اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Niat


Dalam menghadapi dunia yang kian moden dengan pemikiran yang semakin berevolusi. Masyarakat kini mempunyai pendapat masing-masing yang berbeza-beza. Pendapat yang berbeza ini melahirkan pelbagai sifat individu daripada bijak pandai, bodoh sombong, bijak tergadai, bodoh tegar dan sebagainya. Maaflah jika bahasa terlalu kasar. Apa yang saya nak bincangkan di sini ialah mengenai Solat, Puasa, Menutup aurat dan sebagainya yang berkaitan dengan kewajipan umat islam. Saya perpesan kepada diri saya dan orang lain. Saya bukanlah ustaz ataupun ilmuan islam yang masyur, Saya hanyalah orang biasa yang hanya ingin berkongsi pendapat mengenai amalan wajib umat islam.

Menutup aurat seperti menggunakan tudung untuk perempuan yang menutupi dari hujung kaki sehingga hujung rambut dan menggunakan seluar panjang untuk lelaki berpakaian biasa menutup atas pusat sehingga bawah lutut. Ada beberapa sebab mengapa masyarakat islam kita tidak dapat mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh islam dalam bab menutup aurat. Sebab-sebabnya adalah seperti sudah terbiasa dengan pakaian yang tidak menutup aurat, pemahaman agama yang kurang, menganggap tidak menutup aurat adalah amalan moden, malu untuk menutup aurat kerana sudah terbiasa, didikan dari ibu bapa amat kurang dan sebagainya.

Beberapa hari lepas saya berjalan-jalan dengan kawan saya di sekitar bandar dan kami berborak mengenai negara Brunei di mana mereka mengamalkan undang-undang seperti menyaman orang islam yang tidak sembahyang jumaat, tidak membenarkan zon alkohol di wujudkan dan sebagainya. Pelbagai pendapat yang saya terima daripada tindakkan kerajaan brunei. Ada yang menyatakan itu tidak bagus sebab, nanti niat orang islam bersembahyang kerana takut kena saman dan ada yang bersetuju dengan tindakkan tersebut. Jadi apa pendapat anda?. Bagi saya tindakkan kerajaan Brunei adalah tindakkan yang baik. Jika dinilai dengan logik sememangkan tindakkan itu perlu bagi menunjukkankan didikan kerajaan ke atas rakyatkan. Kerajaan umpama pemimpin yang diperlukan untuk memimpin dan mendidik rakyatnya.

Berbalik kepada niat seorang muslim yang pergi sembahyang jumaat kerana takut kena saman itu adalah baik daripada seorang muslim itu langsung tidak sembahyang. Ini kerana, Sembahyang adalah wajib. Tidak dinafikan niat amat penting jika kita hendak melakukan solat. Selain itu, ada juga berlaku seorang muslim tidak melakukan solat kerana telah minum arak kerana mereka percaya solat mereka tidak diterima allah swt selama 40 hari. Tahukah anda bahawa dosa yang ditanggung oleh muslim tersebut 2 kali lebih banyak daripada muslim yang minum arak kemudian menunaikan solat. Bagaimana itu berlaku? ini berlaku kerana solat adalah wajib. Sekalipun solat individu tersebut tidak diterima, namun mendirikan solat tetaplah wajib. Dosa minum arak satu cerita ditambah lagi dosa tidak menunaikan solat, bukankan itu dua kali lebih berdosa.

Seterusnya mengenai muslimah yang membuka aurat. Seperti yang saya ceritakan di atas, banyak sebab mengapa seorang muslimah tersebut tidak menutup aurat. Apa yang paling ketara adalah kerana rata-rata mereka membuat kenyataan bahawa hati mereka belum terbuka lagi. Apabila di suruh menutup aurat oleh abang, kakak, tunang, suami, mak, ayah dan individu lain maka dengan mudah mereka menjawab bahawa hati mereka belum terbuka lagi dan mereka tidak mahu niat mereka menggunakan tudung kerana atas arahan orang lain bukan atas kerelaan mereka sendiri. mereka tidak mahu hipokrit. Saya sendiri sudah mengupas mengenai hipokrit dalam Facebook dan nanti saya akan selitkan dalam blog saya. ALASAN kerana muslimah tersebut belum terbuka hatinya dan tidak mahu niat mereka memakai tudung kerana orang lain adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana menutup aurat adalah WAJIB!! Sekalipun seorang muslimah tersebut menutup aurat atas arahan atau permintaan orang lain maka itu adalah baik berbanding seorang muslimah yang tidak menutup aurat. Secara logiknya seorang muslimah tersebut tidak perlu menunggu hati terbuka atau takut niat mereka menutup aurat kerana orang lain. Kerana nilailah yang mana lebih baik. Jika sekalipun muslimah takut kerana bimbang niat mereka kerana orang lain maka saya ingin bertanya. Apakah niat kamu tidak menutup aurat? kerana siapa? untuk apa? jawablah dan buat muhasabah diri sebelum tidur.

