COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2011

Kita akan mengucapkan selamat tinggal pada Tahun 2010 dan seterusnya melangkah masuk tahun 2011. Kenangan pahit dan manis pada tahun 2010 jadikanlah pelajaran dan bukan penghalang untuk anda mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Kita akan terus belajar selagi nyawa di kandung badan.

Penyesalan yang tak sudah-sudah dengan apa yang berlaku akan mengakibatkan akan berada di level yang sama dalam kehidupan anda dan lalai dengan kejayaan dikecapi boleh menyebabkan anda jatuh tanpa anda sedari. Maka dengan itu bersikap sederhanalah kerana dengan bersikap demikan anda tidak akan berasa kecewa jika terluka dan lupa diri ketika bahagia.

Bekalkan beberapa soalan untuk menempuh tahun baru 2011.
1. Apakah kesilapan tahun 2010?
2. Bagaimanakah cara untuk mengatasinya?
3. Apakah kelemahan aku yang harus aku perbaiki?
4. Adakah aku bersedia menghadapi 2011?
5. Apakah plan rancangan aku untuk mencapai cita2 ku?
6. Apakah bekalan yang aku perolehi pada tahun 2010?
7. Apakah percapaian aku pada tahun 2010?

sekian,

Sahabat anda
360 Degree Friends
Khall

brought to you by : http://beloya2u.com

RESEPI MEMBUAT KECERI NENAS

Teknik memasak ini amat mudah sekali sehingga sesiapa sahaja pun boleh memasak. Anda yang tidak pandai memasak pun mampu memasak. Bagaimana ini boleh berlaku. Saya akan beritahu anda dengan menggunakan formula yang mudah dan senang.

Kepada sesiapa yang mempunyai kedai makan di luar sana yang ingin membuat cawangan lain ataupun francais, anda mampu melakukannya dengan formula yang saya akan beritahu nanti. Sekalipun anda membuat cawangan lain tetapi masakan anda tidak akan jauh beza rasanya. Seperti yang anda ketahui, lain-lain tukang masak mempunyai perbezaan rasa untuk setiap masakan.Berbalik kepada cerita asal kita. Resipi membuat keceri Nenas. Cara-caranya ialah:

  1. Masukkan sepaket (200 gm) perencah Kari Liza's ke dalam periuk.
  2. Masukkan air santan kelapa dari perahan 350 gm kelapa perut atau 1/2 pake (30 gm) serbuk santan segera dan 800 ml air (anggaran 4 sukatan air dengan menggunakan bekas perencah itu sendiri).
  3. Masukkan sebiji nenas yang sudah di potong mengikut kesukaan sendiri.
  4. Masukkan 4 sudu meja gula.
  5. Masakkan secukupnya.

Harga 200gm perencah kari Liza's RM3.00.

berat : 200 gm
Tinggi : 9cm


.

KELOMPOK MANUSIA MODEN MAKAN MANUSIA (KANIBAL)

BERLIN: Sebuah restoran baru memeranjatkan bakal pengunjung apabila melancarkan iklan meminta sumbangan anggota tubuh manusia dan membayangkan ia akan termasuk dalam menunya. “Penderma dikehendaki. Jadi ahli hari ini,” menurut pengumuman dalam laman web Filme, sebuah restoran yang dijadual dibuka di Berlin, lapor akhbar Der Spiegel.

Menunya menyenaraikan pelbagai masakan yang didakwa berasal daripada tabiat makan kaum Waririca, penduduk di Amazon yang terkenal kerana memakan daging manusia.

Ia meminta bakal penderma mengisi borang dan menyenaraikan secara terperinci kesihatan dan tabiat senaman mereka sebelum menambah: “Selepas pemeriksaan perubatan, anda boleh memutuskan bahagian mana yang ingin anda derma!” Lokasi dan butiran terperinci Filme, yang juga mengiklankan jawatan untuk seorang ‘pakar bedah yang berfikiran terbuka,’ tidak didedahkan. Laman web itu menjelaskan: “Kami menganggap menjamu selera sebagai sebahagian daripada perbuatan spiritual di mana roh dan kekuatan manusia yang dimakan itu diberikan kepada tetamu.” Bagaimanapun, sebahagian besar penduduk Jerman percaya ia iklan palsu atau langkah untuk menarik perhatian. “Saya yakin ia hanya jenaka,” kata Naib Pengerusi Parti Kristian Demokrat Berlin, Michael Braun.

“Tetapi ia amat meloyakan lebih-lebih lagi seorang penduduk Berlin pernah dibunuh dan kemudian dimakan seorang lelaki, juga penduduk bandar raya itu, tidak lama dulu,” katanya.

Braun dipercayai merujuk kepada Armin Meiwes yang dihukum penjara seumur hidup pada 2006 selepas memakan daging Bern Jurgen Brandes yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi mangsanya. - Agensi

WANITA BERBOGEL NAIK BAS



SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.

Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.

Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi

JANGAN AMALKAN PETUA INI

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi





.

