اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Pandangan Judi dari setiap agama


1. Islam
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil pengharaman judi adalah;
i. Surah al-Baqarah : 219
Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
ii. Surah al-Maidah : 90-91
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?
iii. Hadis ;
Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala

2.Kristian

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31). Di sisi masyarakat Kristian judi juga dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana ia bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa kerana ia menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat tinggal, pekerjaan dan keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi memperolehi wang yang banyak, ia menyebabkan ketagihan, membunuh inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia juga satu aktiviti yang mengambil harta orang lain hanya untuk segelintir manusia.

Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah ‘something for nothing”. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha mereka yang bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28). Memperolehi sesuatu melalui eksploitasi ke atas orang lain adalah salah (James 5:1-4).

Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang mengatakan ‘kamu tidak boleh berjudi tetapi terdapat banyak ayat-ayat yang memberi petunjuk akan pengharaman judi seperti dalam Matthew 7:12. Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians 3:1-3. Rujuk www.studythebible.com/question/topics/gambling.

Pada tahun 1992, The Salvation Army (United Kingdom) mengeluarkan satu keputusan bahawa judi adalah buruk bagi moral dan rohani seseorang. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi

“Since all gambling is motivated by selfishness, it runs counter to the Christian expression of love, respect and concern for others. Often it begins in an apparenty harmless way, but its continued practice tends to undermine the personality and character of the gambler and frequently leads to grosser excesses. Official sanction and public acceptance of this evil is, in the opinion of the Salvation Army, contrary to the Christian principles to which it subscribes and therefore opposes any extension of the provision of facilities for gambling, whether by government agencies, charitable organisations or commercial interests.” Rujuk www.salvationarmy.com

Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari Konvensyen 1954 yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian dari berjudi. Pada tahun 1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican mengeluarkan resolusi yang membantah judi sah dalam bentuk kasino di New Jersey dan pada tahun 1995 pula membantah permainan judi mesin loteri di New Jersey, Amerika. Rujuk www.newark.anglican.org/gambling.html

United Church of Canada, sebuah organisasi gereja Protestan terbesar di Kanada, pada tahun 1998 dalam usaha menentang amalan judi menyeru pemerintah pusat agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang akan membuat penilaian terhadap kesan judi sah, judi haram dan judi kebajikan dari segi sosial, ekonomi dan perundangan. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi

“By calling for a federal inquiry, the church hopes to raise the stakes in what should be a national debate on gambling as a queastion of public social responsibility and not as a question of moral condemnation.” Rujuk www.uccan.org/news/980429.htm

Gereja Presbyterian juga tidak ketinggalan dalam menentang amalan berjudi. Vernon S. Broyles III, seorang paderi gereja berkenaan di Amerika dan editor Majalah Church & Society berkata

“From the very earliest days of United States history, Presbyterian General Assemblies have condemned gambling in all its forms”

3. Buddha

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

4. Hindu

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).


Dan sekarang persoalannya, apakah agama pemimpin Kera-jaan kita hari ini? seseorang pemimpin yg berpegang teguh pd agamanya tidak akan tercetus perkara2 yg x diingini pd org2 bawahan mereka dan rakyat. - gorgondolamedusa

Cara tabik dengan setan (jaga tingkah laku anda)

Dewa sihir yang bertanduk sebagai tuhan yang bertanduk. pan atau cernunnos. Nota: bentuk tangan dengan jari telunjuk dan anak jari ditegakkan. ibu jari dibawah jari hantu untuk tangan kanan.


Tangan bertanduk tanda pengakuan mereka berhubung dengan alam ghaib untuk ditunjukkan kepada seseorang di antara mereka. Tujuannya adalah untuk mengutuk. Nota : ibu jari di atas jari-jari dan diberikan oleh tangan kiri.

Bila bulan mengambang maka setiap menyihir akan memberi hormat kepada bulan terbit. Ini juga digunakan untuk menunjukkan kemarahan "Um Hook". Tidak seperti dua di atas.



Anton LaVey, pemimpin dan pengasas rumah pemujaan Setan.
Di atas: Anton LaVey, pengasas rumah pemujaan Setan dan penulis "The Satanic Bible", memaparkan Tangan "bertanduk" (juga disebut hormat/salut "syaitan" dan Il Cornuto) dengan tangan kiri, di sampul belakang "The Satanic Bible".



Sebuah Ritual Setan
Atas: (Pemujaan dan penghormatan ke atas "syaitan" untuk sebuah altar memaparkan Kambing Mendes atau Baphomet, mengakui kesetiaan mereka kepada Iblis, selama ritual setan.)


Di atas, dari Satanic Bible: The 'Satanic Salute', bertanduk tangan atau "The Cornuto Mano" adalah isyarat kesetiaan antara ahli Setanisme untuk dewa mereka 'bertanduk', sebuah tanda pengakuan dan kesetiaan.

Yang kat bawah ni belum tahu ko!!!
Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...


kalau belum tahu.. bagitau la kat kawan2.... ye... sama2lah kitak beringat!!