Saya ulang sekali lagi, Menutup aurat bagi wanita adalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki dan bagi lelaki pula dari atas paras pusat sehingga bawah paras lutut.

Dengan ini, saya akhiri coretan saya ini dengan memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung. apa yang baik adalah datang dari allah dan yang kilaf itu datang dari saya sendiri. Saya berpesan kepada diri saya sendiri dah orang lain.

Sekian.

ibu


Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...


Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?


Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?



Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?


Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?




Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?





Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?


adik cuma nak tanya je bu.....


Renung renung kanlah !!!

  • Bila seronok, aku cari....pasanganku
  • Bila sedih, aku cari....Mak
  • Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
  • Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
  • Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
  • Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
  • Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
  • Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
  • Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
  • Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
  • Selalu.. aku ingat pasanganku
  • Selalu.... Makingat kat aku
  • Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
  • Entah bila... aku nak talipon Mak
  • Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
  • Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
  • Renungkan:
  • "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
  • bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
  • Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
  • Berderai air mata jika kita mendengarnya........
  • Tapi kalau Mak sudah tiada..........
  • MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
  • Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
  • berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
  • berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
  • berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
  • berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
  • berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
  • Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

The Losers

The Loser merupakan sebuah filem aksi arahan Sylvain White dan dibintangi Jeffrey Dean Morgan sebagai Franklin Clay, Zoe Saldana (Aisha al-Fadhil) dan Chris Evans (Jake Jensen). Sylvain White dan dibintangi Jeffrey Dean Morgan sebagai Franklin Clay, Zoe Saldana (Aisha al-Fadhil) dan Chris Evans (Jake Jensen). Filem ini telah diilhamkan daripada komik Vertigo dan ditulis oleh Andy Giggle ini dimantapkan lagi dengan lakonan Idris Elba (William Roque), Columbus Short (Linwood Porteous), Oscar Jaenada (Carlos Alvarez) dan Jason Patric (Max). Filem ini mengisahkan 5 sahabat yang menuntut bela atas apa yang berlaku kepada mereka sehingga mereka menggelarkan diri mereka sebagai The Losers atau dengan makna yang lain, kekalahan yang membawa mereka sebagai pengkhianat negara. Mereka di istiharkan mati dan terpaksa menyamar dan tinggal di sebuah bandar. Dengan bantuan seorang wanita yang bernama aisha maka mereka berpeluang untuk menuntut bela untuk mendapat keadilan. 5 sahabat ini mengatur strategi dengan bantuan aisha dalam filem tersebut cuba mencari Max merupakan dalang kepada kesusahan yang dialami mereka sebelum ini dan juga merupakan perancang utama untuk memusnahkan keamanan dunia. Dengan kelebihan masing-masing 5 sahabat tersebut maka Max dapat ditumpaskan untuk satu cubaan mendapatkan alat pemusnah.

Cerita ni pendapat saya, macam cerita filem biasa dalam TV. 1 bintang je saya bagi..

Uda VS Dara (Lunch Time Speed)


Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati.. masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?.. eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi. banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi.. buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet.. belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa. Duduk. .
40. Alamak. Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air.. sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh.. kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2.. tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

.

ayang VS abang


Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance... ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,

ayang


ni abang lak bagi... .



Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa... hahahhahahahahha

Beware Laptop Detector

I believed most of the laptop owner heard about the laptop detector. This device can detect your laptop, Personal Digital Assistance (PDA), Mobile phone and any valuable electronic devices when you hide them inside your car. Even though your WIFI (wireless), Smart Tag, Bluetooth or the entire notebook is completely off.

