اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Si Bubut


Di suatu perkampungan, terdapat satu keluarga yang amat susah hidupnya. seorang budak bernama bubut merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Ayahnya telah lama meninggal dunia manakala ibunya yang menyara keluarganya. Mereka tinggal di hujung kampung dan hanya bercucuk tanam merupakan sumber rezeki mereka. Si bubut amat kesian melihat ibu nya dan lantaran itu si bubut belajar dengan gigih. Pada suatu hari Si bubut telah tamat belajar sekolah menengah dan mendapat tawaran untuk belajar di universiti namun ibunya tidak mampu untuk menanggung kos untuk melanjutkan pelajaran anaknya. Si bubut amat sedih dengan keadaan keluarganya. Pada masa yang sama si ibu telah jatuh sakit dan tidak dapat mencari rezeki seperti hari-hari yang lain. Pada satu ketika si bubut termenung jauh dan memikirkan siapakah yang boleh membantunya. Dia mendongak ke langit dan memikirkan sang pencipta. Alangkah baiknya jika tuhan dapat membantu ku, fikir si Bubut.

Si Bubut kemudian memutuskan untuk menulis surat kepada tuhan. Suratnya lebih kurang berbunyi, kehadapan tuhan yang baik hati. Saya memohon pertolongan daripada tuhan yang baik hati untuk membantu saya dan keluarga saya yang semakin susah kian hari. Ayah saya sudah tiada, ibu saya terlantar sakit dan saya pula ingin melanjutkan pelajaran saya. Telalu banyak kos yang harus kami tanggung. Saya memohon kepada tuhan yang baik hati untuk mendermakan sedikit duit untuk kami bagi mengurangkan beban kami. RM500 untuk mengubati penyakit ibu saya, RM2000 untuk menampung kos melanjutkan pelajaran saya, RM500 untuk menampung kos sara hidup ibu saya selama 3 bulan sejak dia tidak mampu mencari rezeki dan RM2000 lagi untuk ibu saya membesarkan kebunnya. Si bubut kemudian menghantar surat tersebut ke pejabat pos.

Di pejabat pos seorang penghantar surat membuka surat tersebut lantaran surat tersebut tidak beralamat dan hanya bertulis "kepada tuhan yang baik hati". Dia membaca surat tersebut dan merasa terharu dengan surat tersebut. Dia tidak tahu bagaimana hendak membantu Si Bubut. Dia kemudian menghantar surat tersebut ke balai polis iaitu kawan rapatnya. Si polis yang berpangkat tinggi itu membaca suratnya dan merasa sedih dengan keadaan keluarga Si Bubut. Si polis kemudian meminta bantuan sanak saudara nya untuk mengumpul dana bagi membantu Si bubut. Beberapa hari kemudian si polis telah berjaya mengumpul duit sebanyak RM4500.00 dan masih kurang RM500.00. Si polis kemudian menghantar sendiri duit tersebut kepada si Bubut.

Si Bubut amat gembira kerana permohonannya dimakbulkan walaupun duit yang dia terima hanya RM4500 sahaja. Kurang RM500 dari yang dimintanya. Dengan tidak membuang masa si bubut menulis surat kepada tuhan yang baik hati dan berkata. Wahai tuhan yang baik hati, saya berterima kasih kerana permohonan saya telah diluluskan oleh tuhan yang baik hati. Saya telah menerima duit yang saya minta sebanyak RM4500 dan saya berharap tuhan tidak mengirim duit saya melalui polis lagi kerana mereka telah mengambil duit saya sebanyak RM500. sekian....

Cerita ini hanya rekaan semata2 tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati dan yang baru nak lahir...

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.