hipokritik


Cerita pasal hipokrit... apa sebenarnya maksud hipokrit? adakah ia menunjukkan ketulusan hati? atau adakah maksudnya menunjukkan kejujuran? atau adakah maksudnya penyataan atau ukuran siapakah diri kita? selalunya yang aku dengar bila individu itu tidak puas hati.. maka kadang2 terpanculkan ayat hipokrit.. adakah hipokrit tak bagus ataupun ada yang menyatakan ianya bagus.. ada yang menunjukkan dirinya siapa dan menyatakan dirinya tak hipokrit.. atau tidak berselindung.. contoh ayat yang biasa aku dengar: (aku tak hipokrit.. aku tunjuk siapa aku.. aku tunjuk perangai aku..) (dia tu hipokrit sangatla... tak sedar diri). apa-apa pun.. maksud tidak hipokrit adalah sesuatu yang kita ada kena tunjukkan kepada orang lain.. atau dengan kata lain jangan menipu..dan kalau kita menipu maka kita dipanggil hipokrit. hipokrit tidak sesuai sekiranya digunakan kepada seorang perempuan muslim yang tidak pakai tudung lalu dia berkata dia tidak hipokrit sebab tidak pakai tudung. dia menunjukkan dirinya yang sebenar. apa pendapat anda?.. hipokrit kah dia dengan tuhan? hipokrit kah dia dengan sumpah sebagai muslimah? dia tidak hipokrit dengan manusia tapi dengan tuhan bagaimana? setelah berjanji dan mengucap dua kalimah shahadah kemudian dia berkata aku tidak hipokrit? sumpah kalimah shahadah dia dihadapan siapa? tentunya di hadapan manusia dan juga tuhan pencipta alam. sekarang adakah anda bersetuju sekiranya ada yang menunjukan perangai sebenarnya seperti tidak memakai tudung, minum arak dan sebagainya kemudian dia berkata dengan angkuh "aku tidak hipokrit"... apa yang menghairankan.. apabila kebiasaannya seorang muslimah itu tidak memakai tudung dan kemudian tiba2 memakai tudung pun di ertikan oleh individu tertentu sebagai hipokrit. terpulanglah kepada anda untuk menilainya.. ada pula lelaki yang dikatakan selalunya hipokrit... sebab egonya yang membawa kepada pengertian hipokrit.. contohnya apabila seseorang lelaki itu tidak menunjukkan perasaan sebenarnya atau siapa dia sebenarnya maka dia akan disebut sebagai hipokrit.. lelaki jarang sekali menggunakan perkataan hipokrit.. adakah anda setuju? aku selalu berfikir semula apabila mana-mana individu menggunakan perkataan hipokrit.. sekian... maaf kalau sesiapa tersinggung.. ini hanya perkongsian semata-mata... tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mata ataupun yang baru lahir.... w.salam...


Ikan bergigi manusia


apa pandangan korang tentang gambar nih? he he... ikan ni dijumpai oleh seorang nelayan di canada dimana mereka telah mentarifkan bahawa ikan tersebut sebenarnya ikan biasa dan telah berevolusi akibat racun dan bahan kimia di sekitar habitat ikan tersebut. Cuba anda bayangkan.. Binatang lain yang berevolusi akibat daripada perubahan yang dibuat oleh manusia? Manusia sendiri berevolusi sehingga bermacam sifat dan ragam yang boleh kita jumpa. Virus, bakteria, bumi kita, alam sekitar dan sebagainya sekarang sedang melalui proses evolusi sehingga pada suatu masa yang kita tidak ketahui bila ianya akan berhenti. Bumi kita semakin hari semakin tua. Belaku gegaran di sana sini, banjir melanda, letusan gunung berapi, taufan yang dasyat, tsunami dan sebagainya.. saja je merapu bagi pendapat dan apa yang terlintas di fikiran.. senyum ke kaget lepas lihat gambar nih?

Protes Muslim di FaceBook 20 Mei 2010


Berikutan terdapat halaman dalam Facebook yang telah menyentuh sensitiviti umat islam maka wujud satu acara di mana mengajak rakan Facebook yang beragama islam untuk tidak membuka facebook selama satu hari iaitu pada 20 Mei 2010 ini sebagai tanda protes terhadap satu halaman yang menghina Nabi Muhammad S.a.w. Halaman Facebook tersebut bertajuk Everybody Draw Mohammed Day!. Halaman tersebut setakat ini telah mempunyai ahli sebanyak lebih kurang 37 ribu orang. Halaman tersebut telah membuat penghinaan melalui gambar-gambar yang diubah suai dan menghina umat islam. Semasa kempen ini berjalan, seorang ahli yang aktif dalam kempen tersebut telah menyatakan bahawa kerajaan pakistan telah menyekat halaman tersebut dibuka di negara mereka. Namun begitu halaman tersebut masih boleh dibuka di negara lain. Kebanyakkan ahli yang aktif dalam kempen untuk 20 mei ini menyarankan umat islam seluruh dunia untuk membuat laporan atas halaman tersebut. Apa yang diharapkan adalah semoga sensitiviti umat islam dunia tidak hilang atas penghinaan ini. Ada di kalangan ahli yang berkempen menyarankan umat islam seluruh dunia untuk berhenti menggunakan Facebook dan ada juga menyarankan supaya teruskan menggunakan Facebook bagi memantau tindak tanduk individu dan kumpulan yang menghina atau menyentuh sensitiviti umat islam seluruh dunia. Kempen tersebut menerima sokongan daripada umat islam seluruh dunia dengan peningkatan sokongan acara tersebut purata 100 orang setiap minit. Saya juga menyeru umat islam seluruh dunia amnya dan seluruh Malaysia khas nya untuk meluangkan masa bagi menyokong acara ini dan jika terjumpa dengan halaman atau kumpulan dalam Facebook yang menyentuh sensitiviti umat islam maka rajin-rajinlah untuk membuat laporan dan saya juga menyeru seluruh umat islam untuk menyokong acara ini bagi menunjukkan bahawa seluruh umat islam di dunia bersatu. Allah merupakan sebaik-baik perancang. Disediakannya Facebook untuk seluruh umat islam bersatu menentang kekejaman ke atas saudara kita yang dizalimi. klik di SINI untuk terus masuk ke acara 20 mei ini.

acara 20 mei ini adalah menyarankan seluruh umat islam dunia untuk tidak membuka atau menggunakan Facebook sebagai tanda protes selama satu hari sahaja.

Elemen dan kerjaya

Kesesuaian kerjaya dengan elemen mempunyai teknik untuk membacanya.. tanya pada yang pakar ya...


Besi (Putih, Perak, Emas)
Kerjaya:
Firma perundangan, Bank, Institusi kewangan, Pajak Gadai, Pejabat Kerajaan, Pemburu, Lawan Pedang, Peralatan Sukan, Pengedaran Automotif, Kedai perkakas Elektrik, Tenaga Kerja Industri Kewangan, Syarikat berkaitan dengan Bursa Saham, Penguatkuasa Polis, Tentera, Kerjaya berkaitan dengan Perundangan, Pusat Sains dan pendidikan, Alatan Jentera, Pengangkutan, Kejuruteraan, Perlombongan, Barangan Logam, Perniagaan barang kemas atau syarikat pengawal keselamatan.

Air (Hitam, Biru)
Kerjaya:
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh, Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, perkapalan, Loji, Janakuasa Air, Kafe, Pakaian Renang, Agensi perlancongan, Agensi Insurans, pengurup wang, perdagangan, pertunjukan kebudayaan, pekerja bebas, jurujual, peniaga, gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesen TV, penyampai berita, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, Diplomat.

