اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Bantuan Ikhlas saudara kpd saudara kita


Sahabat Semua;

Alhamdulillah kita semua diberi kesihatan oleh Allah untuk terus menikamati kehidupan yang selesa dan dapat mencari rezeki untuk terus mengecapi kemewahan dari rezeki yang dikuniakan oleh Allah.

Di celah-celah masyarakat ini ada insan yang amat mengharapkan bantuan dari saudara2 yang sangat suka membuat amalan jariah dengan menderma.

Pada 3 tahun lepas, saya telah hadir ke UiTM Shah Alam kerana mendaftar anak saya....Bersama mendaftar dengan anak saya ini adalah sahabat karib beliau yang sama dari Sekolah Teknik Sungai Buluh. Masing-masing pada waktu itu berumur 18 tahun.

Yang saya ingin fokuskan adalah sahabat karib anak saya ini yang bernama Mohd Toriq. Beliau datang mendaftar hanya bersama ibunya dan bila ditanya mana ayah..beliau cakap ayah sibuk.

Pada hujung minggu selepas minggu suaikenal anak saya telah membawa Mohd Toriq ini datang kerumah saya. Dari situ saya bertanya lebih lanjut tentang dia dan keluarganya. Walau keberatan dia mencerita sedikit demi sedikit tentang keluarganya;

Beliau adalah anak ke tiga dari 9 adik beradik…dua abangnya bekerja kilang/sendiri serta berumah tangga. Dia dan 6 lagi adiknya (2 perempuan dan 4 lelaki) tinggal bersama ibu dan disarai sepenuhnya oleh ibunya. Rumah yang beliau tingak merupakan Flat di Damansara Damai yang sudah sampai notis untuk dilelong kerana sudah lama tidak dibayar ansuran disebabkab ibunya tidak mampu. Tetapi pihak bank masih lagi memberi kelonggaran membenarkan mereka tinggal sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

Ditanya tentang ayahnya, beliau mencerita rengkas, ayahnya dah lama tidak balik dan kalau balik pun agak lewat tengah malam dan awal pagi sudah keluar.. kemana? Entah kerana ayahnya tidak mempuyai kerja yang tetap dan isterinya ada 4 termasuk ibunya(isteri pertama)anak entah berapa.Baginya sukar untuk menatap wajah ayah apa lagi untuk memanggil ayah. Hanya ibunya yang menjadi ketua keluarga dan menyara mereka semua dengan membuat kerja jualan kitab dan bahan2 agama dari meja- ke meja direstoran dan komplek belibelah. Agak malang lagi 2 tahun lepas ibunya telah diceraikan.

Amatlah menyayat hati kami sekeluarga, apabila mendengar cerita beliau,.. . Memandangkan beliau amat memerlukan wang kerana baru masuk U dan banyak keperluan masih belum dibeli dan PTPTN baru saja memohon, pada malam itu saya bawa beliau ke surau Addin Seksyen 27 Shah Alam untuk memohon sumbangan dari jemaah dan Alhamdulillah dari simpati jemaah beliau mendapat hampir RM800.00. Pada keesokannya saya bawa beliau untuk beli barang keperluan asas dan hantar beliau keasrama dan wang selebihnya di gunakan untuk membeli alat tulis.

Oleh kerana saya selalu bertanya khabar tetang beliau dan ibu serta adik nya datang kerumah saya dan kami menanggap beliau sebagai anak angkat kami. Beliau adalah merupakan pelajar yang pintar dan keputusan Exam Semester beliau biasanya mendapat CGPA 4. Dan beliau telah di anugerahkan Biasiswa Majlis Raja-Raja Melayu.

Namun beliau tidak lupa akan 6 lagi adik2 yang masih belajar, dari duit biasiswa beliau cuba meringankan beban ibu beliau. Adik beliau semuanya pintar belajar dan seorang adik beliau baru mendapat keputusan 4A dalam SPM tapi tak mohon mana2 IPTA kerana keadaan kehidupan keluarga yang sedang dialami…

Tetapi dugaan paling besar beliau dan adik2nya hadapi adalah pada hari ini, apabila ibu yang menanggong segala keperluan mereka telah kembali keRahmatullah jam 1.00tgh malam Rabu-5/5/2010…setelah koma selama 46hari kerana kemalangan jalanraya dimana kereta yang meraka naiki meletup dan terbakar bersama adik bongsu mereka. Adiknya yang juga tenat baru saya sedar dari koma beberapa hari lepas. Jenazah ibunya telah selamat dikebumikan sebelum zohor tadi di Tanak Perkuburan Kuang, Sungai Buluh.

Cuba bayangkan kesukaran kehidupan untuk 7 beradik ini akan menghadapi dimasa-masa mendatang disamping kesedihan kehilangan ibu tersayang yang banyak bekorban untuk mereka…..Semoga Allah member perlindungan kepada mereka semua dan dimudahkan urusan perjalanan hidup mereka.

Untuk itu saya memohon sahabat sahabat yang prihatin dan berkemampuan dapatlah kiranya menghulur sumbangan ikhlas kepada 7 adik beradik ini sekurangnya dapat membantu sara hidup makan minum dan pelajaran mereka. Kalau nak niat sebagai zakat pun boleh kerana mereka adalah penerima zakat yang tidak berkala dari PPZS.

Untuk sumbangan dan pertanyaan:

Nama : Mohd Toriq Bin Mohammad Mahir
No Tel : 017-2489175
AC Maybank : 114209597406

Sila SMS atau call sekiranya bank-in dengan menyatakan jumlah sumbangan.

Selepas ini saya akan cuba bantu keluarga ini samaada adik2 beliau untuk mencari keluarga angkat atau lain-lain cara termasuk memohon sumbangan dari baitulmal dan Pejabat Kebajikan Masyarakat. Sekiranya dipersetujui oleh keluarga mereka.

Diatas sumbangan sahabat semua diucapkan jutaan terima kasih, semoga mendapat ganjaran pahala oleh Allah.

Mahadi Abu Bakar
Setiausaha Surau Addin, Seksyen 27, Shah Alam

sumber : bujang susah

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.