Upcoming Movies for 2011


Transformers: Dark Of The Moon

Synopsis: "Transformers 3" features Sam Witwicky (LaBeouf) taking his first tenuous steps into adulthood while remaining a reluctant human ally of Optimus Prime. The film centers around the space race between the U.S.S.R. and the USA, suggesting there was a hidden Transformers role in it all that remains one of the planet's most dangerous secrets. The villain of the third film will be Shockwave.


Thor

Synopsis: The powerful but arrogant warrior Thor is cast out of the fantastic realm of Asgard and sent to live amongst humans on Earth, where he soon becomes one of their finest defenders.




X-Men: First Class

Synopsis: Before Charles Xavier and Erik Lensherr took the names Professor X and Magneto, they were two young men discovering their powers for the first time. Before they were archenemies, they were closest of friends, working together, with other Mutants (some familiar, some new), to stop the greatest threat the world has ever known. In the process, a rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-MEN.


Green Lantern

Synopsis: A test pilot is granted a mystical green ring that bestows him with otherworldly powers, as well as membership into an intergalactic squadron tasked with keeping peace within the universe.





Pirates Of The Carribean: On Stranger Tides

Synopsis: When Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) crosses paths with a woman from his past (Penelope Cruz) he's not sure if it's love—or if she's a ruthless con artist who’s using him to find the Fountain of Youth. When she forces him aboard the ship of the formidable pirate Blackbeard (Ian McShane), Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn’t know who to fear more: Blackbeard or the woman from his past.

Starring: Johnny Depp, Geoffrey Rush, Penelope Cruz, Ian McShane, Stephen Graham, Astrid Bergès-Frisbey

South Korea schools get robot English teachers



SEOUL (AFP) – Almost 30 robots have started teaching English to youngsters in a South Korean city, education officials said Tuesday, in a pilot project designed to nurture the nascent robot industry.

Engkey, a white, egg-shaped robot developed by the Korea Institute of Science of Technology (KIST), began taking classes Monday at 21 elementary schools in the southeastern city of Daegu.

The 29 robots, about one metre (3.3 feet) high with a TV display panel for a face, wheeled around the classroom while speaking to the students, reading books to them and dancing to music by moving their head and arms.

The robots, which display an avatar face of a Caucasian woman, are controlled remotely by teachers of English in the Philippines -- who can see and hear the children via a remote control system.

Cameras detect the Filipino teachers' facial expressions and instantly reflect them on the avatar's face, said Sagong Seong-Dae, a senior scientist at KIST.

"Well-educated, experienced Filipino teachers are far cheaper than their counterparts elsewhere, including South Korea," he told AFP.

Apart from reading books, the robots use pre-programmed software to sing songs and play alphabet games with the children.

"The kids seemed to love it since the robots look, well, cute and interesting. But some adults also expressed interest, saying they may feel less nervous talking to robots than a real person," said Kim Mi-Young, an official at Daegu city education office.

Kim said some may be sent to remote rural areas of South Korea shunned by foreign English teachers.

She said the robots are still being tested. But officials might consider hiring them full time if scientists upgrade them and make them easier to handle and more affordable.

"Having robots in the classroom makes the students more active in participating, especially shy ones afraid of speaking out to human teachers," Kim said.

She stressed the experiment was not about replacing human teachers with robots. "We are helping upgrade a key, strategic industry and all the while giving children more interest in what they learn."

The four-month pilot programme was sponsored by the government, which invested 1.58 billion won (1.37 million dollars).

Scientists have held pilot programmes in schools since 2009 to develop robots to teach English, maths, science and other subjects at different levels with a desired price tag of five to eight million won.

Sagong stressed that the robots, which currently cost 10 million won each, largely back up human teachers but would eventually have a bigger role.

The machines can be an efficient tool to hone language skills for many people who feel nervous about conversing with flesh-and-blood foreigners, he said.

"Plus, they won't complain about health insurance, sick leave and severance package, or leave in three months for a better-paying job in Japan... all you need is a repair and upgrade every once in a while."



picked from Yahoo! News
original author by Jung Ha-Won


KAKI PANCING MENANGIS KERANA LENYEK BAYI



KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.


Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

“Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

“Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

“Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri,” katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot mengesahkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan.

“Kami meminta bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

“Setakat ini, siasatan masih berjalan dan tiada tangkapan dibuat. Keterangan Lim juga sudah diambil dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. -hmetro-

TIDUR DIJUMPA IBU SETELAH MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya. -hmetro-

RESEPI MEMBUAT KARI AYAM

Teknik memasak ini amat mudah sekali sehingga sesiapa sahaja pun boleh memasak. Anda yang tidak pandai memasak pun mampu memasak. Bagaimana ini boleh berlaku. Saya akan beritahu anda dengan menggunakan formula yang mudah dan senang.

Kepada sesiapa yang mempunyai kedai makan di luar sana yang ingin membuat cawangan lain ataupun francais, anda mampu melakukannya dengan formula yang saya akan beritahu nanti. Sekalipun anda membuat cawangan lain tetapi masakan anda tidak akan jauh beza rasanya. Seperti yang anda ketahui, lain-lain tukang masak mempunyai perbezaan rasa untuk setiap masakan.Berbalik kepada cerita asal kita. Resipi membuat kari ayam. Cara-caranya ialah:

  1. Masukkan sepaket (200 gm) perencah KARI LIZA's ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1/2 kg ayam* dan kacau.
  3. Masukkan air santan kelapa (dari perahan 500 gm kelapa parut atau 1 paket "60 gm" serbuk santan segera dan 800 ml air "anggaran 4 sukatan air dengan menggunakan bekas perencah itu sendiri" dan masakkan secukupnya
*Ayam boleh digantikan dengan daging, telur, ketam, sotong, bebola ikan, udang. Kalau menggunakan ikan hendaklah dimasukkan ke dalam periuk apabila kuah mulai pekat.

