اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

hipokritik


Cerita pasal hipokrit... apa sebenarnya maksud hipokrit? adakah ia menunjukkan ketulusan hati? atau adakah maksudnya menunjukkan kejujuran? atau adakah maksudnya penyataan atau ukuran siapakah diri kita? selalunya yang aku dengar bila individu itu tidak puas hati.. maka kadang2 terpanculkan ayat hipokrit.. adakah hipokrit tak bagus ataupun ada yang menyatakan ianya bagus.. ada yang menunjukkan dirinya siapa dan menyatakan dirinya tak hipokrit.. atau tidak berselindung.. contoh ayat yang biasa aku dengar: (aku tak hipokrit.. aku tunjuk siapa aku.. aku tunjuk perangai aku..) (dia tu hipokrit sangatla... tak sedar diri). apa-apa pun.. maksud tidak hipokrit adalah sesuatu yang kita ada kena tunjukkan kepada orang lain.. atau dengan kata lain jangan menipu..dan kalau kita menipu maka kita dipanggil hipokrit. hipokrit tidak sesuai sekiranya digunakan kepada seorang perempuan muslim yang tidak pakai tudung lalu dia berkata dia tidak hipokrit sebab tidak pakai tudung. dia menunjukkan dirinya yang sebenar. apa pendapat anda?.. hipokrit kah dia dengan tuhan? hipokrit kah dia dengan sumpah sebagai muslimah? dia tidak hipokrit dengan manusia tapi dengan tuhan bagaimana? setelah berjanji dan mengucap dua kalimah shahadah kemudian dia berkata aku tidak hipokrit? sumpah kalimah shahadah dia dihadapan siapa? tentunya di hadapan manusia dan juga tuhan pencipta alam. sekarang adakah anda bersetuju sekiranya ada yang menunjukan perangai sebenarnya seperti tidak memakai tudung, minum arak dan sebagainya kemudian dia berkata dengan angkuh "aku tidak hipokrit"... apa yang menghairankan.. apabila kebiasaannya seorang muslimah itu tidak memakai tudung dan kemudian tiba2 memakai tudung pun di ertikan oleh individu tertentu sebagai hipokrit. terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. ada pula lelaki yang dikatakan selalunya hipokrit... sebab egonya yang membawa kepada pengertian hipokrit.. contohnya apabila seseorang lelaki itu tidak menunjukkan perasaan sebenarnya atau siapa dia sebenarnya maka dia akan disebut sebagai hipokrit.. lelaki jarang sekali menggunakan perkataan hipokrit.. adakah anda setuju? aku selalu berfikir semula apabila mana-mana individu menggunakan perkataan hipokrit.. sekian... maaf kalau sesiapa tersinggung.. ini hanya perkongsian semata-mata... tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mata ataupun yang baru lahir.... w.salam...


Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.