Api (Merah, Ungu, Oren)
Kerjaya:
Makanan, restoran, berita, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklannan, tenaga kerja, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, gedung serbaneka, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, fun raiser, penyambut tetamu atau ahli psikologi.

Kayu (Hijau)
Kerjaya:
Perabot, Kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan cina, hospital, perubatan, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, penerbit, profesor, pegawai perhubungan atau pentadbir pejabat.

Tanah (Coklat, Kuning, Beige)
Kerjaya:
Hartanah, Pusat kewangan, pembuatan pasu, kedai antik, perundingan, perakaunan, pengkebumian, batu permata, marmar, penilik nasib, perunding feng shui, kontraktor, perlombongan, kebajikan, pembinaan, broker saham dan sekuriti, arkitek, pekebunan atau peladang.

Tips menghangatkan kasih sayang


Menjaga hubungan dan keintiman kasih sayang dengan pasangan merupakan tips penting bagi memastikan tempoh hubungan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sikap bertolak ansur, saling hormat menghormati dan sebagainya.

Hubungan jarak jauh adalah paling sukar untuk dijaga kerana ianya berteraskan kepercayaan. Kepercayaan pula akan ada jika masing-masing cuba menghangatkan kasih sayang walaupun jarak begitu jauh.

Di sini saya senaraikan tips-tips untuk menghangatkan kasih sayang.

  1. Belai pasangan anda dengan ciuman manja sebagai tanda penghargaan diri anda kepada dirinya, malah senyuman juga memain peranan penting dalam meneruskan perjalanan awal untuk mencipta hubungan antara pasangan. Biarkan mata anda berkelip-kelip manja sebagai tanda anda terlalu merindui dirinya.
  2. Hangatkan hubungan cinta anda dengan si dia dengan memberi kejutan ciuman di lehernya semasa si dia membuat kerja-kerja di meja komputer ketika sedang berehat di rumah.
  3. Sesekali ketika bersantai di rumah bersama si dia, apa salahnya, berikan urutan kepadanya, lagipun bukan untuk orang lain tetapi kepada insan yang kita disayangi. Berikan ciuman romantik atau tunjukkan mesej melalui isyarat badan terhadap si dia. (Pada ketika itu berbual bersama-sama. Biarpun masing-masing sibuk dengan tugasan, cubalah mencuri masa untuk bersemuka dengan berkongsi cerita bersama. Cara ini membolehkan anda memahami perasaan dan hati budi si dia .)
  4. Walaupun telah berkahwin dan memiliki anak, tidak salah untuk menyatakan ucapan cinta dan sesekali apa salahnya tinggalkan pesanan ringkas pada si dia, mungkin ia boleh mengimbau kembali zaman percintaan anda suatu ketika dulu.
  5. Luahkan kata-kata cinta anda kepada si dia untuk menghangat keintiman hubungan anda.
  6. Buktikan kasih sayang anda kepada si dia, tulislah surat dengan menyatakan anda berbangga dengan pencapaian dirinya. Ini kerana kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang lebih-lebih lagi daripada isterinya Atau anda boleh menulis kepadanya menyatakan sesuatu tentang kelebihan dirinya. Letakkan ayat-ayat 'cinta ' itu di dalam dompet tangan atau beg kerja untuk memberi kejutan pada dirinya.
  7. Buktikan perasaan cinta anda pada si dia, berikan dia satu ciuman romantik diikuti dengan pelukan sebagai tanda penghargaan diri. Setiap pasangan sentiasa inginkan dirinya dibelai dan disayangi.
  8. Usah malu dengan si dia, peluklah si dia dengan pelukan erat, luahkan kata-kata cinta kepadanya dan berikan ciuman romantik untuknya.
  9. Kebanyakan lelaki gemarkan pujian daripada seseorang, lebih-lebih lagi daripada isterinya. Sambil itu si isteri bolehlah menepuk bahu si suami sebagai tanda memuji kehebatan dirinya.
  10. Luahkan pada pasangan anda, bahawa anda bangga dengan kehebatan si dia, tunjukkan rasa hormat anda terhadap si dia agar ikatan percintaan menjadi lebih intim. Sebagai contoh, anda mungkin berkata, ''Anda seorang yang hebat'' atau "Saya sungguh menghargai bagaimana susahnya kerja dalam memberi kesempurnaan kepada keluarga kita"..
  11. Apabila membeli barang, belikan sesuatu kepada si dia sebagai tanda anda mencintai dirinya.
  12. Dapatkan persetujuan bersama ketika membuat keputusan bersama si dia. Kadang-kadang si dia akan berasa marah dan tidak suka sikap wanita yang cuba menukar sesuatu jadual mahupun kehendaknya dan ini boleh menyebabkan rancangannya tidak menentu dan kemungkinan ia menjadi virus dalam hubungan serta boleh membangkitkan kemarahan lelaki, dalam hal ini si dia (wanita) perlu bersabar dengan kemahuan si dia.
  13. wanita haruslah menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki, jangan sesekali melakukan perkara-perkara negatif, ketika membeli-belah contohnya, cuba dapatkan pandanganny seperti ketika membeli kad ucapan untuk kad hari jadi, cubalah minta pandangan si dia untuk membuat pilihan. Hal ini akan membuatkan si dia merasakan dia mempunyai hak terhadap diri anda.
  14. Ketika masa lapang, gunakan bahan-bahan terbuang untuk melukis bentuk dua keping hati disambungkan bersama dengan nama-nama anda pada hati itu dan menulis "aku cinta padamu" terhadap si dia.
  15. Cuba hasilkan sajak-sajak cinta kepada si dia untuk menyatakan isi hati anda.