Harga 200gm perencah kari Liza's RM3.00.

berat : 200 gm
Tinggi : 9cm

KLIK BUTANG "Buy Now" UNTUK PEMBELIAN

KLIK BUTANG "Buy Now" UNTUK PEMBELIAN


.

RESEPI MEMBUAT AYAM MASAK KURMA

Teknik memasak ini amat mudah sekali sehingga sesiapa sahaja pun boleh memasak. Anda yang tidak pandai memasak pun mampu memasak. Bagaimana ini boleh berlaku. Saya akan beritahu anda dengan menggunakan formula yang mudah dan senang.

Kepada sesiapa yang mempunyai kedai makan di luar sana yang ingin membuat cawangan lain ataupun francais, anda mampu melakukannya dengan formula yang saya akan beritahu nanti. Sekalipun anda membuat cawangan lain tetapi masakan anda tidak akan jauh beza rasanya. Seperti yang anda ketahui, lain-lain tukang masak mempunyai perbezaan rasa untuk setiap masakan.Berbalik kepada cerita asal kita. Resipi membuat ayam masak kurma. Cara-caranya ialah:

  1. Masukkan sepaket (200mg) perencah Kurma Liza's ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1/2 kg ayam* dan kacau.
  3. Masukkan air santan kelapa (dari perahan 500 gm kelapa parut atau 1 paket "60gm" serbuk santan segera dan 500 ml air "anggaran 2 1/2 sukatan air dengan menggunakan bekas perencah itu sendiri" dan masakkan secukupnya.
*Ayam boleh digantikan dengan daging, ikan, bebola ikan atau telur

Harga 200gm perencah kurma Liza's RM3.00.

berat : 200 gm
Tinggi : 9cm


.

A Great Film That Most Of People Missed

As a reminder, this movie is not suitable for people who age 18 and below. Why do I post this kind of unsuitable film here. Because most of the movies out there are meant for entertainment but do we usually seeks movie that really give us benefits other than entertainment? (Well, it's not like don't enjoy other type of movie) With this movie, I want to show you guys about something we should know and understand about the things that we really hate, despise and avoid with. By doing that (probably), all of us might able to know what kind of action that we will make whether you or people that you know meet and handle that kind of situation and at worst scenario, people that you really care are committing such act. And by that also, we should stop pointing our fingers and blame other people for what ever bad happen. Without we realize, It's may become a great lesson for us and nevertheless, it's also a great movie.


Blow (2001)
1 win & 5 nominations

Details
Blow is a 2001 biopic about American cocaine smuggler George Jung, directed by Ted Demme (his final film). David Mckenna and Nick Cassavetes adapted Bruce Porter's 1993 book Blow: How A Small Town Boy Made $100 Million with Medellin Cocaine Cartel and Lost It All for the screenplay. It is based on the real life stories of George Jung (Johnny Depp), Pablo Escobar (Cliff Curtis), Carlos Lehder, and the Medellin Cartel (the name of organized network of "drug supplier and smugglers" originating in the city of Medelillin, Colombia). The film's title comes from a slang term for cocaine.

details picked from wikipedia.org

Reviews

Having Watched all of the extras on the DVD version of Blow I have to come to a conclusion:- If you want to watch a film that tracks the whole life of someone who has literally been there and done that, then this film is for you. From the 'groovy' pot filled days of the sixties to the 'glossy' cocaine nights of the early eighties right up to the harsh reality of the present day. Blow takes everything that George Jung has lived through and why he has lived his life the way he has. All the colourful characters that he encounters merely help the story along, Depp is very much the centre of attention and he thrives in it. Notable performances also come from Ray Liotta as the understanding and loving father and Penelope Cruz for her transformation from love interest to greedy good for nothing cocaine addict. Lovers of modern day period films such as Catch Me if You Can will love the detailed sets and perfect costumes. All in all and great story that has been transformed into a great film. The film also has to gain marks for it sublime soundtrack filled with cooler than cool songs to help set the scene. The most important part when I saw this movie, I kinda get to know WHAT, WHY and HOW the life of George Jung (and also other drug dealers) being shaped and WHAT, WHY and HOW we prevent this from happening. Also, it is much more better than other films that fills with only action, romance, crime and etc, with nothing learn from.

