اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Ragam si pesimis


Setiap perniagaan memerlukan rangkaian kerana dengan ada rangkaian maka ia akan memudahkan kita untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Dengan rangkaian yang ada ia akan memudahkan kita untuk mencapai sasaran pasaran. Mana-mana perniagaan pasti ada halangan dan cabaran dari segi penerimaan produk dan perkhidmatan. Kita akan berjumpa dengan bermacam-macam ragam manusia. Ada yang Optimis dan juga Pesimis. Di dalam REDtone Mobile, anda akan berjumpa dengan beberapa ragam manusia yang mempunyai alasan yang tersendiri untuk mengatakan tidak malah membuat cerita yang bukan-bukan bagi mempengaruhi yang lain untuk berkata tidak. Apa yang saya hendak kongsikan di sini adalah setiap kali sebelum anda membuat sesuatu rumusan tentang sesuatu perkara hendaklah anda sertainya dengan fakta-fakta yang logik. Dalam mana-mana bidang perniagaan kebiasaannya anda akan mempunyai guru dan guru anda akan mengajar anda tentang perniagaan tersebut. Tetapi tahukah anda bahawa guru tersebut juga pernah belajar seperti anda dan dia berada di hadapan anda kerana dia lebih tahu dari anda dan dia juga tidak tahu banyak perkara berbanding semasa dia berdiri di hadapan anda, bagaimana dia tahu? pastinya dengan cara menuntut ilmu. Kebiasaannya seorang guru akan memberi ilmu asas sahaja. Contohnya apabila anda hendak membuka kedai makan dalan jurusan penyediaan makanan, anda akan di ajar di manakah tempat untuk membeli bahan mentah, bagaimana hendak membuat makanan, bagaimana hendak menjaga kualiti makanan dan sebagainya. Adakah anda akan di ajar cara untuk mengawal aliran tunai anda untuk berniaga? sudah tentu tidak! anda perlu mencari ilmu bagi mengawal aliran tunai anda. Apa yang saya maksudkan di sini ialah apabila anda menyertai mana-mana rangkaian perniagaan, syarikat tersebut akan cuba menyerap anda berkaitan dengan ilmu perniagaan mereka namun begitu, pasti ada lagi yang perlu kita ketahui dengan cara menuntut ilmu.

Lahirnya golongan pesimis ini kebiasaannya disebabkan oleh pengaruh golongan pesimis yang lain, tidak membuka minda mereka ke arah ruang linkup yang lebih luas, individu tersebut bergaul dengan individu yang tidak tahu langsung mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan tetapi telah membuat rumusan dalam bentuk ramalan dan pengalaman yang tiada disertakan ilmuan, Memandang rendah kebolehan diri sebelum mencuba, lebih banyak teori berbanding tindakkan, melihat dulu orang lain sebelum bertindak untuk diri sendiri dan berbagai lagi bagaimana golongan pesimis ini muncul.

Walaubagaimanapun, golongan ini harus ada dalam setiap perniagaan kerana ia adalah lumrah. kerana tuhan telahpun menciptakan pasangan bagi sifat manusia contohnya bodoh lawannya pandai, pesimis lawannya optimis, teori lawannya tindakkan, tidak lawannya ya dan sebagainya. Itulah yang saya sebut sebagai lumrah. Maka anda harus berdepan dengan golongan ini dengan menuntut ilmu kerana jika kita banyak ilmu maka ilmu tersebut akan menjaga kita dan jika kita banyak harta maka kita pula yang menjaga harta.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.