اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Menguntungkan Orang Atas?

Gambar Hiasan►►►

Sudah 52 tahun Malaysia Merdeka dan terdapat banyak pembangunan yang telah dikecapi oleh Malaysia. Bidang pendidikan dalam negara Malaysia amat membanggakan. Rakyat Malaysia kini boleh melakukan banyak perkara dan lebih berdikari berbanding sebelum Merdeka. Corak pemikiran juga sudah berubah mengikut arus permodenan. Namun terdapat juga segelintir individu yang berfikiran cetek mengenai MLM, Unilevel atau apa juga bidang perniagaan dan mengangap perniagaan tersebut menguntungkan orang atas. Apakah yang dimaksudkan oleh individu tersebut? apakah contoh-contoh menyokong kepada kenyataan tersebut amat tidak bagus? Adakah selama hidupnya tidak menguntungkan orang atas? atau adakah dia takut orang lain akan lebih maju dari dia? dan adakah dia tidak mahu melihat kesenangan orang lain?. Banyak lagi persoalan kepada kenyataan tersebut. Terdapat antara rakan niaga kita berjumpa dengan orang yang memberi alasan untuk tidak menyertai perniagaan seperti REDtone Mobile kerana perniagaan REDtone Mobile menguntungkan orang atas. Orang atas yang dimaksudkannya adalah orang yang memperkenalkan REDtone Mobile atau pihak pengurusan REDtone Mobile itu sendiri. Rata-rata rakan niaga kita amat kecewa dengan alasan tersebut dan bagi saya pula ia adalah lucu kerana sikap tersebut seolah-olah menghantuk kepala sendiri dengan kayu/besi/batu. Saya berpendapat sedemikian kerana arus permodenan yang berlaku di Malaysia telah membuka banyak kemudahan dan pekhidmatan. Setiap orang rakyat Malaysia tidak dapat lari dari membayar kemudahan dan perkhidmatan yang tersedapat di luar sana. Pada pendapat anda, adakah tindakkan membayar atas penggunaan tersebut akan menguntungkan orang atas? Bagi saya, ia memang menguntungkan orang atas. Contohnya, membayar kemudahan menggunakan jalur lebar yang telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia. Pembayaran yang dibuat adalah merupakan aliran keuntungan sesebuah syarikat. Bukankah itu juga menguntungkan orang atas? Jika anda berjumpa dengan individu seperti yang dimaksudkan yang takut menguntungkan orang atas bagi saya, lebih baik dia tinggal seorang diri sahaja atau duduk di hutan dan cari makanan sendiri dan makan seorang diri. Bagi saya rakyat Malaysia amat beruntung kerana kemudahan dan perkhidmatan mudah untuk diperolehi. Cuma.. bagaimanakah seseorang individu tersebut bijak memilih perkhidmatan yang disediakan. REDtone Mobile pada pendapat saya merupakan perkhidmatan yang adil iaitu kita sebut sebagai win win setuation atau sama-sama menang. Contohnya, jika anda menggunakan perkhidmatan operator lain, apakah pulangan atau keuntungan yang anda perolehi? sudah tentu sebagai pengguna atau penggunaan tersebut tidak menghasilkan apa-apa keuntungan. dan ianya menguntungkan orang atas tetapi dengan menggunakan REDtone Mobile anda akan mendapat keuntungan seperti yang diperolehi oleh orang atas dan bukankah ini kita sebut sebagai sama-sama untung berbanding hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Berapa banyak kita untung, ia bergantung kepada usaha kita. Seperti juga anda ,jika hendak membuka sesebuah kedai makanan atau minuman, sudah semestinya anda akan memerlukan stok bahan mentah dan anda perlu membelinya. Dengan membeli bahan mentah tersebut maka anda menyalurkan keuntungan kepada pembekal tersebut. Itu juga menguntungkan orang atas tetapi pada masa yang sama anda boleh membuat keuntungan dari hasil jualan bahan mentah tersebut yang telah diproses untuk dimakan. FIKIR DUA TIGA EMPAT LIMA dan berjuta-juta kali sekiranya anda memberi kenyataan bahawa dengan mengikuti perniagaan REDtone Mobile boleh menguntungkan orang atas kerana itu merupakan tindakkan yang melucukan.