My score: 8/10


for more info, you can get it at imdb.com

author: Wan

EGO LELAKI & WANITA

Apa yang saya nak ceritakan di sini bukanlah datang dari fakta atau pun dari buku-buku yang dibaca. Saya hanya berkongsi berdasarkan pendapat dan pengalaman saya masa lalu. Apa yang saya kongsikan adalah hasil daripada pergaulan dan sentiasa mendengar rungutan dari rakan-rakan berkaitan dengan ego lelaki (perempuan yang selalu complain). Memang tidak dinafikan bahawa lelaki memang mempunyai egonya yang tersendiri. Tetapi perempuan juga tidak dapat lari dari egonya yang tersendiri. Pada pendapat saya ego lelaki ni selalunya berlaku kerana lambang lelaki adalah ketua dan ketua tidak boleh diherdik, dimarah, dilawan cakapnya dan apa sahaja yang terlarang yang boleh dilakukan terhadap ketua. Lelaki paling pantang sekali apabila perempuan meninggikan suara terhadapnya dan itu akan menimbulkan kemarahan atau perasaan yang ingin memberontak. Mungkin ada juga yang akan pendamkan perasaan marah tersebut kerana sikap tolak ansur dan memahami situasi untuk tidak mahu menjadikan situasi itu lebih teruk lagi. Mungkin ada dikalangan anda terutamanya wanita yang pernah bertemu dengan lelaki yang beregois tinggi melebelkan semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Pada pendapat saya ego adalah salah satu anugerah diamana ia mencetuskan sifat seorang lelaki untuk melindungi, menyayangi dan mengetuai. Wanita pula pada pendapat saya, mempunyai egonya yang tersendiri, contohnya ketika bergaduh wanita lebih suka menunggu untuk dipujuk. Kalau tidak dipujuk dia akan terus merajuk dan ini merupakan ego wanita. Selain daripada itu ego wanita juga menjurus kepada kecantikkan, barang kemas dan sebagainya. Saya boleh kaitkan ego wanita dengan kecantikkan dan barang kemas adalah kerana wanita gemar bersaing dengan wanita lain untuk lebih nampak cantik dan suka menonjolkan barang kemas mereka. Ego tersebut biasanya ditujukan kepada wanita lain. Ego wanita ke atas lelaki seperti yang saya sudah beritahu ialah sifat merajuk, ingin diberi perhatian dan sentiasa ingin menjadi yang pertama dalam hati seorang lelaki. Benar atau tidak terpulang kepada anda untuk menilainya.


Apakah makna ego?. Pada pendapat saya "Ego adalah perasaan yang tidak mahu mengalah dalam apa jua isu". Jika anda seorang wanita janganlah anda berkata bahawa semua kaum adam amat ego dan begitu juga lelaki janganlah berkata semua kaum hawa adalah ego. Semua orang tidak kira jantina, umur atau lapisan masyarakat mempunyai egonya yang tersendiri kerana itu adalah anugerah. Terpulang kepada kita untuk menerima atau tidak anugerah tersebut. Pernahkah anda memandang ego itu dari perspektif positif?? Pada pendapat saya ego menghasilkan sesuatu kepada manusia. Lu fikirlah sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.

.

RESEPI MEMBUAT RENDANG DAGING

Teknik memasak ini amat mudah sekali sehingga sesiapa sahaja pun boleh memasak. Anda yang tidak pandai memasak pun mampu memasak. Bagaimana ini boleh berlaku. Saya akan beritahu anda dengan menggunakan formula yang mudah dan senang.

Kepada sesiapa yang mempunyai kedai makan di luar sana yang ingin membuat cawangan lain ataupun francais, anda mampu melakukannya dengan formula yang saya akan beritahu nanti. Sekalipun anda membuat cawangan lain tetapi masakan anda tidak akan jauh beza rasanya. Seperti yang anda ketahui, lain-lain tukang masak mempunyai perbezaan rasa untuk setiap masakan.Berbalik kepada cerita asal kita. Resipi membuat Rendang Daging. Cara-caranya ialah:

  1. Masukkan sepaket (200 gm) perencah RENDANG LIZA'S ke dalam periuk.
  2. Masukkan 1/2 kg daging* dan kacau.
  3. Masukkan air santan kelapa (dari perahan 500gm kelapa parut atau 1 paket "60 gm) serbuk santan segera dan 400 ml air "anggaran 2 sukatan air dengan mengggunakan bekas perencah itu sendiri") dan masakkan secukupnya.
* Daging boleh digantikan dengan ayam, ikan, bebola ikan, telur atau kosong (kalau membuat kuah sahaja.

Harga 200gm perencah Rendang Daging Liza's RM3.00.


berat : 200 gm
Tinggi : 9cm


.

RATU PEROMPAK DI KUCHING TUMPAS

KUCHING: Seorang wanita berusia 21 tahun layak digelar ‘Ratu Perompak’ apabila disyaki perancang utama beberapa kejadian rompak di sekitar bandar raya ini. Terbaru, wanita itu menjadikan sekumpulan pelajar sekolah menengah sebagai sasaran dalam kejadian di Tebingan Kuching, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang , wanita terbabit mempergunakan dua lelaki dipercayai rakan sebaya untuk menjalankan aktiviti itu.


Difahamkan, wanita terbabit terlebih dulu meninjau beberapa lokasi sebelum mengarahkan dua lelaki terbabit menjalankan rompakan.

Dalam kejadian itu, suspek menghampiri sekumpulan pelajar berusia 14 tahun dengan mengacu pisau pen sebelum merompak wang tunai serta telefon bimbit milik mangsa.