The device still able to detect it. Do you think about the cost of the device? It’s costs you RM 50 only and the thieves can start the “business”. Make sure the laptop and any valuable electronic devices always with you to prevent lost of in-term of money and un-countable valuable information for your business.

Here is the devices pictures:


SKIM Piramid : Sejarah perkembangan


Skim piramid ialah model perniagaan yang tidak dapat dikekalkan yang membabitkan pertukaran wang terutamanya bagi mendaftar peserta baru ke dalam skim ini, biasanya tanpa barangan atau perkhidmatan disertakan.

Skim piramid adalah haram di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat,[1] Great Britain, Australia dan New Zealand. Skim sebegini telah wujud selama sekurang-kurangnya satu dekad.


MODEL
Terdapat model perniagaan lain yang menggunakan jualan-silang seperti multi-level marketing (MLM) atau rancangan parti yang sah dan mampu bertahan, sungguhpun terdapat bahagian kabur dalam kebanyakan kes. Kebanyakan skim pyramid mengambil peluang ke atas kekeliruan antara perniagaan sebenar dan penipuan membuat wang yang rumit.

Idea asas bagi setiap penipuan adalah seseorang itu membuat hanya satu pembayaran, tetapi dijanjikan keuntungan berganda dari orang lain sebagai balasannya. Contoh biasa mungkin tawaran yang dengan bayaran, membenarkan mangsa menjual tawaran yang sama kepada orang lain, atau menerima bonus melalui orang yang mereka rujukkan. Setiap penjualan merangkumi bayaran kepada penjual asal.

Jelas, kelemahannya adalah tidak terdapat keuntungan akhir; secara mudah wang itu bergerak ke rantaian atas, dan hanya orang asal (atau paling baikpun, sebahagian kecil peserta) menang dalam penipuan pengikut mereka. Sudah pasti, orang yang dalam keadaan paling buruk adalah mereka yang berada di dasar pyramid: mereka yang menyertai skim tersebut, tetapi tidak mampu mendapatkan sebarang pengikut di bawah mereka sendiri. Untuk mengemburkan tindakan ini, kebanyakan skim mempunyai rujukan, maklumat dan persaksian palsu.


INTERNET

Pada tahun 2003, satu "skim piramid" berasaskan Internet [3] dibongkar oleh FTC, di mana pelanggan membayar yuran pendaftaran bagi menyertai program dan membeli pakej yang termasuk gudang Internet (Internet mall) dan khidmat dan barangan berkait. Aduan FTC menyatakan bahawa syarikat menjamin pengguna yang membeli pakej tersebut bahawa pakej tersebut akan membenarkan mereka mendapat komisen bagi setiap WebSuite yang dijual.

FTC menuduh bahawa syarikat tersebut salah tonjol bahawa pelanggan yang terbabit dalam skim mereka akan mendapat pendapatan yang lumayan, sedangkan kebanyakan pelanggan kerugian dalam operasi tersebut, dan pembela membekalkan bahan pemasaran penipuan kepada rakan berkait (affiliates - membekalkan mereka cara menipu orang lain; dan akhirnya, syarikat gagal menjelaskan bahawa sebahagian besar peserta akan kehilangan wang, dan skim tersebut sebenarnya merupakan skim piramid haram.


CIRI-CIRI
Ciri-ciri penentuan skim sebegini adalah fakta bahawa barangan yang dijual tidak bernilai atau bernilai rendah secara sendirinya atau dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran adil. Sebagai contoh termasuk "barangan" seperti risalah, kaset rakaman, atau system yang sekadar menjelaskan kepada pembeli cara mendapatkan peserta baru, atau membeli nama dan alamat bagi calon pembeli masa hadapan. Kos untuk "keluaran" sebegini mampu meningkat sehingga ratusan atau ribuan ringgit. Versi Internet biasa membabitkan penjualan dokumen berjudul "Bagaimana membuat $1 juta di Internet" dan sepertinya. Hasilnya adalah hanya orang yang menyertai skim tersebut akan membelinya dan satu-satunya cara membuat duit adalah mendapatkan lebih ramai orang bawahan yang akan membayar dengan harga yang lebih dari nilai barangan. Jumlah tambahan ini digunakan bagi membiayai skim pyramid ini. Hasilnya, skim ini berakhir dengan membayar peserta baru melalui jualan barangan dengan harga yang tinggi dan bukannya melalui pembayaran yuran pendaftaran awal “peserta”.

