Peluang wujud apabila kita bertemu dengan orang yang sentiasa mahu berkongsi sesuatu dengan kita dan ia datang dengan bermacam-macam bentuk dan cara. Kadang-kadang kita tidak nampak sesuatu peluang apabila kita mempunyai pandangan sempit atau berfikir pada ruang skop yang sempit. contohnya, pandangan mengenai kos panggilan/sms mahal, simkad mahal dan banyak orang sudah guna telifon. Semua itu seolah-olah pasaran berkaitan komunikasi tidak ada dan tiada peluang untuk maju dalam bidang ini. Jika anda membuka ruang skop fikiran anda, sudah pasti anda akan berfikiran seperti berikut, kos panggilan/sms mahal bagi anda tetapi terdapat banyak individu lain di luar sana memandang kos panggilan/sms tersebut murah maka itu peluang pemasaran anda, simkad mahal tidak menjadi masalah kerana faedah yang diperolehi dari penggunaan sim tersebut lebih baik dari sim yang lain serta nilai wang bagi sim mahal tersebut, tidak semua orang akan bersangka begitu dan semua orang sudah mempunyai telifon bimbit maka makin mudahlah tugas pemasaran kerana kita hanya perlu kongsi mengenai faedah dan plan pemasaran, tidak perlu mengajar sasaran pasaran cara menggunakan telifon. Contoh lain individu yang mempunyai skop fikiran yang luas adalah mengenai memasarkan produk kasut di afrika sedangkan purata penduduk afrika tidak menggunakan kasut. Adakah itu masalah bagi anda? atau itu menunjukkan tiada pasaran produk kasut di afrika?, jika anda berfikiran bahawa itu merupakan masalah dan produk tersebut tiada pasaran di sana maka anda salah kerana sebenarnya memasarkan produk kasut di afrika adalah tindakkan yang tepat kerana pasaran di sana amat luas sekali. Dengan menggunakan kasut maka keselamatan kaki mereka lebih terjamin dan ini akan menarik minat mereka. Purata penduduk di sana akan membeli kasut. Pasaran di afrika masih segar bagi produk tersebut. Penduduk afrika menghadapai masalah ketika berjalan kerana keselamatan kakinya dan dengan masalah tersebut telah melahirkan peluang. Itulah yang saya maksudkan dengan membuka minda kita dengan lebih luas lagi bagi melihat peluang dan ruang pasaran dan jangan anda berfikiran sempit!!!
COMMUNITY BIZ COMBO
Bantuan pengiklanan dan banyak lagi
COWAY THE WATER SPECIALIST
Call or whatsapp 0128477709
NAK PAKAI? NAK JUAL?
KLIK DAN TEMPAH
LEBIH 260 SIARAN
Semua movie terkini di panggung wayang


0 comments:
Catat Ulasan