Mangsa enggan menyerahkan barang terbabit, menyebabkan suspek menggunakan kekerasan dengan mencederakan ibu jari kiri seorang daripada mereka.


Susulan kejadian itu, polis menerima maklumat awam lalu bergegas ke lokasi kejadian dan menahan ketiga- tiga suspek, termasuk wanita terbabit, kira-kira 6 petang.

Difahamkan, sebelum ditahan, suspek dipercayai cuba melarikan diri tapi gagal.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.


“Dengan penahanan suspek, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes rompakan, terutama di Tebingan Kuching serta di Jalan Tabuan sebelum ini.


“Mereka disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya.


Dalam pada itu, mangsa rompakan dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi mendapatkan rawatan. HM

JOM RENUNGKAN BERSAMA

Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.. Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati...


  1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
  3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
  6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

A WORTH MOVIE TO BE SEEN

You guys probably never saw (or never heard) of this movie before but I can assure to you guys that this movie is not like other films that you guys had seen and it is worth of your time (I know. I saw it couple of times and I still didn't get bored of it). To put it simple, "It's a classic piece of unforgettable film-making".



Shawshank Redemption (1994)
Nominated for 7 Oscars. Another 12 wins & 13 nominations


Details
It is an American drama film written and directed by Frank Darabont starring Tim Robbins and Morgan Freeman. Adapted from the Stephen King novella Rita Hayworth and Shawshank Redemption, the film potrays the story of Andy Dufresne (Tim Robbins), a banker who spends nearly 2 decades in Shawshank State Prison for the murder of his wife. During his time at the prison, he befriend a fellow inmate, Ellis "Red" Redding (Morgan Freeman), and finds himself protected by the guards after the warden begins using him in his money laundering operation.


Reviews
At first glance, you guys probably thought the film itself are boring, anti-climax, lame, predictable and it is meant for old timer only but once you guys take a stroll of the movie, not only you guys get hook up of the movie, you guys probably feel the urge to tell your buddies about this remarkable film. It is a very moving story about hope and the power of friendship. It's also shows how far Andy's (Tim Robbins) determination, creativity, and knowledge in order to survive in prison while dealing with the inmates, guards and the warden. The best part is, you will meet a very surprising "twist" near the end that almost knocked me out of my chair. Not convinced? Okay, putting aside for what I have said, try spend 2 hours for this film and then I can assure that you will realize and understand why this is my all time favorite movie.

for more info, you guys can get it in imdb.com

author: Wan

.

RESEPI MEMBUAT BUBUR PEDAS SARAWAK

Teknik memasak ini amat mudah sekali sehingga sesiapa sahaja pun boleh memasak. Anda yang tidak pandai memasak pun mampu memasak. Bagaimana ini boleh berlaku. Saya akan beritahu anda dengan menggunakan formula yang mudah dan senang.

Kepada sesiapa yang mempunyai kedai makan di luar sana yang ingin membuat cawangan lain ataupun francais, anda mampu melakukannya dengan formula yang saya akan beritahu nanti. Sekalipun anda membuat cawangan lain tetapi masakan anda tidak akan jauh beza rasanya. Seperti yang anda ketahui, lain-lain tukang masak mempunyai perbezaan rasa untuk setiap masakan.Berbalik kepada cerita asal kita. Resipi membuat Bubur Pedas Sarawak. Cara-caranya ialah:

  1. Tumiskan bawang besar dan cili boh dengan minyak secukupnya.
  2. masukkan air santan kelapa (dari perahan 500 gm kelapa parut atau 1 paket "60 gm" serbuk santan segera dan 1200 ml air "anggaran 6 sukatan air dengan menggunakan bekas perencah itu sendiri").
  3. Masukkan Rempah Bubur Pedas Sarawak Liza's dan masakkan secukupnya.
  4. Masukkan sayur pilihan seperti jagung, rebung, lobak merah bersama ayam/daging atau makanan laut.
  5. Akhir Sekali masukkan hirisan daun kunyit, daun mengkudu, kulat, tauhu kering dan suhun.
Harga 200gm Rempah bubur pedas Sarawak Liza's RM3.00.

berat : 200 gm
Tinggi : 9cm


.

PENEMUAN PLENET BARU -QATAR

DOHA - Sepasukan ahli astronomi diketuai Qatar bagi mencari planet baru di cakerawala telah menemui sebuah planet yang mengelilingi sebuah bintang yang terletak sejauh 500 tahun cahaya dari Bumi.

Planet tersebut dinamakan Qatar-1b, sempena nama negara Asia Barat itu.
Planet itu sebahagian besarnya terbentuk daripada gas dan 20 peratus lebih besar berbanding Musytari iaitu planet kelima dan terbesar dalam sistem suria.

Yayasan Qatar Bagi Pembangunan Pendidikan, Sains Dan Komuniti semalam memberitahu, penemuan planet baru itu akan dilaporkan dalam jurnal bulanan, Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.

"Penemuan planet Qatar-1b merupakan pencapaian yang hebat sekali gus membuktikan komitmen Qatar untuk menjadi pelopor dalam bidang sains inovatif dan penyelidikan," kata ketua bancian sistem planet luar suria yang juga pengarah penyelidikan yayasan berkenaan, Dr Khalid Al Subai.

