اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

kanak-kanak jual sayur di MBB al-idrus kuching


Setiap kali aku pergi ke Maybank Islamic Al-Idruce jalan kulas aku melihat ada seorang kanak-kanak yang sedang menjual sayur dan kadang-kadang kanak-kanak tersebut membawa beberapa orang adik beradiknya. Yang menyedihkan, kanak-kanak tersebut kalau tak silap bernama amin apabila suatu hari dia menyapa aku dan bertanyakan bagaimana orang boleh ambil duit dari mesin atm? Dia tanya lagi bagaimana duit itu boleh keluar dari situ? dan dia ada simpan duit RM1 ke dalam mesin itu. Rasa nak gelak ada juga.. tapi lebih kepada kesian. Dalam hati berkata, patutlah mesin atm tu asyik down.. kerja engkau rupanya.. tapi taklah aku seloroh cakap camtu.. saja je buat lawak dalam diri sendiri... aku korek2 la sikit cerita budak tu. Tinggal kat mana? Sekolah kat mana? Selalu ke jual barang?. Budak yang ku tanya tu macam blur je... Adoyai... Melalui beberapa sumber maklumat yang aku dapat. Budak tu tinggal di taman sri wangi dan berulang alik dari MBB Islamic Al-idrus jalan kulas ke rumahnya dengan jalan kaki. Mak oi... kesian nyer aku.. then.. pernah satu ketika aku terserempak dengan budak tu berjalan kaki balik ke rumah dengan basah kuyup di tepi jalan. Kalau tak silap kalau guna kenderaan dari taman seri wangi ke MBB ambil masa lebih kurang 6 minit.. kalau jalan kaki rasanya ambil masa setengah jam... adoyai.. kesiannye.. apa yang mampu aku buat.. Budak tu kalau tak silap ada juga masanya berjual sayur kat Shell station sekitar Petra Jaya kuching. Terfikir pulak aku dengan zaman kanak-kanaknya sudah berdikari macam orang dewasa balik pukul 1 hingga 3 pagi... kesian kan? sapa orang kuching pernah terserempak dengan budak ni tolong-tolong lah bantu.. Ada sumber menyatakan budak tu masih bersekolah dan ada beberapa orang adik bradik.. maklumat ni je yang mampu aku kongsikan.. kalau ada sesiapa yang nak kongsi-kongsi boleh lah letak kat komen aku nih... nanti aku balas balik... insyaallah..

Reactions:

2 comments:

  1. sy pun pnah jmpa budak2 jual sayur d MBB al idrus tu..kesian, masih kecil dh tpaksa bdikari. xpernah tgok ibu bapanya bjual n pernah tfikir budak2 ni sekolah ke x mcm knk2 yg lain...

    BalasPadam
  2. Yalah koh.. sikda gik nya dah.. sik tauk la dah tuka port ka apa.. tapi nang sikda gik jumpa nembiak ya dah...

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.