Ini merupakan salah satu kesimpulan dari cerita guru-guru terdahulu dan saya berharap ia dapat membantu rakan niaga kita yang lain malah sesiapa sahaja supaya lebih memahami konsep kehidupan dan lebih matang mengikut arus permodenan Malaysia.

Terbakar kampung nampak di mata, Terbakar Hati Siapa yang Tahu.

SALAM SATU MALAYSIA
SAYA PAK TUNTUN MELAPORKAN UNTUK TV 12 iNCI
sekian...


Bagaimana Peluang wujud


Peluang wujud apabila kita bertemu dengan orang yang sentiasa mahu berkongsi sesuatu dengan kita dan ia datang dengan bermacam-macam bentuk dan cara. Kadang-kadang kita tidak nampak sesuatu peluang apabila kita mempunyai pandangan sempit atau berfikir pada ruang skop yang sempit. contohnya, pandangan mengenai kos panggilan/sms mahal, simkad mahal dan banyak orang sudah guna telifon. Semua itu seolah-olah pasaran berkaitan komunikasi tidak ada dan tiada peluang untuk maju dalam bidang ini. Jika anda membuka ruang skop fikiran anda, sudah pasti anda akan berfikiran seperti berikut, kos panggilan/sms mahal bagi anda tetapi terdapat banyak individu lain di luar sana memandang kos panggilan/sms tersebut murah maka itu peluang pemasaran anda, simkad mahal tidak menjadi masalah kerana faedah yang diperolehi dari penggunaan sim tersebut lebih baik dari sim yang lain serta nilai wang bagi sim mahal tersebut, tidak semua orang akan bersangka begitu dan semua orang sudah mempunyai telifon bimbit maka makin mudahlah tugas pemasaran kerana kita hanya perlu kongsi mengenai faedah dan plan pemasaran, tidak perlu mengajar sasaran pasaran cara menggunakan telifon. Contoh lain individu yang mempunyai skop fikiran yang luas adalah mengenai memasarkan produk kasut di afrika sedangkan purata penduduk afrika tidak menggunakan kasut. Adakah itu masalah bagi anda? atau itu menunjukkan tiada pasaran produk kasut di afrika?, jika anda berfikiran bahawa itu merupakan masalah dan produk tersebut tiada pasaran di sana maka anda salah kerana sebenarnya memasarkan produk kasut di afrika adalah tindakkan yang tepat kerana pasaran di sana amat luas sekali. Dengan menggunakan kasut maka keselamatan kaki mereka lebih terjamin dan ini akan menarik minat mereka. Purata penduduk di sana akan membeli kasut. Pasaran di afrika masih segar bagi produk tersebut. Penduduk afrika menghadapai masalah ketika berjalan kerana keselamatan kakinya dan dengan masalah tersebut telah melahirkan peluang. Itulah yang saya maksudkan dengan membuka minda kita dengan lebih luas lagi bagi melihat peluang dan ruang pasaran dan jangan anda berfikiran sempit!!!