Tafsif Mimpi Tentang Binatang


  1. Mimpi melihat angsa : Alamat keberuntungan untuk memperoleh kekasih.
  2. Mimpi memberi makan angsa : Akan mendapat kawan setia.
  3. Mimpi melihat banyak kambing : Usaha yang sukses dan dapaf rezeki yang halal.
  4. Mimpi makan daging kambing : Akan mendapat rezeki yang halal.
  5. Mimpi melihat urat pada pipi kambing : Akan banyak hujan.
  6. Mimpi memerah air susu kambing : Akan merasa jengkel sebentar.
  7. Mimpi naik kerbau atau sapi : Akan dapat kemuliaan dan kekayaan.
  8. Mimpi naik seekor kuda : Akan berhasil tujuannya.
  9. Mimpi naik seekor onta : Akan memperoleh kehormatan dan sukses pekerjaan anda.
  10. Mimpi naik gajah : Akan menjadi pejabat atau pemimpin.
  11. Mimpi naik seekor gajah yang dihiasi indah : Akan disayangi orang besar atau orang kaya.
  12. Mimpi membunuh gajah : Akan ditaati orang.
  13. Mimpi melihat gajah berkelahi dengan gajah : Alamat pejabat cekcok dengan pejabat.
  14. Mimpi melihat gajah di sebuah sirkus : Akan melakukan kebodohan.
  15. Mimpi melihat induk gajah bersama anaknya : Keluarga anda akan hidup damai.
  16. Mimpi menyembelih kambing : Akan mendapat untung dalam usaha.
  17. Mimpi melihat kijang masuk rumah anda : Alamat akan mendapat jodoh.
  18. Mimpi melihat setan : Akan mengerjakan pekerjaan buruk.
  19. Mimpi membunuh seekor anjing : Akan mendapat kemenangan dari musuhnya.
  20. Mimpi bermain-main dengan tikus : Alamat akan dipermainkan musuhnya.
  21. Mimpi membunuh tikus : Akan bisa mengalahkan lawan-lawan anda.
  22. Mimpi melihat binatang ternak kurus-kurus : Akan mahal sandang pangan.
  23. Mimpi melihat binatang ternak gemuk-gemuk : Akan makmur dan murah sandang pangan.
  24. Mimpi bercakap-cakap dengan binatang : Alamat akan memegang pekerjaan pembesar.
  25. Mimpi mengikuti binatang liar : Alamat akan lanjut usia.
  26. Mimpi naik kuda berbaju besi : Alamat lepas dari malapetaka.
  27. Mimpi naik kuda putih : Alamat akan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.
  28. Mimpi makan daging kuda : Alamat akan memperoleh kekayaan.
  29. Mimpi kucing masuk ke rumah anda : Alamat ada orang yang mau menumpang ke rumah anda.
  30. Mimpi orang ditangkap serigala : Alamat akan ditipu orang.
  31. Mimpi harimau masuk ke kota : Alamat negeri akan diserang musuh.
  32. Mimpi menjinakkan harimau : Alamat mendapat harta yang tidak halal.
  33. Mimpi minum susu sapi : Alamat akan sejahtera.
  34. Mimpi minum susu kuda : Alamat akan kaya dan lanjut usia.
  35. Mimpi melihat banyak ayam : Akan puas hidupnya.
  36. Mimpi mengejar-ngejar ayam : Akan memperoleh pembantu.
  37. Mimpi menyembelih ayam : Akan menjadi orang mulia.
  38. Mimpi memperoleh ayam : Akan memperoleh anak / keturunan.
  39. Mimpi makan daging ayam : Akan memperoleh harta.
  40. Mimpi kehilangan ayam : Akan kehilangan anak dan sanak keluarga.
  41. Mimpi memberi makan kepada ayam : Akan sukses pekerjaan anda.
  42. Mimpi dicakar anak kucing : Akan diomong-kosongkan orang bodoh.
  43. Mimpi melihat anjing peliharaan : Alamat akan bahagia.
  44. Mimpi Melihat anjing menggoyang buntutnya : Alamat dengan mudah menyeiesaikan urusan penting.
  45. Mimpi melihat anjing berkelahi : Akan berdamai dengan lawan pertikaian anda.
  46. Mimpi digigit seekor anjing : Peringatan agar anda waspada.
  47. Mimpi melihat anjing peliharaan berbulu putih : Akan bersahabat dengan orang jujur dan setia.
  48. Mimpi melihat anjing menyalak :Waspadalah banyak bahaya di sekitar anda.
  49. Mimpi melihat seekor domba yang gemuk :Alamat baik, mempunyai keluarga yang bahagia.
  50. Mimpi makan belalang : Alamat memperoleh uang yang halal.
  51. Mimpi ada belalang makan padi : Alamat akan senang, bahagia.
  52. Mimpi memegang seekor belibis : Akan dikaruniai anak haram.
  53. Mimpi memegang burung perkutut : Akan dikaruniai anak yang baik.
  54. Mimpi melihat seekor badak :Akan berpengaruh besar dalam masyarakat.
  55. Mimpi menangkap ikan : Akan rnemperoleh uang tapi cepat habisnya.
  56. Mimpi makan ikan : Akan memperoleh uang yang halal.
  57. Mimpi melihat ikan paus : Sahabat dekat anda akan pergi.
  58. Mimpi menangkap ikan dari air jernih : Akan berhasil dalam usaha anda.
  59. Mimpi melihat orang menangkap ikan: Akan memperoleh kembali keseimbangan batin.
  60. Mimpi melihat ikan-ikan besar : Ada peningkatan keuangan.
  61. Mimpi melihat ikan kecil-kecil : Hati anda akan kecewa.
  62. Mimpi melihat ikan emas :Akan muncul pengantin yang kaya.
  63. Mimpi menangkap ikan emas :Alamat kemujuran menyertai anda.
  64. Mimpi makan pepes ikan emas :Akan memperoleh uang yang banyak.
  65. Mimpi melihat kanguru dari Australia :Usaha dagang anda akan berhasil baik.
  66. Mimpi melihat jangkrik :Alamat kehidupan anda akan baik.
  67. Mimpi bermain dengan jangkrik :Alamat kesehatan yang memuaskan.
  68. Mimpi melihat seekor katak :Akan memperoleh uang banyak.
  69. Mimpi mendengar katak bernyanyi :Akan mendapat pujian orang.
  70. Mimpi makan katak hidup :Akan muncul penyakit.
  71. Mimpi membunuh seekor katak :Akan rugi usaha anda.
  72. Mimpi menggenggam seekor katak :Akan ada tambahan pemasukan.
  73. Mimpi melihat seekor kalajengking :Ada orang yang mengancam anda.
  74. Mimpi disengat seekor kalajengking :Dikhianati teman sendiri.
  75. Mimpi melihat seekor kadal :Awas ada musuh dalam selimut.
  76. Mimpi melihat kadal hijau :Kesalahfahaman dapat dijernihkan.
  77. Mimpi mengunjungi sebuah kebun binatang :Akan berlibur di luar daerah atau luar negeri.
  78. Mimpi membawa anak ke kebun binatang :Akan beruntung dalam masalah keuangan.
  79. Mimpi melihat kelabang :Akan merasa khawatir.
  80. Mimpi menunggang keledai :Akan dicemooh orang.
  81. Mimpi ditendang seekor keledai :Akan ragu-ragu dalam bercinta.
  82. Mimpi melihat keledai berbulu putih :Akan sukses dalam urusan pribadi.
  83. Mimpi menangkap seekor kelinci :Akan berkenalan dengan orang muda.
  84. Mimpi melihat kelinci putih :Akan merasa bergembira dan sukses dalam usaha anda.
  85. Mimpi makan kepiting goreng :Ada peningkatan keuangan.
  86. Mimpi merebus kepiting :Ada kecelakaan ringan:
  87. Mimpi melihat kepiting :Alamat usaha anda akan merugi.
  88. Mimpi membunuh kijang :Akan terjadi perpisahan.
  89. Mimpi melihat seekor kijang makan rumput :Ada rasa cinta pada seseorang.
  90. Mimpi melihat seekor kucing tertidur :Ada kepuasan dalam cinta.
  91. Mimpi melihat kumbang merayap di tubuh anda :Akan muncul kesulitan dalam masalah keuangan.
  92. Mimpi membunuh seekor kumbang :Akan bisa mengatasi masalah keuangan.
  93. Mimpi melihat seekor kura-kura :Akan ada yang membimbing anda.
  94. Mimpi menemukan bangkai seekor kura-kura :Akan kehilangan seorang kawan.
  95. Mimpi digigit kutu binatang :Ada orang. yang menagih hutang.
  96. Mimpi melihat kutu di tubuh orang lain :Akan muncul suatu kekecewaan.
  97. Mimpi membunuh seekor kutu binatang :Akan untung besar usaha anda
  98. Mimpi melihat laba-laba :Nasib anda sangat diragukan.
  99. Mimpi membersihkan sarang laba-laba :Persahabatan akan retak.
  100. Mimpi melihat sarang laba-laba :Jagalah perasaan anda dalam menghadapi lawan jenis anda.
  101. Mimpi melihat burung merpati putih :Harapan baik dalam usaha dan kebahagiaan dalam rumah tangga.
  102. Mimpi memakan daging merpati goreng :Akan memperoleh harta.
  103. Mimpi melihat serombongan merpati :Anda akan melakukan suatu perjalanan.
  104. Mimpi melihat seekor merpati bercumbu-cumbuan :Akan bercinta dengan penuh kebahagiaan.
  105. Mimpi melihat seekor monyet :Waspadalah terhadap para penipu.
  106. Mimpi memelihara seekor monyet :Akan ada yang berkhianat.
  107. Mimpi melihat monyet memanjat pohon :Harapan yang cerah dalam masalah cinta.
  108. Mimpi melihat seekor naga yang bengis :Alamat akan rugi atau kehilangan.
  109. Mimpi membunuh seekor naga :Anda terlepas dari kesulitan.
  110. Mimpi digigit seekor nyamuk :Alamat akan bersedih.
  111. Mimpi membunuh seekor nyamuk :Akan bisa mengatasi semua kesulitan.
  112. Mimpi melihat ikan paus :Anda mengkhawatirkan sesuatu masalah.
  113. Mimpi membunuh rusa :Tanda perpisahan.
  114. Mimpi melihat rusa berlari-lari :Terjadi kesalah-pahaman di antara kawan-kawan.
  115. Mimpi melihat rusa makan rumput :Akan jatuh cinta, tertarik lawan jenis.
  116. Mimpi melihat sebuah kandang sapi :Tanda kesembuhan suatu penyakit.
  117. Mimpi melihat bangkai sapi :Akan rugi usaha anda.
  118. Mimpi memerah susu sapi :Akan memperoleh uang banyak dengan mudah.
  119. Mimpi memakan hidangan dari daging sapi :Akan memperoleh harta dan kebahagiaan.
  120. mimpi membeli sapi jantan :Akan bersahabat dengan orang kaya.
  121. Mimpi melihat sapi jantan berbulu putih :Akan maju dalam usaha.

