اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SI BUTA DAN SI JELAS NYATA


Di suatu tempat yang agak riuh rendah terdapat seorang tua dan anaknya yang berumur lebih kurang 25 tahun duduk di suatu sudut sambil menunggu keretapi. Mereka menunggu keretapi dengan penuh sabar. Anaknya asyik melihat gelagat manusia di sekitarnya. Selang beberapa minit kemudian, keretapi yang ditunggu kemudian sampai. Mereka kemudian menaiki keretapi tersebut dan duduk di sebelah kanan keretapi menghadap tingkap. Si anak duduk betul-betul di sebelah tingkap. Keretapi itu kemudian mula bergerak menuju ke destinasinya. Si anak yang berumur 25 tahun itu terus melihat pemandangan di luar keretapi. Dia dapat melihat gunung-ganang, awan, sungai dan sebagainya. Si anak kemudian meneriak "Ayah lihat pokok-pokok itu, ia meninggalkan keretapi." Si anak kegirangan. Si ayah pula senyum sahaja melihat gelagat anaknya. Di belakang tempat duduk si anak dan si ayah tadi terdapat sepasang suami isteri dari tadi melihat tingkah laku si anak. Mereka hairan dengan perangai si anak yang seolah-olah budak yang berumur 10 tahun. Kemudian si anak berkata lagi. "ayah tengok awan di atas sana, ia bergerak seiringan dengan kita." kata si anak dengan girang. Si ayah senyum sahaja dan gembira dengan gelagat anaknya. Sepasang suami isteri yang duduk di belakang tidak tahan dengan tingkah laku si anak itu dan berasa malu. Si suami kemudian berkata dengan si ayah. "Boleh tak, suruh anak awak duduk dengan tertib. Saya cadangkan anak awak di hantar ke rumah sakit mental." kata si suami dengan sinis. Si ayah tersenyum sahaja mendengar kata-kata si suami dan kemudian menjawab. "Saudara, kami baru sahaja balik dari hospital dan hari ini adalah kali pertama dalam hidup anak saya dapat melihat dunia kerana sebelum ini dia buta." Si ayah senyum sahaja dan tidak sedikitpun berkecil hati dengan kata-kata si suami.

Moral dari cerita ini ialah janganlah kita membuat kenyataan melulu sekiranya kita tidak tahu mengapa ia jadi begitu.


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

Reactions:

1 comments:

  1. Moral dari cerita ini ialah janganlah kita membuat kenyataan melulu sekiranya kita tidak tahu mengapa ia jadi begitu.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.