menyebabkan tauge ya berwarna putih berseri jak. Mun nak tauk tauge ya orijinal ataupun lebih organik senang jak, warnanya cam kuning2 jak lepas ya nya cepat layuk & kurang ranguplah.. sebabnya sik guna aik kemeh k baja.. :p ha ha..

Knak aik kemeh udik dipake untuk nyiram touge ya? ha... sebabnya tauge tok jenis pokok yang nyimpan aik siraman terus ke dalam batangnya. Sik macam sayur lain yang berdaun hijau.. pokok camya mengalami proses fotosintesis masa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainlah, air pake nyiram tek masuk ke tanah dolok, lepas ya baruklah akar pokok ya menyerap. Proses ya menyerap zat2 galian dari tanah sebagai baja..

Yala sifat tauge tok nya terus nyerap apa yang kita siram sebab ya pembesarannya bukan secara fotosintesis. Sebab ya mun disimpan dalam masa 3 hari bau nya jadi hangit.. Jadi kitak orang padahlah dengan adik kakak camne nak kenal tauge dengan lebih dekat agik k. jgn termakan brsama najis ya.. k.. suruh sidak baca trus dari blog tok bah.. he he.. sebarkan apa yang kitak orang baca.. guna FB pun boleh ma....

adios amigos

sumber info dari sini

GADIS 15 THN DIROGOL SELEPAS SOLAT

KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin. Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke umah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya. Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini. - [HM]

Perasmian Genenerasi X (GX)

Pada 10.10.10 pukul 10.10pm ya tek.. laman web sosial dalam bentuk forum secara rasminya dibukak kepada penggemar forumer. Laman ya dipolah oleh anak jati sarawak kita dikpun.. Malam Perasmian ya sidaknya molah aktiviti makan ajaklah tanda kesyukuran sebab web ya siap pada tarikh yang sesuai. dalam http://generasix.com ya selain kitak orang boleh berforum, kitak orang boleh molah aktiviti jual beli, muat turun & sebagainyalah. Tapi mun kitak orang nak dapat semua perkhidmatan ya, kitak orang perlu daftar dolok sebagai ahli k. Selain dari ya.. web ya akan di upgrade gik & macam2 gik aktiviti yang akan dipolah menggunakan laman ya. Jenama Generasi X atau GX akan dipolah. Pada masa ya lak kitak orang akan dapat diat kereta & skuter make stiker ya. Apa-apa pun aktiviti yang dipolah dalam web ya. Kita perlu merik sokongan dengan web ya sebagai laman untuk berkongsi info. Bukannya orang lain pun web ya.. orang kita juak bah. Harap2 kitak orang bolehlah berganding bahu memajukan web ya. Apabila kitak orang jadi ahli yang aktif dalam web ya status kitak orang dalam ya akan berubah. Sekiranya kitak orang ada idea atau cadangan yang bernas, kitak orang bolehlah masukkan idea& cadangan kitak orang dalam forum ya. Lak ada sidak admin balas. Apa-apa perubahan dalam web ya akan dilaporkan lak lah. akhir kata diharap kitak orang berik sokongan dengan website buatan orang kita.. he he...

NAK BANGKIT SIK PERLU JATUHKAN ORANG LAIN

Hakikat tok memang berlaku dalam masyarakat kita di Sarawak terutamanya lah. Aku pun hairan sebab sine2 pun aku pergi tauk ada sorang duak dari satu2 tempat ya mesti ada yang mulut becok suka nak ngembak cerita orang n sik jauh dari menokok tambah cerita yang menyebabkan cerita ya jadi fitnah semata-mata. Mana2 kitak orang yang bukan perange kedak ya memang kadang2 suka juak nak dengar apa di cerita oleh mulut becok ya. Sebabnya aku pun sik tauk. Orang kedak ya aku suka gelar sebagai Penjaja Dosa sebab nya menjaja dosa kepada yang mendengarnya. Fenomena tok berlaku memang dah berlaku sejak aku lahir kali. Tapi kinek tok bok aku faham kenak agama kita melarang kita mengumpat. Sebabnya menjurus ke arah ya. Sigek jak lah tek aku heran.. persoalan tok muncul di palak otak aku. "knak kita suka nengar pejaja dosa ya?". Bila aku fikir balit ada beberapa sebab kenak kita suka nak dengar cerita karut marut bertali barut ya kerana kita nak tauk pange orang sekeliling kita selain kita tok nak jenis yang ingin tauk. kedua sebabnya kita suka nangga orang jatuh, ketiga sebabnya kita maok nampak bagus gik dari orang dicrita penjaja ya. Yang lain nya kitak orang carik lah dikpun. Tapi 3 sebab yang aku sebut ya macam sik relevan jak kerana ada cara lain gik untuk kita dapat mengenali orang lain. Bagus ka kita dengar kejatuhan orang lain atau keaiban orang lain. then, if kita maok nampak bagus gik dari orang lain sik perlu kita nak nunjuk dengan penjaja ya. Tauk sik kitak orang, macam ni penjaja ya mengaibkan orang yang nya cerita ya.. macam ya juaklah penjaja dosa ya akan mengaibkan kitak orang. Yang memang hakikat yang perlu kitak orang terimak. Aku berpendapat apabila penjaja dosa ya muncul sebenarnya bukan setakat nya menjaja dosa dengan kitak orang tapi nya menabur racun dengan kitak orang n kitak orang adalah yang diracun. So.. terdapat duak kategori kat sitok.. peracun dengan yang diracun. Ada sigek gik kategori iaitu yang penuh pengertian. Yang penuh pengertian ya sik akan ambik bulat2 apa yang dicrita oleh penjaja dosa ya selain lebih suka merik nasihat kepada si penjaja ya supaya lebih bersikap membantu orang lain dari menjatuhkan orang lain.