Undang2 dan aduan pengguna (MLM)


1. Apakah Skim Cepat Kaya?
Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:

Aktiviti pengambilan deposit secara haram
Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Urus niaga mata wang asing haram
Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

  1. Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).
  2. Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.

AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.

2. Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?

Skim pengambilan deposit secara haram
Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).

Amaran Untuk Pelabur

  • Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.
  • Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;
  • Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.
  • Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.

Skim urus niaga mata wang asing haram

  • Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
  • Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
  • Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;
  • Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
  • Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Amaran untuk Pelabur
Pengendali skim mata wang asing haram akan cuba menyakinkan bakal-bakal pelabur dengan strategi pasaran yang menjanjikan pulangan segera dan tinggi-

  • Melalui penampilan imej yang profesional dan bereputasi dengan barisan pekerja yang berpakaian segak, keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggi dan kemudahan IT yang terkini yang memudahkan pelabur-pelabur untuk mengendalikan akaun-akaun mereka melalui internet;
  • Dengan peralatan urus niaga seperti suatu skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa sesuatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang sedang dijalankan;
  • Kebiasaannya, pelabur juga dikehendaki untuk menandatangani satu kontrak urus niaga dengan syarikat. Kontrak-kontrak ini sering tidak ditandatangani oleh syarikat. Ini bermakna tiada tindakan boleh diambil oleh pelabur terhadap syarikat kerana tiada kontrak formal yang mengikat.
3. Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim seperti ini?
  • Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan;
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;
  • Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;
  • Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;
  • Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;
  • Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan
  • Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat.

4. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim seperti ini?

Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:

Sumber Bank Negara.

Untuk aduan/laporan sila mengantar aduan anda ke NCCC/Bank Negara. Terima Kasih.

Bersama sama kita menjadi konsumer Bijak.