Seorang lagi ahli astronomi dalam penyelidikan itu, Professor Keith Horne dari Universiti St. Andrews di Scotland berkata, planet Qatar-1b membuat pusingan lengkap mengelilingi bintangnya setiap 1.4 hari bermakna satu tahun di planet itu menyamai 34 jam di Bumi.

Sebahagian planet itu menghadap bintangnya berbeza dengan Bumi yang berputar pada setiap 24 jam yang menyebabkan berlakunya siang dan malam. - AFP

NENEK TUA MELAHIRKAN ANAK KEMBAR

Seorang nenek berusia 70 tahun telah melahirkan anak kembar lelaki dan perempuan. Omkari Panwar yang hidup bersama dengan suaminya Charan Singh Panwar 77 tahun. Omkari Panwar merupakan ibu yang tertua di dunia. Selama awal 8 bulan nenek tua tersebut telah menghadapi kesukaran dan masalah serta kesakitan. Namun begitu mereka percaya bahawa dengan kesakitan tersebut mereka akan dapat apa yang mereka inginkan. Mereka Hidup betani di suatu kawasan di india dan mereka amat menginginkan anak laki-laki bagi mewarisi tanah dan ladang-ladang mereka. Akhirnya apa yang dihajati mereka telah dicapai dengan dikurniakan anak laki-laki.

Ini lah kehidupan. Tidak dapat lari dari pelbagai gelagat dan isu. Isu buang anak sudah menjadi isu biasa bagi kita. Membunuh anak. Mendera anak kecil sehingga mati malah pada ketika ini iaitu pada zaman yang serba moden ini masih juga ada amalan manusia menanam anak hidup-hidup kerana kesempitan hidup selain memberi racun kepadanya. Ada di kalangan kita ataupun di kalangan pasangan di luar sana amat inginkan seorang anak untuk menyeri kehidupan mereka. Siapa pun kita dan siapa pun mereka serta apa yang mereka lakukan hanya tuhan sahaja yang layak untuk menilai mereka kerana Allah s.w.t adalah sebaik-baik penilai.

.

IDEA PERNIAGAAN BELACAN

Perniagaan ataupun peluang perniagaan biasanya muncul apabila terdapat masalah di sekeliling kita. Contohnya pengguna yang memakai kasut tidak selesa memakai kasut akibat daripada geseran kasut dan akhirnya kulit menjadi melecet. Kesan daripada masalah tersebut maka terciptanya stoking. Selain daripada itu, Contoh yang lain ialah seperti kemalasan manusia untuk bergerak ke sana ke mari akhirnya terciptanya kenderaan seperti motosikal, kereta dan sebagainya.
Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah masalah untuk perniaga membuat jualan dan pemasaran bagi produk belacan. Produk belacan amat popular di Sarawak terutamanya belacan yang diproses di sekitar bako dan bintulu. Belacan yang dibeli di sekitar kawasan tersebut dikatakan bermutu dan sedap. Namun begitu, saya sendiri belum pernah melihat belacan tersebut di bungkus untuk tujuan kormesial lebih besar sehingga ke luar negara. Mungkin ada dikalangan usahawan memikirkan belacan hanya di makan oleh orang tempatan sahaja maka mereka mengambil sikap sambil lewa untuk memajukan perusahaan belacan. Pernahkah anda fikir bagaimana rempah-rempah ataupun spageti boleh diterima oleh pelanggan. Antara sebabnya adalah mereka serius memperkenalkan produk mereka dan bagaimana ia digunakan selain pembungkusan mereka yang bermutu.

Apa yang saya hendak kongsikan di sini ialah idea bagaimana kita hendak memasarkan produk belacan sehingga ke pasaran yang lebih luas lagi. Apa pendapat anda sekiranya belacan dibuat dalam bentuk kiub? Kiub yang saya maksudkan ialah seperti kiub maggie dan sebagainya. Bentuk yang mudah akan menarik minat pelanggan untuk menggunakannya manakala pembungkusan yang menarik akan menarik minat pelanggan untuk membaca dan membelinya. Mungkin pendedahan penggunaan belacan belum meluas lagi dan disebabkan itulah maka belacan belum mampu untuk dipasarkan sehingga ke pasaran antarabangsa. Dengan membuat pembungkusan yang menarik dan disertakan penggunaannya mungkin belacan akan menjadi salah satu daripada produk wajib masyarakat seluruh dunia untuk membuat sambal atau apa sahaja makanan yang mungkin anda tidak pernah fikir. Sambal merupakan produk klasik orang melayu dan ianya juga boleh di komersial kan.

Mungkin ada dikalangan usahawan atau pengusaha belacan memikirkan bagaimana untuk membuat belacan kiub serta pembungkusan yang baik. Saya cadangkan usahawan dan pengusaha belacan merujuk kepada MARDI ataupun LKIM untuk memasarkan produk mereka lebih jauh lagi. Jika anda memerlukan mesin untuk membuat belacan dalam bentuk kiub, saya boleh membantu anda untuk mendapatkan mesin tersebut. Anda boleh hubungi saya jika berminat. Peruntukkan untuk mendapatkan mesin tersebut anda tidak perlu risau sekiranya anda bersama MARDI ataupun LKIM.