SI BUTA DAN SI JELAS NYATA


Di suatu tempat yang agak riuh rendah terdapat seorang tua dan anaknya yang berumur lebih kurang 25 tahun duduk di suatu sudut sambil menunggu keretapi. Mereka menunggu keretapi dengan penuh sabar. Anaknya asyik melihat gelagat manusia di sekitarnya. Selang beberapa minit kemudian, keretapi yang ditunggu kemudian sampai. Mereka kemudian menaiki keretapi tersebut dan duduk di sebelah kanan keretapi menghadap tingkap. Si anak duduk betul-betul di sebelah tingkap. Keretapi itu kemudian mula bergerak menuju ke destinasinya. Si anak yang berumur 25 tahun itu terus melihat pemandangan di luar keretapi. Dia dapat melihat gunung-ganang, awan, sungai dan sebagainya. Si anak kemudian meneriak "Ayah lihat pokok-pokok itu, ia meninggalkan keretapi." Si anak kegirangan. Si ayah pula senyum sahaja melihat gelagat anaknya. Di belakang tempat duduk si anak dan si ayah tadi terdapat sepasang suami isteri dari tadi melihat tingkah laku si anak. Mereka hairan dengan perangai si anak yang seolah-olah budak yang berumur 10 tahun. Kemudian si anak berkata lagi. "ayah tengok awan di atas sana, ia bergerak seiringan dengan kita." kata si anak dengan girang. Si ayah senyum sahaja dan gembira dengan gelagat anaknya. Sepasang suami isteri yang duduk di belakang tidak tahan dengan tingkah laku si anak itu dan berasa malu. Si suami kemudian berkata dengan si ayah. "Boleh tak, suruh anak awak duduk dengan tertib. Saya cadangkan anak awak di hantar ke rumah sakit mental." kata si suami dengan sinis. Si ayah tersenyum sahaja mendengar kata-kata si suami dan kemudian menjawab. "Saudara, kami baru sahaja balik dari hospital dan hari ini adalah kali pertama dalam hidup anak saya dapat melihat dunia kerana sebelum ini dia buta." Si ayah senyum sahaja dan tidak sedikitpun berkecil hati dengan kata-kata si suami.

Moral dari cerita ini ialah janganlah kita membuat kenyataan melulu sekiranya kita tidak tahu mengapa ia jadi begitu.


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

Ragam si pesimis


Setiap perniagaan memerlukan rangkaian kerana dengan ada rangkaian maka ia akan memudahkan kita untuk memasarkan produk atau perkhidmatan. Dengan rangkaian yang ada ia akan memudahkan kita untuk mencapai sasaran pasaran. Mana-mana perniagaan pasti ada halangan dan cabaran dari segi penerimaan produk dan perkhidmatan. Kita akan berjumpa dengan bermacam-macam ragam manusia. Ada yang Optimis dan juga Pesimis. Di dalam REDtone Mobile, anda akan berjumpa dengan beberapa ragam manusia yang mempunyai alasan yang tersendiri untuk mengatakan tidak malah membuat cerita yang bukan-bukan bagi mempengaruhi yang lain untuk berkata tidak. Apa yang saya hendak kongsikan di sini adalah setiap kali sebelum anda membuat sesuatu rumusan tentang sesuatu perkara hendaklah anda sertainya dengan fakta-fakta yang logik. Dalam mana-mana bidang perniagaan kebiasaannya anda akan mempunyai guru dan guru anda akan mengajar anda tentang perniagaan tersebut. Tetapi tahukah anda bahawa guru tersebut juga pernah belajar seperti anda dan dia berada di hadapan anda kerana dia lebih tahu dari anda dan dia juga tidak tahu banyak perkara berbanding semasa dia berdiri di hadapan anda, bagaimana dia tahu? pastinya dengan cara menuntut ilmu. Kebiasaannya seorang guru akan memberi ilmu asas sahaja. Contohnya apabila anda hendak membuka kedai makan dalan jurusan penyediaan makanan, anda akan di ajar di manakah tempat untuk membeli bahan mentah, bagaimana hendak membuat makanan, bagaimana hendak menjaga kualiti makanan dan sebagainya. Adakah anda akan di ajar cara untuk mengawal aliran tunai anda untuk berniaga? sudah tentu tidak! anda perlu mencari ilmu bagi mengawal aliran tunai anda. Apa yang saya maksudkan di sini ialah apabila anda menyertai mana-mana rangkaian perniagaan, syarikat tersebut akan cuba menyerap anda berkaitan dengan ilmu perniagaan mereka namun begitu, pasti ada lagi yang perlu kita ketahui dengan cara menuntut ilmu.