Ciri-ciri utama skim piramid termasuk yang berikut (tidak menyeluruh):-

* Hebahan jualan yang bersemangat (kadang-kala termasuk prop dan/atau promosi).
* Tiada atau hanya sedikit maklumat mengenai syarikat kecuali sekiranya pelabur membeli barangan dan menjadi peserta.
* Janji yang kabur mengenai potensi pendapatan yang tiada had.
* Tiada keluaran, atau keluaran dijual pada harga yang melampau dari harga sebenar di pasaran. Sebagaimana syarikat induk, barangan digambarkan secara kabur.
* Aliran pendapatan yang bergantuung kepada komisen yang didapati melalui pendaftaran ahli baru atau melalui pembelian barangan untuk kegunaan ahli dan bukannya bagi penjualan kepada pelanggan yang bukan pelanggan kepada skim tersebut.
* Kecenderungan untuk hanya pelabur awal/peserta yang benar-benar mendapat keuntungan.
* Cuba menyakinkan bahawa tidak salah menyertai skim tersebut.

Perbezaan utama antara skim ini dan perniagaan ‘’Multi-level marketing – (MLM) yang sah adalah yang terkemudian memberikan pendapatan yang mencukupi hasil jualan barangan atau perkhidmatan berkait kepada pelanggan yang tidak menyertai skim tersebut. Sementara sesetengah perniagaan MLM itu turut menawarkan komisen dari pengambilan pelanggan baru, ini tidak penting bagi menjayakan operasi business tersebut oleh setiap ahli. Ketiadaan bayaran bagi mendapatkan ahli baru juga bukannya bererti sesebuah MLM bukannya pelindung bagi skim piramid. Ciri-ciri yang membezakan adalah saada wang bagi skim tersebut sebahagian besarnya dating dari peserta itu sendiri (skim piramid) atau dari jualan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan yang tidak menyertai skim tersebut (MLM yang sah).


KETEPUAN PASARAN
Lebih 90% dari peserta yang terbabit dalam skim pyramid tidak pernah mendapat balik pelaburan awal mereka.

Mereka yang di dasar pyramid, tidak kira bagaimana cetek atau dalam ia, akan sentiasa “kehilangan” wang mereka. Ia mudah bagi melihat bilangan di dasar piramid “sentiasa” melebihi jumlah kesemua aras atas, tidak kisah berapa banyak tingkat yang ada. Jika setiap tingkat perlu mendapatkan enam di bawah mereka, nisbah rugi kepada untung adalah hamper 5 kepada 1 - ~84% dari kesemua pelabur akan kehilangan pelaburan mereka. Secara reality Piramid ini tidak akan seimbang dengan sempurna dan sesetengah peserta mungkin mampu mendapatkan sebahagian jumlah peserta mereka, tetapi prinsip yang sama masih diguna-pakai.


MODEL "8 BOLA"
Kebanyakan skim pyramid lebih maju (‘’sophisticated’’) berbanding model mudah. Ini mengenali bahawa mendapatkan sejumlah besar peserta baru kedalam skim ini mungkin sukar dengan itu model yang kelihatan lebih mudah digunakan. Dalam model ini setiap orang perlu mendapatkan dua peserta yang lain, tetapi pencapaian mudah ini ditengelami dengan peningkatan tingkat yang diperlukan bagi mendapatkan wang turut meningkat. Skim ini memerlukan seseorang mendapatkan dua orang baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru, yang perlu mendapatkan dua peserta baru.
sumber : copy paste

AMbank SCAM Email

Fake Email Scams

Tips untuk kebahagiaan


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

67.layari website http://barangsarawak.biz banyak E-book berguna.

Untuk Kesihatan LADY's











  1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
  2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
  3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
  4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
  5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
  6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
  7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
  8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.
  10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.
  11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
  12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.
  13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)
  14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
  15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .
  16. Terlalu Degil (tambahan) - boleh merosakkan kelembutan perempuan. Bagi gadis-gadis yang merokok eloklah berhenti. kalau tak dapat berhenti pun. ingatlah orang-orang yang tersayang and orang baru yang akan lahir dari rahim tu. Bagi mengurangkan resiko gunalah penapis rokok (Zenith Holder klik sini untuk maklumat lanjut)