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/ Complaint Handling Manager
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre
E-mail : vani@nccc.org.my

sumber : http://www.nccc.org.my

kanak-kanak jual sayur di MBB al-idrus kuching


Setiap kali aku pergi ke Maybank Islamic Al-Idruce jalan kulas aku melihat ada seorang kanak-kanak yang sedang menjual sayur dan kadang-kadang kanak-kanak tersebut membawa beberapa orang adik beradiknya. Yang menyedihkan, kanak-kanak tersebut kalau tak silap bernama amin apabila suatu hari dia menyapa aku dan bertanyakan bagaimana orang boleh ambil duit dari mesin atm? Dia tanya lagi bagaimana duit itu boleh keluar dari situ? dan dia ada simpan duit RM1 ke dalam mesin itu. Rasa nak gelak ada juga.. tapi lebih kepada kesian. Dalam hati berkata, patutlah mesin atm tu asyik down.. kerja engkau rupanya.. tapi taklah aku seloroh cakap camtu.. saja je buat lawak dalam diri sendiri... aku korek2 la sikit cerita budak tu. Tinggal kat mana? Sekolah kat mana? Selalu ke jual barang?. Budak yang ku tanya tu macam blur je... Adoyai... Melalui beberapa sumber maklumat yang aku dapat. Budak tu tinggal di taman sri wangi dan berulang alik dari MBB Islamic Al-idrus jalan kulas ke rumahnya dengan jalan kaki. Mak oi... kesian nyer aku.. then.. pernah satu ketika aku terserempak dengan budak tu berjalan kaki balik ke rumah dengan basah kuyup di tepi jalan. Kalau tak silap kalau guna kenderaan dari taman seri wangi ke MBB ambil masa lebih kurang 6 minit.. kalau jalan kaki rasanya ambil masa setengah jam... adoyai.. kesiannye.. apa yang mampu aku buat.. Budak tu kalau tak silap ada juga masanya berjual sayur kat Shell station sekitar Petra Jaya kuching. Terfikir pulak aku dengan zaman kanak-kanaknya sudah berdikari macam orang dewasa balik pukul 1 hingga 3 pagi... kesian kan? sapa orang kuching pernah terserempak dengan budak ni tolong-tolong lah bantu.. Ada sumber menyatakan budak tu masih bersekolah dan ada beberapa orang adik bradik.. maklumat ni je yang mampu aku kongsikan.. kalau ada sesiapa yang nak kongsi-kongsi boleh lah letak kat komen aku nih... nanti aku balas balik... insyaallah..

Si Bubut


Di suatu perkampungan, terdapat satu keluarga yang amat susah hidupnya. seorang budak bernama bubut merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Ayahnya telah lama meninggal dunia manakala ibunya yang menyara keluarganya. Mereka tinggal di hujung kampung dan hanya bercucuk tanam merupakan sumber rezeki mereka. Si bubut amat kesian melihat ibu nya dan lantaran itu si bubut belajar dengan gigih. Pada suatu hari Si bubut telah tamat belajar sekolah menengah dan mendapat tawaran untuk belajar di universiti namun ibunya tidak mampu untuk menanggung kos untuk melanjutkan pelajaran anaknya. Si bubut amat sedih dengan keadaan keluarganya. Pada masa yang sama si ibu telah jatuh sakit dan tidak dapat mencari rezeki seperti hari-hari yang lain. Pada satu ketika si bubut termenung jauh dan memikirkan siapakah yang boleh membantunya. Dia mendongak ke langit dan memikirkan sang pencipta. Alangkah baiknya jika tuhan dapat membantu ku, fikir si Bubut.

Si Bubut kemudian memutuskan untuk menulis surat kepada tuhan. Suratnya lebih kurang berbunyi, kehadapan tuhan yang baik hati. Saya memohon pertolongan daripada tuhan yang baik hati untuk membantu saya dan keluarga saya yang semakin susah kian hari. Ayah saya sudah tiada, ibu saya terlantar sakit dan saya pula ingin melanjutkan pelajaran saya. Telalu banyak kos yang harus kami tanggung. Saya memohon kepada tuhan yang baik hati untuk mendermakan sedikit duit untuk kami bagi mengurangkan beban kami. RM500 untuk mengubati penyakit ibu saya, RM2000 untuk menampung kos melanjutkan pelajaran saya, RM500 untuk menampung kos sara hidup ibu saya selama 3 bulan sejak dia tidak mampu mencari rezeki dan RM2000 lagi untuk ibu saya membesarkan kebunnya. Si bubut kemudian menghantar surat tersebut ke pejabat pos.

Di pejabat pos seorang penghantar surat membuka surat tersebut lantaran surat tersebut tidak beralamat dan hanya bertulis "kepada tuhan yang baik hati". Dia membaca surat tersebut dan merasa terharu dengan surat tersebut. Dia tidak tahu bagaimana hendak membantu Si Bubut. Dia kemudian menghantar surat tersebut ke balai polis iaitu kawan rapatnya. Si polis yang berpangkat tinggi itu membaca suratnya dan merasa sedih dengan keadaan keluarga Si Bubut. Si polis kemudian meminta bantuan sanak saudara nya untuk mengumpul dana bagi membantu Si bubut. Beberapa hari kemudian si polis telah berjaya mengumpul duit sebanyak RM4500.00 dan masih kurang RM500.00. Si polis kemudian menghantar sendiri duit tersebut kepada si Bubut.

Si Bubut amat gembira kerana permohonannya dimakbulkan walaupun duit yang dia terima hanya RM4500 sahaja. Kurang RM500 dari yang dimintanya. Dengan tidak membuang masa si bubut menulis surat kepada tuhan yang baik hati dan berkata. Wahai tuhan yang baik hati, saya berterima kasih kerana permohonan saya telah diluluskan oleh tuhan yang baik hati. Saya telah menerima duit yang saya minta sebanyak RM4500 dan saya berharap tuhan tidak mengirim duit saya melalui polis lagi kerana mereka telah mengambil duit saya sebanyak RM500. sekian....

Cerita ini hanya rekaan semata2 tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati dan yang baru nak lahir...

Bantuan Ikhlas saudara kpd saudara kita


Sahabat Semua;

Alhamdulillah kita semua diberi kesihatan oleh Allah untuk terus menikamati kehidupan yang selesa dan dapat mencari rezeki untuk terus mengecapi kemewahan dari rezeki yang dikuniakan oleh Allah.

Di celah-celah masyarakat ini ada insan yang amat mengharapkan bantuan dari saudara2 yang sangat suka membuat amalan jariah dengan menderma.