Apa yang saya ceritakan adalah idea yang terlintas dalam fikiran saya dan sekiranya anda ada idea yang lebih baik dan ingin menegur idea saya, anda boleh emailkan ke neo.barcode@beloya2u.com
.

BUKA TUDUNG KERANA ANAK



Bermula dari sesi pengenalan peserta Mari Menari (MM) lagi, Dita yang baru saja tersingkir pada minggu ke-3 MM telah dihambat dengan pelbagai isu panas terutama sekali isu berkaitan tudung. Isu ini dianggap berat kerana Dita atau nama sebenarnya Rudita Mohd Yusop telah berstatus sebagai seorang ibu kepada 5 orang anak.

Menjawab segala pertanyaan berkaitan isu yang berbangkit ini, Dita yang ditemani suaminya Mohamad Faidzal, 42, seakan sudah bersedia bagi menjelaskan isu tersebut. "Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung".

Dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi. "Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja".

"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV". Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri.

"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun, saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak".

Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa. "Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya"

info : bujang susah

pok pek pok pek:
niat buka tudung kerana anak : sahaja aku buka tudung kerana anak.. ha ha....

RESEPI MEMBUAT KUAH LAKSA SARAWAK

Teknik memasak ini amat mudah sekali sehingga sesiapa sahaja pun boleh memasak. Anda yang tidak pandai memasak pun mampu memasak. Bagaimana ini boleh berlaku. Saya akan beritahu anda dengan menggunakan formula yang mudah dan senang.

Kepada sesiapa yang mempunyai kedai makan di luar sana yang ingin membuat cawangan lain ataupun francais, anda mampu melakukannya dengan formula yang saya akan beritahu nanti. Sekalipun anda membuat cawangan lain tetapi masakan anda tidak akan jauh beza rasanya. Seperti yang anda ketahui, lain-lain tukang masak mempunyai perbezaan rasa untuk setiap masakan.Berbalik kepada cerita asal kita. Resipi membuat Kuah Laksa Sarawak. Cara-caranya ialah:

  1. Masukkan 200gm perencah Laksa Sarawak Liza's dalam periuk.
  2. Masukkan santan kelapa dari perahan 500 gm kelapa parut atau 1 paket (60g) serbuk santan segera dan 1.2 liter air (anggaran 6 sukatan penuh air menggunakan bekas perencah itu sendiri). Kacau dan masakkan secukupnya.
  3. Kuahkan atas bee-hoon yang sudah dimasak dengan air panas dan disediakan dalam mangkuk bersama tougeh, kepingan udang, ayam telur dll. Hidang ketika panas.
Harga 200gm perencah Laksa Sarawak Liza's RM3.00.


berat : 200 gm
Tinggi : 9cm


DIBAHAM BUAYA DI KPG REBAN SERIAN KUCHING SARAWAK

SAMARAHAN, 18 Dis: ''Itu kaki bapa saya, minta tolong pulangkan," luah Musa Sidi, 40, selepas melihat rahang seekor buaya berukuran panjang kira-kira 5 meter dan lebar 1.5 meter membawa kaki bapanya dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Batang Samarahan di Kampung Reban dekat Serian pagi ini.

Mangsa, Sidi Samad, 66, yang juga imam ketiga Masjid Darul Ihsan kampung berkenaan maut dibaham buaya kira-kira pukul 6.30 pagi ketika sedang menjala udang galah secara bersendirian di sungai berkenaan yang dikenali sebagai habitat reptilia berkenaan.

Musa anak kedua daripada enam beradik itu berkata, dia menerima panggilan daripada salah seorang adiknya mengenai kehilangan bapanya yang tidak pulang-pulang ke rumah pada pukul 10.30 pagi.

Katanya yang baru selesai mengambil bas sekolah yang dipandunya dari bengkel kemudiannya terus bergegas pulang ke rumah dan terus menuju ke lokasi kejadian yang terletak betul-betul di hadapan rumah.

Katanya lagi, pada ketika itu dia bersama dua lagi penduduk melihat seekor buaya sebesar perahu berada kira-kira 30 meter dari tebing sedang timbul dan bergerak mengikuti arus sungai dengan di rahangnya terdapat sesuatu benda yang disahkan kaki bapanya.

''Kali kedua buaya itu timbul di tengah sungai, saya dapati, kedua-dua kaki bapa saya ada di dalam mulut buaya berkenaan.

''Lantas saya memanggil buaya berkenaan dengan harapan haiwan itu akan menyerahkan bapa saya namun buaya itu ia terus hilang dengan mengibas-ngibas ekornya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati, penduduk kampung berusaha memburu buaya berkenaan dengan menggunakan perahu. Mereka turut melaungkan azan dan membaca surah Yasin sebagai usaha membantu mengesan Sidi.

Setakat pukul 4 petang ini, usaha mencari imam berkenaan masih diteruskan. Sungai Batang Samarahan juga pernah meragut nyawa kanak-kanak akibat dibaham buaya 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, isteri kepada Sidi, Dayang Salhah Awang Sahrul, 64, memberitahu, suaminya sempat bersarapan pagi dengan hanya meminum kopi bersama tiga yang lain kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum keluar rumah.