Status skim derma wang pos

Anda tentu pernah melihat atau mengetahui tentang skim ini (atau anda pernah join ker?… hehehe). Saya pun terima banyak jemputan @ promo skim ni. Seingat saya skim ini memang dah lama dah (6-7 tahun… atau mungkin lebih lagi!).

wangpossmall

Kalau mula-mula dulu ia diurus secara berantai sahaja… tetapi kini ada beberapa syarikat yang mengendalikan urusan skim wang pos ini. Sebenarnya skim ini ada banyak nama. Mungkin tujuannya untuk menarik perhatian penderma dan nampak lebih pro lagi. Antaranya skim jariah, kutu wang pos, kutu pintar, ta’awun, bantu membantu (ikhwan) dan lain-lain… saya pun dah tak ingat.

Laman web program sistem ini pun ada banyak. Antaranya ialah:

1- E-Jariah.net (tapi…laman web ini gagal dimasuki hari ini – sudah kena hack) tetapi yang ini pula boleh dibuka. Klik sini> http://www.e-jariah.net/rm50je (saya jumpa link ini dari iklan teks Berita Harian online).

2- KutuPintar.net, klik di sini > http://kutupintar.net/potensi2.html

(Pendedahan laman web di atas bukanlah untuk mengaibkan ya…, tetapi sebagai sumber rujukan/info kita bersama sahaja.)

Semalam, saya sempat singgah di blog Ustaz Zaharuddin. Beliau mengulas tentang skim ini. Terima kasih Ustaz…

Kini terjawablah segala kemusykilan. Nak tahu jawapannya silalah baca di bawah ini. Dah habis baca silalah sebarkan info ini demi menyedarkan rakan-rakan kita yang mungkin tidak mengetahui halal @ haramnya skim ini. Semoga itulah yang menjadi sedekah jariah kita yang sebenarnya. Amiiin…

SOALAN

Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima ‘di atas’ kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta’awun atau tolong menolong.

JAWAPAN

Setelah membaca penerangan saudara di atas. Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: –

· Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

· Pelabur

· Pengusaha

· Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

· Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

· Tiada jaminan modal selamat.

· Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.

Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.

Dalam kes yang dirujuk saudara, duit pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, ‘pelaburan’ atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula “profit sharing ratio” nya? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Menjual pusingan ahli yang menyertai dan sistem piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta’awun’ (kerjasama), sedeqah, tolong menolong dan sebagainya.

ELEMEN RIBA

Selain itu, proses ini juga mempunyai elemen riba di dalamnya, ini adalah kerana setiap pihak yang ‘menderma’ memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai yang lebih banyak dari apa yang diberinya.

Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidaklah boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar. Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah kepada daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab’ atau ‘hadiah bersyarat pulangan’ (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru’at’ kepada sifat jual beli iaitu ‘mu’awadah maliah’.

Apabila ia telah berubah menjadi sifat jual beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula. Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh, nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.

Dalam program derma wang pos ini, kebanyakannya tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang sedang berurusan dengannya dan banyak lagi. Hasil dari itu, konsep ta’awun atau banu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah dari sudut rukun jual beli dan juga jatuh dalam kategori riba.

ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL.

Selain dari tergolong dalam kategori riba atau syubhat riba, ia juga mempunyai elemen judi kerana peserta tidak pasti wang yang telah diderma akan mampu membawa pulangan wang yang lebih banyak atau tidak di kemudian hari, namun harapannya sentiasa berkobar untuk mendapat ‘derma’ yang lebih banyak. Tatkala itu, definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud di dalam permainan ini.

Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas r.a semasa menghuraikan ayat dari surah An-Nisa:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” ( An-Nisa : 29)

Beliau menafsirkan salah satu dari erti makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah

أخذ المال بغير عوض

“mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal” (Rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)

Selain itu, terdapat juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimana beliau berkata

“Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya” (Al-Jami’ fi Usul al-Riba)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata :

أن الربا يقتضي أخذ مال الإنسان من غير عوض، لأن من يبيع الدرهم بالدرهمين يحصل له زيادة درهم من غير عوض

Ertinya : Sesungguhnya riba ia beerti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbale kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan mengambil dua dirham, si penjual memperolehi tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah (Rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)

Maka inilah sifat program derma wang pos, yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal, pemberian yang setimpal. Program ini amat sama dengan tabiat Riba, iaitu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat.

Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma dari yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambahkan ketamakan dan menghilangkan pahala dari sesebuah derma? Bukankah itu sama sahaja dengan sifat riba?, sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan yang lebih darinya tanpa sebarang kerja yang setimpal dan tiada pula aset yang diniagakan.

Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama yang digunakan adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di dalam sistem. Daripada bentuk yang saudara berikan, ia jelas diharamkan oleh sebab, syubhat riba, elemen judi, gharar dan juga makan harta secara batil.

sumber:- zaharudin.net

Our Site : http://barangsarawak.biz (Sarawak Product Online Shoping)

Berwaspada dengan peluang biz di internet


Dalam keseluruhan, saya menerima lebih daripada 15 Internet skim peluang dan jualan tawaran istimewa setiap hari di dalam email saya. “Dapatkan bayaran dengan setiap bacaan email”, “Meraut keuntungan dengan melihat setiap pengiklanan”, “Pelaburan internet dengan risiko rendah, faedah lumayan”, dan banyak lagi yang saya tidak ingati.

Bayangkan kesemua pesanan email ini di hantar ke jutaan pengguna internet setiap hari dan jikalau hanya satu peratus membeli barangan tersebut, syarikat tersebut sudah mendapat jualan jutaan duit. Beberapa perkara yang berkaitan :-

Dapatkan bayaran untuk melayari

Anda perlu melayari ke laman web beberapa kali sehari atau memuat turun browser istimewa ke desktop mereka, membaca iklan atau melihat sepanduk yang dipaparkan. Syarikat laman web itu akan memberikan bayaran kepada pengiklan dan memberikan ganjaran bagi sesiapa yang memenuhkan kuota.

Kesilapan

Ia mengambil masa untuk memenuhkan kuota bagi melayakkan diri untuk skim pembayaran, jika anda pernah melaksanakannya. Ketika anda memdapat pembayaran, total amaun akan ditolak cas pentadbiran (di mana kadang-kadang mencecah 20 peratus daripada jumlah bayaran). Senario buruk ini akan menyebabkan laman web ditutup sebelum sebarang ahli mendapatkan bayaran.

Salah satu laman web terkenal yang mengiklankan “Dapat bayaran untuk melayari” ialah AllAdvantage.com. Malangnya, perniagaan itu digulingkan walaupun mempunyai jumlah pertumbuhan ahli yang pesat.

Bagaimanapun, jika anda berhasrat mencuba skim penjana wang ini, anda seharusnya memeriksa butiran seperti di bawah:-

* Berapa jumlah yang akan dibayar untuk membaca setiap email?

* Apakah tanggungjawab anda selain membaca email, contoh beberapa skim memerlukan anda menekan rangkai laman web selain email

* Boleh rakyat Malaysia menyertainya? Kebanyakan skim hanya untuk rakyat Amerika Syarikat sahaja.

* Apakah amaun minima bagi pembayaran?

* Berapa lama masa yang diambil untuk memperolehi bayaran? Ingat, anda akan dicaj utk melayari internet dan bil telefon untuk membaca email

* Bagaimana bayaran dibuat dan adakah ia dikenakan caj? Sekiranya bayaran dibuat melalui cek AS, maka bahagian signifikasi akan dikenakan caj oleh bank.

Jika anda menerima email seperti ini,

Kepada rakan yang budiman,
Anda boleh meraih banyak wang dalam penghantaran email beberapa bulan kemudian,

Jangan terjebak dengannya!

Pengubahan Wang Haram

Skim ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu, bermula dengan penerimaan surat dan faks, dan kini menjadi lebih berteknologi tinggi dengan pesanan email. Skim ini memberitahu anda bahawa pengirim ( kebanyakan dari sebuah negara di Benua Afrika) mempunyai sejumlah wang, mencari bantuan anda untuk membawa jumlah ke dalam akaun anda, dan sekiranya berjaya, anda akan ditawarkan x peratus daripada jumlah ini.

Inilah email yang saya terima baru-baru ini:

Kepada tuan,

Saya adalah KING JAKAS OFUOBI THE 111, saya berusia 87 tahun dari negara makine, REPUBLIK SIERRA-LEONE, kini saya terlantar sakit, mempunyai ‘stroke’

Saya adalah ketua penguasaha emas di negara ‘makine’, saya mempunyai beberapa wang hasil daripada jualan emas dan saya berminat melaburkannya di perniagaan hoetl atau membeli saham bank di negara anda.