Lahirnya golongan pesimis ini kebiasaannya disebabkan oleh pengaruh golongan pesimis yang lain, tidak membuka minda mereka ke arah ruang linkup yang lebih luas, individu tersebut bergaul dengan individu yang tidak tahu langsung mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan tetapi telah membuat rumusan dalam bentuk ramalan dan pengalaman yang tiada disertakan ilmuan, Memandang rendah kebolehan diri sebelum mencuba, lebih banyak teori berbanding tindakkan, melihat dulu orang lain sebelum bertindak untuk diri sendiri dan berbagai lagi bagaimana golongan pesimis ini muncul.

Walaubagaimanapun, golongan ini harus ada dalam setiap perniagaan kerana ia adalah lumrah. kerana tuhan telahpun menciptakan pasangan bagi sifat manusia contohnya bodoh lawannya pandai, pesimis lawannya optimis, teori lawannya tindakkan, tidak lawannya ya dan sebagainya. Itulah yang saya sebut sebagai lumrah. Maka anda harus berdepan dengan golongan ini dengan menuntut ilmu kerana jika kita banyak ilmu maka ilmu tersebut akan menjaga kita dan jika kita banyak harta maka kita pula yang menjaga harta.

Si monyet dan Sang Kancil


Pada suatu masa dahulu Si Monyet dan Sang Kancil berjalan-jalan di sekitar hutan. Mereka melalui belukar dan ladang-ladang yang terdapat di sekitar hutan tersebut. Sepanjang perjalanan mereka, mereka langsung tidak terserempak dengan pemburu dan sang harimau. Alangkah bernasib baik mereka pada hari itu. Setelah sekian lama berjalan mereka berehat di suatu tempat. Mereka menikmati pemandangan di sekitar tersebut. Di hadapan mereka boleh melihat padang yang luas dan di belakang mereka pula ialah hutan belukar. Si Monyet tiba-tiba bertanya dengan Sang Kancil, "jika engkau terjumpa dengan pemburu, apa yang engkau lakukan?" tanya Si Monyet. Sang Kancil senyap sejenak dan kemudian menjawab "Kalau ikut pesan nenek aku, kalau terjumpa pemburu kita hendaklah terus lari dan terus berlari tanpa menoleh di belakang." jawab Sang Kancil sambil tersenyum dan memandang jauh ke padang yang luas. Si Monyet kemudian berkata "Kalau ikut pesan saudara mara aku, kalau kita terjumpa dengan pemburu. kita kena tengok, sama ada pemburu tersebut dari sebelah kanan, sebelah kiri, di hadapan atau di belakang. jika pemburu tersebut berada di hadapan kita maka kita harus berlari ke sebelah kirinya dan jika pemburu tersebut berada di belakang maka kita harus lari ke sebelah kanannya. Jika pemburu tersebut berada di sebelah kiri pula kita terus berlari ke sebelah belakangnya dan jika pemburu tersebut berada di sebelah kanan kita terus berlari ke belakangnya juga." beritahu Si Monyet dengan bangga menunjukkan dia seorang yang pemikir yang hebat. Sang Kancil hanya senyum mendengar penjelasan Si Monyet itu. "Bukankan kita dalam bahaya, mengapa perlu banyak berfikir kalau hendak selamatkan nyawa?. Sedangkan kita tahu bahawa jalan yang terbaik dan fakta yang betul ialah kita terus berlari dan hilang dari pandangan pemburu tersebut". kata Sang Kancil membangkang cara Si Monyet itu. Si Monyet tidak puas hati dengan kata-kata Sang Kancil dan kemudian dia berkata. "Kalau kita hendak lakukan sesuatu, kita perlu fikir panjang dan cari jalan yang terbaik dari yang baik supaya kita lebih selamat." kata Si Monyet. Sang Kancil kemudian menyambung. "Engkau sudah terlebih fikir wahai Si Monyet dan itulah dikatakan terlalu banyak teori berbanding tindakkan. Jika asyik membuat teori sahaja, bila pula kita boleh bertindak dan bukankan 1 tindakkan lebih baik dari 1000 teori." bidas Sang Kancil dengan bijak. Si Monyet kelihatan agak tidak puas hati dengan kata-kata Sang Kancil. Sang Kancil kemudian cuba memujuk Si Monyet. "Wahai Si Monyet, berfikir memanglah perlu. Kerana dengan berfikir kita boleh membuat keputusan yang terbaik. Tetapi, jika kita terlalu berfikir tanpa melakukan tindakkan, Bukankan itu membazir masa namanya." kata Sang Kancil. Mereka berdua senyap sejenak dan memandang jauh ke padang yang luas lagi menghijau. Angin pada ketika itu sepoi-sepoi menyebabkan rumput di padang tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan. TIBA-TIBA!! tanpa mereka sedari, mereka telah diperhatikan oleh seorang pemburu. KRAKKKK!! bunyi ranting kena pijak. Mereka menoleh ke belakang dan perasan terdapat seorang pemburu mengacukan senapang ke arah mereka. Sang Kancil terus berlari dan berlari tanpa menoleh ke belakang dan hilang dari pandangan pemburu manakala Si Monyet pula berlari ke kiri dan ke kanan sambil memikirkan ke mana arah yang patut dia lari dalam keadaan panik. Dalam keadaan panik tersebut Si Monyet masih mencari arah yang sesuai... BOMMMMMMMM!!!!! Sedas tembakkan dilepaskan oleh pemburu tersebut. Si Monyet tersebut rebah kebumi sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan setelah dia ditembak. SEKIAN......