Pada 3 tahun lepas, saya telah hadir ke UiTM Shah Alam kerana mendaftar anak saya....Bersama mendaftar dengan anak saya ini adalah sahabat karib beliau yang sama dari Sekolah Teknik Sungai Buluh. Masing-masing pada waktu itu berumur 18 tahun.

Yang saya ingin fokuskan adalah sahabat karib anak saya ini yang bernama Mohd Toriq. Beliau datang mendaftar hanya bersama ibunya dan bila ditanya mana ayah..beliau cakap ayah sibuk.

Pada hujung minggu selepas minggu suaikenal anak saya telah membawa Mohd Toriq ini datang kerumah saya. Dari situ saya bertanya lebih lanjut tentang dia dan keluarganya. Walau keberatan dia mencerita sedikit demi sedikit tentang keluarganya;

Beliau adalah anak ke tiga dari 9 adik beradik…dua abangnya bekerja kilang/sendiri serta berumah tangga. Dia dan 6 lagi adiknya (2 perempuan dan 4 lelaki) tinggal bersama ibu dan disarai sepenuhnya oleh ibunya. Rumah yang beliau tingak merupakan Flat di Damansara Damai yang sudah sampai notis untuk dilelong kerana sudah lama tidak dibayar ansuran disebabkab ibunya tidak mampu. Tetapi pihak bank masih lagi memberi kelonggaran membenarkan mereka tinggal sehingga satu masa yang akan diberitahu kelak.

Ditanya tentang ayahnya, beliau mencerita rengkas, ayahnya dah lama tidak balik dan kalau balik pun agak lewat tengah malam dan awal pagi sudah keluar.. kemana? Entah kerana ayahnya tidak mempuyai kerja yang tetap dan isterinya ada 4 termasuk ibunya(isteri pertama)anak entah berapa.Baginya sukar untuk menatap wajah ayah apa lagi untuk memanggil ayah. Hanya ibunya yang menjadi ketua keluarga dan menyara mereka semua dengan membuat kerja jualan kitab dan bahan2 agama dari meja- ke meja direstoran dan komplek belibelah. Agak malang lagi 2 tahun lepas ibunya telah diceraikan.

Amatlah menyayat hati kami sekeluarga, apabila mendengar cerita beliau,.. . Memandangkan beliau amat memerlukan wang kerana baru masuk U dan banyak keperluan masih belum dibeli dan PTPTN baru saja memohon, pada malam itu saya bawa beliau ke surau Addin Seksyen 27 Shah Alam untuk memohon sumbangan dari jemaah dan Alhamdulillah dari simpati jemaah beliau mendapat hampir RM800.00. Pada keesokannya saya bawa beliau untuk beli barang keperluan asas dan hantar beliau keasrama dan wang selebihnya di gunakan untuk membeli alat tulis.

Oleh kerana saya selalu bertanya khabar tetang beliau dan ibu serta adik nya datang kerumah saya dan kami menanggap beliau sebagai anak angkat kami. Beliau adalah merupakan pelajar yang pintar dan keputusan Exam Semester beliau biasanya mendapat CGPA 4. Dan beliau telah di anugerahkan Biasiswa Majlis Raja-Raja Melayu.

Namun beliau tidak lupa akan 6 lagi adik2 yang masih belajar, dari duit biasiswa beliau cuba meringankan beban ibu beliau. Adik beliau semuanya pintar belajar dan seorang adik beliau baru mendapat keputusan 4A dalam SPM tapi tak mohon mana2 IPTA kerana keadaan kehidupan keluarga yang sedang dialami…

Tetapi dugaan paling besar beliau dan adik2nya hadapi adalah pada hari ini, apabila ibu yang menanggong segala keperluan mereka telah kembali keRahmatullah jam 1.00tgh malam Rabu-5/5/2010…setelah koma selama 46hari kerana kemalangan jalanraya dimana kereta yang meraka naiki meletup dan terbakar bersama adik bongsu mereka. Adiknya yang juga tenat baru saya sedar dari koma beberapa hari lepas. Jenazah ibunya telah selamat dikebumikan sebelum zohor tadi di Tanak Perkuburan Kuang, Sungai Buluh.

Cuba bayangkan kesukaran kehidupan untuk 7 beradik ini akan menghadapi dimasa-masa mendatang disamping kesedihan kehilangan ibu tersayang yang banyak bekorban untuk mereka…..Semoga Allah member perlindungan kepada mereka semua dan dimudahkan urusan perjalanan hidup mereka.

Untuk itu saya memohon sahabat sahabat yang prihatin dan berkemampuan dapatlah kiranya menghulur sumbangan ikhlas kepada 7 adik beradik ini sekurangnya dapat membantu sara hidup makan minum dan pelajaran mereka. Kalau nak niat sebagai zakat pun boleh kerana mereka adalah penerima zakat yang tidak berkala dari PPZS.

Untuk sumbangan dan pertanyaan:

Nama : Mohd Toriq Bin Mohammad Mahir
No Tel : 017-2489175
AC Maybank : 114209597406

Sila SMS atau call sekiranya bank-in dengan menyatakan jumlah sumbangan.

Selepas ini saya akan cuba bantu keluarga ini samaada adik2 beliau untuk mencari keluarga angkat atau lain-lain cara termasuk memohon sumbangan dari baitulmal dan Pejabat Kebajikan Masyarakat. Sekiranya dipersetujui oleh keluarga mereka.

Diatas sumbangan sahabat semua diucapkan jutaan terima kasih, semoga mendapat ganjaran pahala oleh Allah.

Mahadi Abu Bakar
Setiausaha Surau Addin, Seksyen 27, Shah Alam

sumber : bujang susah

Luahan Engineer proton


Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut
yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita
bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang
telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam
yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

"Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan
perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan
beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia
adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk
di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..
manakala kontena lain adalah pintu, body dan
sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga."

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan
ternampak lah satu tanda... Kilang Enjin Proton. Tanda
tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita
jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang
dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block.
Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2
dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan
2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6
proton buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya
kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu
dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat
pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah
4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So
untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy... 100%
body dibuat di Malaysia .

"Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini
dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih
belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar
hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah
berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya
kenderaan negara sebenarnya."

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta
Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita
gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja
kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin
terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di
Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi
terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan
sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin
dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin
ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap.
Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak
mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak
tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin
sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah masalah
orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara
sendiri.

"Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi
sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20
tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari
rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah
melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak
mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi
lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang."

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka
adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama
dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka
turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang
Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut
ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin
habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula
menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak
caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak
mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun
dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang
teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu
kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design
sesuatu yang lebih baik... laju je dia orang hantar
balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun
mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama
diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang
dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke
Malaysia.

Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest
dia orang.... Sebab Perodua tu 100% milik
Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang
kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia .

"Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang
proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan
Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar
lambang je.."

Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita
belajar... selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang
yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design
kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa
setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan
khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer
Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta
baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2
tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan
dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya
Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat
kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan
Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda
323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila
orang Malaysia yang buat begitu... orang Malaysia
sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa
bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.
Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
Wira... masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling
mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok
dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia
depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa
bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok
dashboard mitsubishi lancer... hampir samakan. Itu
mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita
bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran
macam itu.

Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya
murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang
dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana....
Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di
Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan
bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah
keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari
atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan
kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign
orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita
memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak
cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti
menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari
luar memang membuka mata kita... kita adalah setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni
memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari
luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin
ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign
sendiri.

o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja
kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin
bersaiz kecil. Well.... Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila
mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka
yang tidak bertanggung jawab.Contohnya... Savvy adalah Tiara dan
menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan
Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu
bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High
Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada
terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well...
kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident.
Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang
accident tu... In fact. Kukuh. Saudara saudari... Bila
kita design kereta ni.. yang paling penting adalah
keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk
crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan
kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk
Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata
Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang
bercakap tu... adakah mereka pernah memandu Savvy.
Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita
sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta
untuk company lain dan ada membuat part untuk company
lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita
tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita.
Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta
mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di
proton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka
mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

"Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh
proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini.
Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh
proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan
nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba
mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat
injin tapi gagal mendapatkan resepinya."

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang
terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk
membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar
kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi
specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah.
Transmition yang paling susah. Untuk info lah... kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition
sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

"Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak
mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya?
Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini
sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai."

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana
menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat
dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan
bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya
adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada
mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta
bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D,
Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi kita
pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai
jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D
Perodua...bekas Proton, Head of Styling...bekas
Proton, Head of Planning...bekas Proton, Head of
Production...bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas
dekat Naza), Head of Engineering Services...bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari
proton. We trained them... orang lain ambil cara
senang je.

Naza pulak.. Head of R&D....bekas Proton. Head of Production...bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan... Head dia pun bekas
proton, Inokom... head dia pun bekas proton. Itu kira head
je...bukan lagi kira engineer dan designer. So it
meets its objective untuk memajukan orang-orang kita.
Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan
Proton. So... orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil
oleh consultant luar negara... dari America, Eropah
sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi
pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat
tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di
peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari
syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik
bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak
anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau...?

"Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah
yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya
sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata..
berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun
nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak
lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan
sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata..
kalau dah tak boleh tutup aja..."

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada
tanggung jawab kepada negara. Senang aja... buang
sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa
akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton
untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton
untuk negara... berapa banyak kaki tangan Proton...
8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara
lansung untuk membuat part Proton...100,000 orang.
Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak
syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh
membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak
wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan,
honda? 0... Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara
baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga
mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak
serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti
import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak
check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan
harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat
kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita
tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak
AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk
ke Malaysia ... harga yang di declare adalah RM8000.
Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling
murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni
adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan
dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga
kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan
rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan
perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta
melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh
mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi
sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan
timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar
kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect
industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah
yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar
barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan
sendiri. Saya ambil contoh... Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif... tapi ada syarat.
Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export
keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.
Korea... cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
Nak cari kereta yang bukan dari Korea ...susah.
Sebabnya...

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import... Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun... Semasa mereka belajar membuat kereta hampir
80 tahun dulu... nak naik bukit pun boleh undur (baca
sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan
tetap membeli. Cuba kat Malaysia .... Kutuk lagi ada.

Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara
bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The
more people buy, the cheaper things can be. Economic
of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik
modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
mahal... tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita
nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea
mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap
ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu... fikir. Lagi banyak kita
jual, lagi murah kita boleh jual... lagi banyak duit,
lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap
test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan
wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh
dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join
ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna
euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa
akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP
keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi
rakan teknikal memang agak sukar.

Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat
dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu
kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan
timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara
kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah
melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara
kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab
menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara
Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada
perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu
aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain
boleh ada polisi dia orang yang membantu industri
kereta mereka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP
China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia
(kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.
Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba
pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.
India... nak masuk kesana kena letak deposit USD200
Million. Belum lagi nak set up kilang dan
infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea ... Kita nak
jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli
walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik
diaorang. Kita... apa yang nama lain selain dari
barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German....
Bukan tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German
untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar
bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua
yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design
bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta
nasional... Proton sekurang-kurangnya telah mendidik
ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai
hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil
untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu
kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil
oleh Petronas. Bukan sorang.... Kesemuanya. Nak kerja
dengan R&D proton..... Paling minimum 2nd class upper.
1st class berlambak. Selepas berpengalaman... Perodua,
Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal
proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang
kami beri untuk memajukan negara dalam bidang
teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam
bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran
anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak
belajar... sampai bila kita tidak akan tahu. Dan
sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan.... saya sendiri pun
tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena....
Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan
part tiruan atau lama. Yang kena komplen... proton.
Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000
unit Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah
sebelah Myvi dan Savvy... check performance dia. Then
baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap
je... test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual....
Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
nak tukar gear... swith to auto. Nak main
ciluk-ciluk... switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?

ps: dipetik dari luahan engineer proton
sumber : koleksi artikel hangat

Di tindih ketika tidur


Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum isteri tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....

Heheheeeee…..

Sumber : isuhangat

Internet Lebih Laju Jimat Masa


  1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yangberwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.
  2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.
  3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.
  4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.
  5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.
  6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.
  7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.
  8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..
  9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.
  10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.
  11. Guna DIGI Turbo 3G kerana kelajuannya lebih stabil. maklumat lanjut klik SINI.

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.