Timbul gik lah soalan dari palak otak ku tok. Apa yang patut kitak orang polah sekiranya bertemu dengan orang yang dikegorikan sebagai penjaja dosa ya. Pendapat aku lah, kitak orang perlu nasihatkannya supaya lebih bersikap membantu dari menjatuhkan. Then.. kitak orang sendirik kenak berhati2 dengan orang macam ya sebab apa yang nya polah ya bakal berlaku dengan kitak orang juak sebab bila nya sik puas ati sikit jak dengan kitak orang maka crita jaik kitak orang akan dibukaknya dengan orang lain. Apa yang ku tauk sebenarnya orang macam ya nak nampak bagus depan orang lain. So.. kitak orang pande2lah menilai orang yang suka membuka aib orang lain. Apa yang penting sitok ialah apa yang dilarang agama supaya jangan mengumpat, ekot jak. Salunya bila orang madah jgn mengumpat, alasan skima yang biasa di dengar ialah "ya kenyataan". Memanglah ya kenyataan tapi kenyataan ya bukan untuk kitak orang taburkan dengan orang lain. Aku berik peringatan tok dengan aku pun dengan kitak orang lain juak. Sama2lah kita beringat owh... sik esok lusak kita semua akan menghadapi apa yang orang lain pernah hadapi. kesan n akibat dari pange si penjaja dosa ya boleh MEMACAH BELAH KAN ORANG.. INGAT YA.. JGN KITAK ORANG BERPECAH BELAH TEGAL MULUT GIA..

Penjaja dosa tok samalah dengan orang yang menjual daging saudaranya dikpun..

sekian terima kasih..

Kau dan aku terperangkap ka??


