اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

Majlis perkongsian ilmu


Perbincangan kumpulan dibuat jika keadaan memerlukan dan waktu-waktu yang bersesuaian. Perbincangan kali ini telah dibuat pada 21 Januari 2010 di Pak Amit Cafe di Petra Jaya jalan Astana. Perbincangan ini lebih kepada perkongsian pengalaman, memberi cadangan mengenai operator REDtone Mobile dan Mengeratkan silaturahim. Perbincangan Kumpulan ini telah saya aturkan dan menjemput ketua kumpulan Sarawak REDtone Mobile iaitu MR Leng. Pada masa ini MR Leng telah memberi beberapa tip-tip penting bagi menjayakan perniagaan ini. Antara tip-tip yang dia berikan ialah mengenai tabung-tabung simpanan yang terdapat dalam REDtone Mobile dan bagaimana REDtone Mobile boleh mengurangkan belanjawan dan tanggungan anda dari bulan ke bulan. Beliau juga menceritakan bagaimana perniagaan ini mudah dan berkesan. Apa yang penting di sini REDtone Mobile telah menyediakan platfom untuk penggunanya bagi berjimat (terpulang kepada anda berapa banyak anda nak jimat), mengurangkan tanggungan (Terpulang kepada anda berapa banyak anda hendak mengurangkannya) dan Menambah asset kehidupan (Terpulang kepada anda berapa banyak anda nak buat aset). Selain itu, beliau juga berkongsi mengenai bagaimana tindakkan seterusnya yang harus dibuat setelah ketiga-tiga perkara tersebut dicapai. Tindakkan yang dimaksudkan adalah dengan membuat pasaran dalaman iaitu dengan menjual Kad Tambah Nilai kepada pengguna-pengguna yang setia menggunakan operator REDtone Mobile. Perkongsian tidak sampai di situ sahaja. Rakan kongsi saya yang berada dalam majlis tersebut tidak melepaskan peluang untuk duduk lebih dekat dengan beliau bagi mendengar lebih lanjut bagaimana perniagaan ini boleh mencapai sasarannya. Rata-rata rakan kongsi saya yang berada di dalam majlis tersebut teruja dan memberi kenyataan bahawa sistem atau platfom yang dibuat oleh REDtone Mobile amat mudah dan ringkas. Pengisian lain yang dibuat dalam majlis tersebut ialah, saya telah mengedarkan buku plan pemasaran REDtone Mobile, Cara penggunaan REDtone Mobile dan risalah kecil yang berbentuk telifon. Berita gembira pada malam tersebut ialah, bermula pada hari itu setiap keahlian baru akan menerima barang permulaan (Starter Kit) yang saya sediakan meliputi barang-barang seperti yang saya edarkan manakala yang sudah menjadi ahli pula yang tidak menerima barang-barang tersebut saya tidak lupakan dengan mengedarkannya kemudian kepada ketua rakan kongsi saya. Apa yang saya harapkan pada majlis tersebut ialah semoga rakan kongsi saya yang lain mengecapi sasaran mereka dan saya akan cuba memenuhi keperluan yang diperlukan dalam perniagaan ini. Berita gembira lain yang di selitkan dalam majlis tersebut adalah mengenai auto tambah nilai ke REDtone Mobile dan memastikan jaminan komisen sentiasa ada dengan mengisi borang Kad Kredit. Apabila pengguna REDtone Mobile mengisi borang Kad Kredit bagi isian secara automatik ke dalam Store Value (SV) REDtone Mobile maka pihak pengurusan akan memberi isian lebih sebanyak RM1.30. Ini adalah berita gembira buat pengguna REDtone Mobile. Segala perkongsian pada majlis tersebut telah dibuat dan rancangan rakan kongsi saya bagi masa hadapan ialah menambah lagi keahlian selain mewujudkan lebih banyak tempat isian semula REDtone Mobile dan saya pastinya akan membantu rakan kongsi saya 100%.

Reactions:

0 comments:

Catat Ulasan

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.