اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Si monyet dan Sang Kancil


Pada suatu masa dahulu Si Monyet dan Sang Kancil berjalan-jalan di sekitar hutan. Mereka melalui belukar dan ladang-ladang yang terdapat di sekitar hutan tersebut. Sepanjang perjalanan mereka, mereka langsung tidak terserempak dengan pemburu dan sang harimau. Alangkah bernasib baik mereka pada hari itu. Setelah sekian lama berjalan mereka berehat di suatu tempat. Mereka menikmati pemandangan di sekitar tersebut. Di hadapan mereka boleh melihat padang yang luas dan di belakang mereka pula ialah hutan belukar. Si Monyet tiba-tiba bertanya dengan Sang Kancil, "jika engkau terjumpa dengan pemburu, apa yang engkau lakukan?" tanya Si Monyet. Sang Kancil senyap sejenak dan kemudian menjawab "Kalau ikut pesan nenek aku, kalau terjumpa pemburu kita hendaklah terus lari dan terus berlari tanpa menoleh di belakang." jawab Sang Kancil sambil tersenyum dan memandang jauh ke padang yang luas. Si Monyet kemudian berkata "Kalau ikut pesan saudara mara aku, kalau kita terjumpa dengan pemburu. kita kena tengok, sama ada pemburu tersebut dari sebelah kanan, sebelah kiri, di hadapan atau di belakang. jika pemburu tersebut berada di hadapan kita maka kita harus berlari ke sebelah kirinya dan jika pemburu tersebut berada di belakang maka kita harus lari ke sebelah kanannya. Jika pemburu tersebut berada di sebelah kiri pula kita terus berlari ke sebelah belakangnya dan jika pemburu tersebut berada di sebelah kanan kita terus berlari ke belakangnya juga." beritahu Si Monyet dengan bangga menunjukkan dia seorang yang pemikir yang hebat. Sang Kancil hanya senyum mendengar penjelasan Si Monyet itu. "Bukankan kita dalam bahaya, mengapa perlu banyak berfikir kalau hendak selamatkan nyawa?. Sedangkan kita tahu bahawa jalan yang terbaik dan fakta yang betul ialah kita terus berlari dan hilang dari pandangan pemburu tersebut". kata Sang Kancil membangkang cara Si Monyet itu. Si Monyet tidak puas hati dengan kata-kata Sang Kancil dan kemudian dia berkata. "Kalau kita hendak lakukan sesuatu, kita perlu fikir panjang dan cari jalan yang terbaik dari yang baik supaya kita lebih selamat." kata Si Monyet. Sang Kancil kemudian menyambung. "Engkau sudah terlebih fikir wahai Si Monyet dan itulah dikatakan terlalu banyak teori berbanding tindakkan. Jika asyik membuat teori sahaja, bila pula kita boleh bertindak dan bukankan 1 tindakkan lebih baik dari 1000 teori." bidas Sang Kancil dengan bijak. Si Monyet kelihatan agak tidak puas hati dengan kata-kata Sang Kancil. Sang Kancil kemudian cuba memujuk Si Monyet. "Wahai Si Monyet, berfikir memanglah perlu. Kerana dengan berfikir kita boleh membuat keputusan yang terbaik. Tetapi, jika kita terlalu berfikir tanpa melakukan tindakkan, Bukankan itu membazir masa namanya." kata Sang Kancil. Mereka berdua senyap sejenak dan memandang jauh ke padang yang luas lagi menghijau. Angin pada ketika itu sepoi-sepoi menyebabkan rumput di padang tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan. TIBA-TIBA!! tanpa mereka sedari, mereka telah diperhatikan oleh seorang pemburu. KRAKKKK!! bunyi ranting kena pijak. Mereka menoleh ke belakang dan perasan terdapat seorang pemburu mengacukan senapang ke arah mereka. Sang Kancil terus berlari dan berlari tanpa menoleh ke belakang dan hilang dari pandangan pemburu manakala Si Monyet pula berlari ke kiri dan ke kanan sambil memikirkan ke mana arah yang patut dia lari dalam keadaan panik. Dalam keadaan panik tersebut Si Monyet masih mencari arah yang sesuai... BOMMMMMMMM!!!!! Sedas tembakkan dilepaskan oleh pemburu tersebut. Si Monyet tersebut rebah kebumi sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan setelah dia ditembak. SEKIAN......

Tauladan dari cerita tersebut ialah kita harus bertindak dengan cepat dan pantas tanpa terlalu banyak berfikir sehingga banyak peluang dan ruang yang boleh menguntungkan kita hilang begitu sahaja. Berfikir adalah perkara utama tetapi jika berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir dan jadinya tidak. Maka duduklah di sana berfikir sampai bila-bila tanpa perubahan kerana tiada tindakkan.

SIAPAKAH SI MONYET ITU??!!
Jangan marah ya.. Cerita tersebut hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati dan juga yang akan lahir serta yang telah meninggal dunia.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.