Tauladan dari cerita tersebut ialah kita harus bertindak dengan cepat dan pantas tanpa terlalu banyak berfikir sehingga banyak peluang dan ruang yang boleh menguntungkan kita hilang begitu sahaja. Berfikir adalah perkara utama tetapi jika berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir dan terus berfikir dan jadinya tidak. Maka duduklah di sana berfikir sampai bila-bila tanpa perubahan kerana tiada tindakkan.

SIAPAKAH SI MONYET ITU??!!
Jangan marah ya.. Cerita tersebut hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati dan juga yang akan lahir serta yang telah meninggal dunia.

Episod komisen


Perjalanan komisen bagi pengguna REDtone Mobile yang serius membawa rakan-rakan baru untuk menggunakan REDtone Mobile adalah seperti berikut. Setiap kali anda membawa pengguna REDtone Mobile maka anda akan menerima pertama sekali komisen penajaan atau Introducer commission. Komisen tersebut bernilai RM7.00 bagi setiap penajaan. Setelah menerima komisen penajaan, seterusnya apabila borang pendaftaran diproses dan pengguna yang anda taja dapat menggunakan perkhidmatan REDtone Mobile maka anda akan terus menerima komisen penggunaan 4% atau 6% atau 10% bergantung di mana anda meletakkan orang yang anda taja. Kalau level 1 anda akan menerima 4%, level 2 6% dan level 3 10%. Komisen yang anda terima seterusnya dikira dengan formula berikut, ( (RM80 - 5%) x 4%) jika anda meletakkan orang yang anda taja pada level pertama. Pada pendapat saya setiap orang yang anda taja harus diletakkan pada level 1 anda kerana teknik ini adalah sihat. Mengapa? kita bincangkan kemudian....