Dunia kinek tok capaian maklumat memang mudah.. bak kata Tun Mahathir, Maklumat berada di hujung jari. Setiap inci maklumat kita boleh dapat dengan mudah. Bergantung dengan kita gik maklumat ya digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Sampe satu masa, ledakan maklumat menyebabkan kita semua keliru dengan fakta sebenar contohnya maklumat tentang sejarah purba, maklumat tentang ekonomi, maklumat tentang sistem tamadun manusia. Disebabkan ya kita sendirik kenak menilai dikpun maklumat ya boleh diterima oleh akal atau pun sik. Aku pun salah seorang daripada kitak orang yang selalu termenung mikir sesuatu yang paling susah aku nak tafsirkan dikpun. Bila ku fikirkan balit, banyak gilak soalan yang muncul dari jawapan. Sapa yang menguasai ekonomi dunia? siapa yang menguasai maklumat dunia? siapa yang menguasai teknologi dunia? siapa yang mengusai sejarah dunia? siapa yang menguasai ketenteraan dunia?. Rasanya kitak orang mesti ada satu jawapan jak. Knak Internet tok diwujudkan? ya salah satu daripada soalan yang muncul dalam palak otak aku. Kita tok macam bebas bersuara n macam bebas di muka bumi tuhan. Apa maksud kebebasan sebenar? hu hu.. aku rasa aku sik bebas walaupun tinggal di bumi yang aman di Malaysia. Sekali pun aku di hantar ke sine2 sekalipun kecuali di Mekah n Madinah aku akan terus rasa sik bebas walaupun secara realitinya kita berasa bebas. Pelik jak bunyi ayat aku owh. Cuba kitak orang diat sekeliling kitak orang. Semua orang bekerja dari pagi sampe ke petang. Ada juak yang bekerja terus sampe ke malam. Semua atas satu sebab ajak. Sebabnya ialah untuk DUIT. Mungkin ada segelintir manusia meletakkan sebab kerana tanggungjawab. Yap.. memang pun tanggungjawab. Tapi tetap juak kerana nak dapatkan duit. Duit tok macam dadah. Mun kita carik secara berlebihan kita akan hanyut mun sik kukuh iman kita. Oleh kerana duit menjadi lambang apa yang dikejar manusia nektok maka duit dijadikan satu medium untuk menguasai manusia. Sine2 pun kita lari kita tetap dikuasai oleh benda ya kecuali kita merapatkan dirik kitak dengan tuhan. Susah aku nak zahirkan maksud aku bahawa kita tok terperangkap dengan dunia moden n sebenarnya kita sikda kebebasan. Sebabnya HATI kita dah kenak perangkap n dilapah serta di ubah suai untuk mengejar keduniaan semata2. Semua ya berpunca dari beberapa medium contohnya Mata wang, Harta benda, Wanita, Nafsu, Kuasa & apa juak perkara yang menjurus kepada keduniaan. Lahir jak kitak orang di dunia tok, kitak orang akan dibaringkan di atas katil kecik n mak bapak kitak orang akan mengeluarkan duit untuk mendapat perkhidmatan ya.. Bagi yang sik mampu ada yang sampe berutang. nah!! berutang satu perangkap!! Lepas ya kitak orang membesar dengan nasihat2 yang menjurus untuk hidup senang di kemudian hari bukannya hidup tenang. Duit bukan boleh beli ketenangan k. Pernah suatu ketika dolok mak aku madah "Dah besa lak ko keja perintah dapat ko idup senang. Belajalah bena2". Perkataan ya aku sik akan lupak sampe bila2. Bukan aku nak menyalahkan mak aku. Tapi apa yang berlaku dengan kita aritok memang dah di aturcara. Dalam islam ya disebut sebagai ketentuan Allah. Tapi apa yang paling penting adalah kita dibesarkan untuk mencari harta di muka bumi tuhan. Untuk Apa!!!?? untuk di embak mati??!! ha ha.. kita terpaksa sebenarnya sebab mun kita sik carik harta lak kita dipadah orang sik berguna.. Maksiat kinek tok dah semakin bermaharajalela atas sebab apa sebenarnya? pada pendapat aku lah.. semuanya disebabkan oleh kita ada peluang untuk molah semua ya selain kita didorong oleh medium lain macam media, nafsu, wanita & harta.. Bila hati kitak orang dah dikuasai oleh semua ya, kitak orang susah nak ngelak kecuali kitak orang benar2 orang yang beriman. Sigek gik.. sine2 pun kitak orang bekerja di sektor swasta, kerajaan ataupun bekeja dikpun kitak orang biasanya akan terpaksa berutang sebabnya mun sik berutang, kitak orang akan ketinggalan zaman. Bukak jak mata kitak orang pagi esok dah brutang dah.. jgn madah sik oi!!.. Bil api jalan ya oi.. bil aik jalan juak oi.. bil telifon jalan juak oi.. baya toll gik oi.. bayar cukai gik oi.. terperangkaplah kitak orang oleh utang.. keta ko pake ya hutang juak oi.. tosikal ya jangan dilupak oi.. ha ha.. utang alahai hutang.. terpaksa la aku bekerja carik duit lebih tok.. adeh2, terpaksa bekerja sebab utang. Nah!! bebas lah reti ya? Mun sik pake kereta lak ni ada orang respek dengan aku.. mun aku sik k tosikal lak ni ada orang respek dengan aku. adoh2 terpaksalah aku berutang meli binatang ya.. Nemu pempuan seksi tepi jeraya alu angkat nyawa nak. lebih2 agik nektok dah canggih, klik aja dapat nangga lebih agik dari ya. Bila nangga benda camya nafsu dah sikpat dikawal. semua ya bermakna ko dah dibelenggu oleh nafsu. Apa maksud ya? ko sik bebas la wei. Semua yang kita miliki nektok adalah kerana terpaksa n apa yang kita lakukan kerana terpaksa n untuk siapa? nya berhak sik? Hanya Allah ajak yang berhak ke atas kita. Bila kita dapat menunaikan kewajiban kita yang diberik oleh allah ya bermakna kita bebas. Jadi kitak orang tanyaklah dengan dirik kitak orang pun. Kitak orang sik akan bebas selagik kitak orang sik dapat menunaikan kewajipan kitak orang dengan Allah selain Amal makruf nahi mungkar. So.. kitak orang kategori nok ni? bebas atau dibelenggu oleh perangkap2 dunia. Aok eh.. sigek gik aku nak share. mun kitak orang sik gaok ya bermakna kitak orang sik akan dihormati. Gaok yang gine ya? gaok yang aku maksudkan ialah gaok yang menyusahkan orang lain contohnya jadi samseng. Mun kitak orang sik samseng kitak orang sik akan dihormati. adeh2 mun gia terpaksa lah aku nunjuk samseng tok. Yah!! terpaksa jadi samseng indah udik Apa yang aku sebut di atas ya semuanya dah disebut lebih 1400 tahun dolok.

aku mintak maaf mun ada tersalah kata. Yang baik ya datang dari Allah n yang buruknya datang dari kelemahan aku dikpun.

SELAMAT HARI JADI

HAPPY BIRTHDAY FOR MY OLD FRIEND, NEW FRIEND, BIZ FRIEND, CLIENT FRIEND, FACEBOOKER FRIENDS & ANY TYPE OF FRIEND.




BIRTHDAY PRESENT
note: your birthday present is active item. invalid after 7 day from your birthday
►Perfume paradise click here (Unactive)
►Zenith Filter click here(Unactive)
►Digi Simcard click here (Unactive)

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.