Ujarnya yang telah 45 tahun berkahwin, suaminya langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian itu berlaku malah mereka sempat menghadiri majlis kenduri arwah jirannya malam tadi.

''Menyedari suami saya tidak pulang lagi ke rumah, saya bertekad untuk mencarinya bersama anak yang lain namun diberitahu bahawa kakinya ditemui berada di mulut buaya berkenaan," katanya yang redha dengan pemergian suaminya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Supritendan Jamali Umi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Imam masjid mati dibaham buaya


Seorang penduduk (kanan) melaungkan azan di kawasan imam Sidi Samad dibaham buaya semasa usaha mencari mayat mangsa di Sungai Batang Samarahan, di Kampung Reban, Serian, Sarawak, semalam. - mingguan malaysia/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

-utusan-

KHASIAT TOMATO ESSENCE

Point-Point Penting Tentang Tomato Essence


Tomato Essence


adalah jenama rangkaian produk kesihatan dan kecantikan untuk mereka yang menitikberatkan gaya hidup sihat. Melalui penyelidikan sains yang digabungkan dengan teknologi terkini, Rich ‘N’ Healthy Resources yang berpusat di Sunway Damansara Technology Park di Petaling Jaya bertekad untuk membawa suatu revolusi kepada dunia tentang kesempurnaan kesihatan melalui rangkaian produknya yang berasaskan tomato yang bermutu tinggi. Tomato Essence telah mengilhamkan 2 produk hebat iaitu;


-Tomato Collagen-
- Slym Effect-

Untuk temubual hari ini, saya ingin focus kan pada Tomato Collagen dahulu - Tomato Essence telah mengilhamkan minuman kesihatan berinovasi tinggi mengabungkan pelbagai ramuan semulajadi melalui kaedah bioteknologi. Produk bermutu tinggi ini di hasilkan dari estrak tomato sebagai ramuan utama yang berfungsi sebagai agen antioksidan yang penting untuk meneutralkan radikal bebas penyebab utama pelbagai jenis penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan lain-lain. Marin collagen terbukti berperanan dalam proses rejuvanasi kulit anda menjadikan kulit lebih muda, anjal, sihat dan berseri. Selain itu, ia juga baik untuk kesihatan kuku,tulang & sendi. Colostrum yang terkandung dalam produk Tomato Collagen juga baik untuk kesihatan tulang, sendi dan membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Estrak Accerola dari sejenis buah beri mengandungi Vitamin C yang tinggi , 30 kali ganda berbanding buah oren membantu mengatasi masalah jerawat, pigmentasi dan sebagai agen pencerah kulit.

Sejak Produk Ini Berada Di Pasaran, Bagaimana Respond Dari Para Pelanggan?

Kami mempunyai pelanggan yang sangat berpuas hati dengan hasil produk kami terutamanya Tomato Collagen. Para pelanggan kami datang dari pelbagai kaum di Negara ini tidak mengira peringkat usia.

Kami mempunyai pelanggan yang berusia 80 tahun di mana sebelum ini mempunyai masalah dengan sendi lututnya dan sukar untuk melakukan solat. Tetapi selepas 1 bulan mengambil Tomato Collagen, kandungan kolagen yang tinggi & Colostrum telah membantu menguatkan sendi & tulangnya. Kini, Beliau merasa lebih mudah untuk melakukan aktiviti pergerakan.

Kami juga ada pelanggan yang berketurunan India yang mengalami masalah lebam di bawah mata. Tetapi selepas 3 minggu pengambilan, kulit Nampak lebih sekata & cerah.

Kami juga adalah pelanggan yang mengalami masalah jerawat akibat salah menggunakan produk kecantikkan. Beliau mengalami kulit yang berminyak berlebihan. Selepas 2 bulan menggunakan Tomato Collagen, kandungan Lycopene dalam estrak tomato telah membantu mengurangkan rembesan minyak di wajah. Oleh itu, penghasilan jerawat berkurangan.

Ada di kalangan pelanggan wanita kami yang mempunyai masalah kenduran di bahagian payudara selepas melahirkan anak. Tomato Collagen membantu mengembalikan keanjalan. Ini kerana kandungan kolagen membantu membina jaringan kolagen dalam kulit untuk menyokong lapisan kulit. Bagaimanapun ini tidak bermakna memberi sebarang kesan yang sama pada kaum lelaki kerana bentuk semulajadi dada lelaki yang kecil.

Bagaimana dapatkan Tomato Collagen ini?

Untuk pengetahuan semua, Tomato Essence ada mengadakan peraduan Membeli-Belah Sambil Bercuti KeParis atau Umrah yang telah berlangsung sejak bulan Mei lalu. Mudah sahaja nak sertai, beli produk Tomato Essence sebanyak mungkin dan kepilkan borang peraduan bersama penutup kotak.

Untuk mendapatkan Tomato Collagen, boleh hubungi saya Faridah +60198146434 Dan untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh layari www.tomatoessence2u.com atau facebook kami..

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.