Bukti komisen

e

Sudah hampir 2 bulan Brother hanif menggunakan REDtone Mobile serta mempelawa orang lain untuk menggunakannya juga dan sekarang sukur kepada tuhan kerana beliau telahpun memcapai level di mana beliau di ketegorikan sebagai telah menggunakan REDtone Mobile secara percuma dan menerima pendapatan sampingan beliau. Inilah yang dikatakan penjimatan dan pendapatan. Ini juga adalah bukti platfom yang dijanjikan oleh pihak pengurusan REDtone Mobile. Mungkin ada di kalangan anda di luar sana mengangap nilai yang diterima beliau sedikit tapi bagi saya ia amat membantu dan meringankan tanggungan beliau dari segi aliran tunai keluar. Aliran tunai masuk beliau untuk REDtone Mobile pada bulan Februari adalah sebanyak RM180.37 di mana RM40.00 secara automatik akan masuk ke kredit beliau dan RM140.37 akan masuk ke akaun bank beliau. Apabila ditanya, apakah yang boleh dilakukan dengan RM140.37 tersebut?. Beliau menjawab tunai tersebut akan digunakan untuk membayar motosikal beliau dan beliau tidak perlu risau untuk memikirkan budjet membayar motosikal pada bulan Februari ini. Bukankan itu membantu belanjawan beliau. Plan pemasaran REDtone Mobile mempunyai jualan ulangan atau biasa kita sebut sebagai repeat sales. Nilai aliran tunai beliau akan kekal dan akan bertambah sekiranya beliau seterus mempelawa orang lain menggunakan REDtone Mobile. Anda bagaimana? Biar anda yang tentukan? keputusan akhir adalah di tangan anda.... (gambarajah di atas adalah bukti komisen yang diterima oleh Brother Hanif)

Kepada Anti MLM & Unilevel


MLM atau Multilevel Marketing dan Unilevel Marketing merupakan perniagaan alaf baru dengan sistem perniagaan secara berjemaah. Terdapat beberapa golongan yang terus menolak malah ada yang menyatakan bahawa perniagaan seperti ini merugikan. Pada pendapat saya, setiap perniagaan yang halal yang telah di sahkan oleh kerajaan Malaysia merupakan perniagaan yang boleh menguntungkan dan memberi kebaikan kepada rakyatnya. Bidang MLM atau unilevel ini salah satu daripadanya. Setiap individu diberi peluang untuk membuat perniagaan dalam bidang MLM dan unilevel dengan tidak mengira umur, pangkat, darjat dan statusnya di bank negara. Terdapat banyak MLM dan unilevel yang terdapat di Malaysia dan setiap individu harus pandai memilih perniagaan ini mengikut kesesuaian yang tedapat dalam ciri-ciri perniagaan ini. Saya sendiri menghormati apa juga jenis MLM dan Unilevel yang terdapat di malaysia kerana setiap jenis perniagaan tersebut boleh menjana pendapatan dengan plan pemasaran yang disediakan oleh syarikat. Kita sebenarnya telah terlibat dalam MLM dan Unilevel sejak azali lagi malah sejak zaman masihi lagi. Saya berkata demikian kerana setiap MLM dan Unilevel pada asasnya memberi keuntungan dengan cara Overwriding atau keuntungan melalui tajaan. Setiap hari kita akan berselerak di muka bumi tuhan dan terus menabur bakti serta menyampaikan kebaikan dan keburukkan kepada orang lain. Jika kita menyampaikan kebaikan kepada orang lain dan orang tersebut menyampaikan kebaikan kepada orang lain lagi dan seterusnya, maka pahala atau ganjaran daripada kebaikan tersebut akan diterima oleh kita juga. Begitu juga dengan keburukkan. Bukankan itu disebut sebagai Overwrding dosa dan pahala. Malah sehingga mati sekali pun kita masih menerima pahala atau ganjaran hasil dari kebaikan kita. Apabila seseorang anak adam meninggal dunia maka ia akan meninggalkan 3 perkara iaitu anak yang soleh, ilmu yang di amal dan sedekahnya. Kebanyakkan kerugian yang di alami oleh individu yang berkecimpung dalam bidang MLM dan Unilevel ini dalam sesuatu masa disebabkan oleh pengurusan dan kesesuaian perniagaan yang dipilihnya. Sikap saling hormat menghormati orang lain amat penting dalam mana juga perniagaan kerana ia memberi menafaat kepada kita. Sikap sombong, bongkak dan takabur boleh di lebelkan sebagai mementingkan diri sendiri malah ia dibenci oleh setiap orang. REDtone Mobile seperti yang katakan sebelum ini merupakan operator terbaru di Malaysia dan ia memasarkan produknya dengan teknik Unilevel. Setiap orang di luar sana yang menjalankan apa juga peniagaan yang terdapat di Malaysia disarankan untuk menggunakan REDtone Mobile kerana ia membantu perniagaan anda dari segi penjimatan, pendapatan dan simpanan.