Saya tahu bila sahaja surat ini sampai kepada anda, pasti saya tiada lagi.tolong lah, saya gembira sekiranya anda sudi berurusan dengan anak lelaki saya jika saya sudah mati, saya akan jadikan anda pengarah bersama bagi hotel tersebut dan membuat pengakuan kepada anda. Hanya perniagaan yang kami ketahui ialah perniagaan emas. Tolonglah sekiranya anda boleh membantu saya, sila hubungi saya melalui email jakaslaw@yahoo.fr atau princejakas@hotmail.com .TEL:00229-987160 FAKS:00229- 32 34 42. Saya telah mengarahkan syarikat keselamatan di mana saya menyimpan wang sekiranya saya tiada lagi.

Tolong, saya memerlukan pertolongan anda, kerana saya tahu anda saya tidak boleh mengendalikan ini, maka saya memerlukan anda untuk mengawasinya.

BERHARAP MENDENGAR BERITA DARIPADA ANDA KELAK.

SEKIAN

KING JAKAS OFUOBI THE 111

Bunyi nampak bagus. Daripada ribuan manusia yang tinggal di planet ini, saya dikenalpasti untuk peluang menarik ini untuk menjadi kaya.

Kesilapan

Banyak ahli perniagaan, dan golongan remaja yang terjebak dalam skim ini kerana tamak, dan selepas membuat transaksi, beberapa orang telah dibunuh selepas bertemu dengan pengirim, kehilangan sejumlah wang daripada akaun bank, atau pengenalan mereka dicuri untuk jenayah.

Pemasaran ML Online

Syarikat yang menjanjikan anda pulangan yang baik melalui skim piramid, dan skim mutilevel. Walaupun tanpa lesen yang sah daripada kerajaan, alasan yang diberikan kepada anda bagi internet, mereka tidak terikat kepada undang-undang tempatan. Ingat isu perdagangan kerajaan Malaysia iaitu Skim cepat kaya? Banyak yang terjerumus dalam skim ini. Skim ini tidak salah dengan program affiliate (di mana anda boleh menyertai secara percuma, dengan produk dan perkhidmatan sebenar). Periksa melalui latar belakang syarikat, adakah sesiapa telah benar-benar menerima bayaran cek?

Kesilapan

Jika ada sebarang yang silap, kepada siapakah anda akan menghantar aduan?

Disebabkan syarikat ini tidak didaftarkan di Malaysia, anda tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana penguatkuasa tempatan atau anda membuat aduan tentang orang yang memperkenalkan skim ini kepada anda, sekiranya dia hanyalah ahli biasa.

Hari ini, skim pemasaran ML online dipromosi secara tradisional, samada melalui perjumpaan peluang perniagaan, jualan fizikal. Secara idealnya, syarikat pemasaran multilevel ini beroperasi dengan produk dan perkhidmatan yang sah di mana ahli-ahlinya atau pengedarnya diberikan komisyen berdasarkan jualan. Ia tidak sepatutnya berdasarkan ahli perlu membayar sejumlah wang untuk menjadi sebahagian sistem itu dan kemudian merekrut yang lain untuk mendapatkan semula kapital asal mereka. Internet menyediakan peluang membuat banyak wang, jadi jangan biarkan skim ini menghalang anda daripada memulakan perniagaan internet yang akan menghasilkan pelbagai sumber pendapatan kepada anda.

sumber:- fionetan.com

Jualan yang terdapat dalam http://barangsarawak.biz adalah barang yang nyata dan terdapat individu yang mengawalnya dan boleh dihubungi melalui FB, HP dan email. Beliau mempunyai pengenalan diri dalam FB. Sebarang masalah dan aduan boleh terus berurusan dengan beliau. Semak butang "about us" untuk maklumat beliau.

Rokok tidak membahayakan kesihatan


Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: CISS...!!! BODOH PUNYA JIN ...!!!! BAGI ROKOK TAPI TAK BAGI MANCIS ...???!!!

Safety Lesson : 'Rokok Tidak akan berbahaya, tanpa ada mancis'.. hehehehe... jgn kuat sgt gelak tu....

Kisah tauladan Isteri Durhaka


Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

Diceduk dari Halaqah.net

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.