REDtone Mobile di 7eleven

Tahniah REDtone Mobile!! sekali lagi REDtone Mobile mengorak langkah bagi memenuhi keperluan penggunanya dengan membuka banyak lagi cawangan tambah nilai untuk pengguna REDtone Mobile. Saya bersama rakan saya telah membuat intipan ke hampir ke semua cawangan 7eleven kawasan Kuching dan hasilnya kami telah berjaya mendapatkan pelanggan baru REDtone Mobile dan mengetahui lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan MOLePoints. Di bawah ini adalah salah satu contoh MOLePoints yang digunakan untuk menambah nilai REDtone Mobile anda:

Jika anda pergi ke 7eleven, anda hanya perlu membeli MOLePoints dan bukan MOL REDtone Mobile. Jika anda datang ke 7eleven dan membeli atau bertanya tambah nilai REDtone Mobile, saya pasti juruwang mereka akan berkata REDtone Mobile tidak dijual di sini. Ini kerana mereka sendiri tidak tahu bahawa REDtone Mobile anda boleh ditambah nilai dengan menggunanya MOLePoints. MOLePoints yang tedapat di 7eleven mempunyai nilai RM10, RM20, RM30, RM40, RM50, RM60, RM70, RM80, RM90 dan RM100. Cara atau aturcara sms bagi tambah nilai menggunakan MOLePoints adalah berbeza dengan tambah nilai REDtone Mobile biasa (Voucher dan E-pay). Aturcara SMS untuk MOLePoints adalah seperti berikut:

pergi ke masej dan taip:

900[jarak]Serial No[jarak]Pin[jarak]Redtone Mobile No

dan hantar ke 0192769433


Contoh :
(sila rujuk imej di atas berkaitan dengan Serial No dan Pin)

900 0003091838 49706637991807 013xxxxxxx

dan hantar ke 0192769433.

MAKLUM BALAS MESEJ SETELAH TRANSAKSI DIBUAT SEPERTI BERIKUT:
CONTOH

REDtone: Pin payment MOL RM1o successful made to +6013xxxxxxx by +6013xxxxxxx. Stored value:RMxx.xx

Mudah bukan??!! untuk maklumat lanjut.. sila add FB saya.. TQ...
100% support for my groups

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
KEPADA RAKAN-RAKAN YANG BERBANGSA CINA

UCAPAN DARI KUMPULAN KAMI

SALAM 1 MALAYSIA



REDtone Mobile Reload/topup


Di sini ialah contoh Kad tambah nilai REDtone Mobile yang boleh anda dapati dari cawangan-cawangan yang dilantik. Sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang dari pengedar kad tambah nilai ini, sila hubungi saya di 0137778481. Syarat-syarat untuk menjadi pengedar ialah menjadi pengguna REDtone Mobile.




Manakala di bawah ini ialah contoh tambah nilai untuk e-pay. Banyak pengguna REDtone Mobile keliru di manakah letaknya pin untuk membuat tambah nilai. Pada mulanya saya sendiri pun tercari-cari pin tersebut. Pin tersebut di hi-light atau dilabelkan hitam dan diletakkan di atas sekali.


Kepada pelanggan REDtone Mobile, ingat bahawa kad tambah nilai REDtone Mobile hanya diperolehi dalam nilai RM20 dan RM40 sahaja buat masa ini dan pada masa yang sama REDtone Mobile sedang menguruskan untuk mengeluarkan kad tambah nilai REDtone Mobile RM10. Berhati-hati membeli kad tambah nilai tersebut kerana REDtone mempunyai banyak produk seperti REDtone Plus, REDtone IDD dan sebagainya..

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.